SEKEPING hati Rizqi Han remuk. Hanya ada satu cara sahaja untuk dia menenangkan semula hatinya itu. Diandra. Telefonnya dicapai dan menekan nama Diandra. Pada mulanya, Diandra tidak menjawab panggilan Rizqi.
Rizqi beranggapan yang Diandra sudah tidur. Jadi dia tidak mahu menganggu Diandra, dia biarkan sahaja. Namun beberapa minit selepas itu, telefonnya berdering.
Nama Diandra tertera di skrin membuatkan bibir Rizqi menguntumkan senyuman nipis. Terus panggilan itu diangkat.
"Hello, anything, Han?"
Diandra memulakan perbualan mereka apabila Rizqi hanya mendiamkan diri.
"Nothing, just let me hear your voice," kata Rizqi dengan suara yang sudah mula serak. Dia cuba menahan tangisannya kerana dia tidak mampu membayangkan bagaimana satu hari nanti, dia perlu tinggalkan Diandra.
"Han? Are you crying? What's wrong?" soal Diandra yang mula risau apabila persoalannya tidak dijawab.
Mahu sahaja dia pergi ke rumah Rizqi untuk memujuknya secara bersemuka.
"Nothing, sweetheart. Don't worry, aku tak menangis. Bilik aku banyak habuk," balas Rizqi dan kembali senyap.
"Haih, it's okay. Tell me when you're ready. I'm here for you. Now, close your eyes and sleep," pujuk Diandra lembut. Rizqi patuh. Matanya ditutup erat dan badannya direhatkan dengan selesa di atas katil.
Hatinya yang sedikit gundah tadi hilang sedikit demi sedikit.
"Twinkle Twinkle, Little Star
How I wonder what you are
Up above the world so high
Like a diamond in the sky
Twinkle Twinkle Little Star
How I wonder what you are!"
"Aku tak tahu nyanyi macam kau, tapi, bolehlah buat peneman, kan?"
Rizqi ketawa kecil. Ya, suara Diandra sedikit kasar tetapi masih ada lembutnya, tetapi dia tidak kisah. Suara itu yang membuatkan dia tenang.
"Just go on," kata Rizqi yang masih menutup mata. Telefon masih kekal di telinga.
Diandra berfikir. Lagu apa lagi yang boleh dia nyanyi? Tiba-tiba dia terlintas satu lagu.
"Satu ekor ikan berenang-renang,
satu ekor ikan berenang-renang,
satu ekor ikan berenang-renang,
buih, buih, buih, meletop, tup!"
Nyanyian Diandra itu telah membuatkan Rizqi tertidur. Diandra mula menghentikan nyanyiannya apabila dia terdengar akan bunyi nafas Rizqi yang seperti sudah lena dibuai mimpi.
"Han?" panggil Diandra lembut. Apabila panggilannya tidak terjawab, Diandra mahu pastikan yang Rizqi sudah tidur.
"What makes you cry, my love? I want to know, mungkin aku boleh tolong kau? Kalau kau perlukan seseorang, aku ada. Aku sentiasa ada dengan kau, Han. Sleep tight."
Setelah itu, dia pun tertidur tanpa menutup panggilannya dengan Rizqi. Dia cuba untuk memikirkan sesuatu yang boleh dia lakukan bersama-sama dengan Rizqi pada esok hari.
RIZQI Han cuba untuk membuka matanya apabila sinar matahari terpancar pada matanya, nampaknya sudah pagi. Dia mencari telefonnya untuk melihat jam sekarang.
Berkerut dahinya apabila panggilannya dengan Diandra masih lagi belum ditamatkan. Rizqi ketawa kecil dan mendekatkan telefon itu ke arah mulutnya.
"Morning, Diandra. Wake up, sweetheart," kejut Rizqi namun tiada sahutan. Sekali lagi nama Diandra dipanggil dan Rizqi terdengar akan rengekan Diandra.
"Wakey wakey sweetheart!"
"Suara siapa tu?" tanya Diandra cemas. Matanya terus terbuka apabila terdengar akan suara seseorang sedangkan dia berseorangan di dalam bilik.
ANDA SEDANG MEMBACA
C | Butterfly
Romance"Seekor kupu-kupu selalu mengingatkan kita bahawa akan ada kebahagiaan selepas kesakitan." 𝐛𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 - 𝟐𝟎𝟐𝟐 @khyrin vote dan komen sekali tau ><
