50. pro chef

57 7 1
                                    

CARLO ISKANDAR telah siap mengemas barangnya untuk bertolak ke Malaysia. Dua hari lagi adalah hari kejayaan anak gadisnya. Semestinya dia akan ada disana untuk melihat Diandra. Camilia dan Ryo juga akan mengikutnya ke Malaysia. Ryo kerana atas sebab tertentu.

"Sis, faster! Ryo dah tunggu kita," panggil Carlo kuat. Perempuan memang siap lambat ke? Jam di tangan dikerling. Walaupun dia tahu mereka akan tiba di Malaysia hanya beberapa jam sahaja kerana menaiki jet peribadi tetapi masa itu tetap emas.

"Wait, five minutes more. I swear," balas Camilia dari atas. Carlo mengurut dahinha tanda dia tertekan. Aduhai. Beberapa minit menunggu Camilia, akhirnya dia siap juga. Mereka bertolak ke Malaysia apabila semuanya telah selesai.

DIANDRA Eira mengemas penthousenya untuk menyambut kedatangan ayah dan mama kesayangannya. Tak sabar dia ingin bertemu dengan Carlo setelah beberapa bulan dia tidak melihat wajah Carlo. Rasa gembira di hati tidak dapat digambarkan. Imah pula telah pulang ke halaman kampung.

Diandra duduk di atas sofa apabila dia telah siap mengemas. Mungkin lagi beberapa jam mereka akan tiba, jadi dia membuat keputusan untuk menghubungi Rizqi terlebih dahulu. Tidak sampai sesaat, Rizqi telah menjawab panggilannya.

"Hi sweeetheart, ayah kau dengan Mama Cami dah datang ke?"

"Belum. Lagi 3 jam sampai. Kau tengah buat apa tu?"

"Tak buat apa pun, tengah mengemas rumah. You know why..right.."

"I understand. Mesti kau happy nak jumpa family kau?"

"Of course," balas Rizqi pura-pura ceria. Diandra tidak pernah tahu sebab utama mengapa dia perlu ke sana.

Kalau boleh, dia langsung tidak mahu Diandra tahu. Itu paling penting.

"I'm happy for you my love. It's okay, two more days. Sabar ye," balas Diandra dengan senyuman di bibir.

Dia sudah dapat menerima kenyataan itu. Apa yang membuatkan Rizqi bahagia, tentu akan membuatkannya bahagia.

"Thanks sweetheart," balas Rizqi dengan ikhlas. Hatinya turut bersyukur kerana Diandra dapat memahami dirinya. Jika tidak, habis jiwa Rizqi tidak tenang.

CAMILIA Alisa mengangkat pinggan lalu meletakkan di atas meja manakala Carlo menyediakan makanan yang dimasak. Ryo dan Diandra duduk diam di atas meja. Menunggu makanan datang lah.

"Sedapnya. Dah lama tak makan. Dian rindu nak makan tau." Carlo hanya memberikan senyuman nipis. Dia juga rindu ingin memasakkan makanan untuk anak gadisnya.

"Wow, Mr Carl know how to cook? I don't know about this, amazing! This spaghetti looks yummy," puji Ryo lalu mengambil pinggan yang telah diisi dengan carbonara spaghetti.

"Dekat sana, saya tak sempat nak masak apa-apa. Dekat sini boleh lah saya nak masak," balas Carlo lalu dia membuka apron.

Carlo duduk di atas kerusi meja makan lalu mereka semua menjamu makanan dengan selera. Jelas kelihatan riak wajah Ryo dan Diandra amat berpuas hati dengan masakan Carlo.

"So sedap. You need to be chef, not a ceo," tutur Ryo dan menepuk tangannya tanda dia suka.

"Kan? I already told him tapi nak juga dia jadi ceo," jawab Diandra tanda setuju dengan kata-kata Ryo. Dia benar-benar berkongsi minda dengan Diandra.

Carlo dan Camilia hanya mendiamkan diri dan senyum melihat telatah mereka berdua. Selesai sahaja mereka makan, Camilia dan Diandra duduk di ruang tamu manakala Ryo telah keluar untuk melakukan sesuatu. Carlo pula berada di dalam bilik untuk membersihkan diri.

C | ButterflyWhere stories live. Discover now