DIANDRA Eira memeluk tubuh Carlo erat sebelum Carlo pergi ke arah private jet itu. Carlo membalas pelukan Diandra dan mengeratkan lagi pelukan mereka. Sayang betul dia ingin meninggalkan Diandra.
"Kalau ada sesiapa yang datang dan ganggu Dian, terus call ayah. I will come to you as soon as possible. Jangan rahsiakan semua tu daripada ayah, ya?"
Diandra menganggukkan kepalanya. Carlo memberitahunya bahawa mungkin Matthew akan mencari Diandra dan membunuh Diandra pada bila-bila masa sahaja.
"Take care honey, call ayah kalau Dian free."
"Okay ayah, kirim salam rindu Dian pada Mama Cami, I miss her so much."
Carlo mengangguk dan mengucup dahi Diandra sebelum dia memasuk ke dalam private jet. Berat langkah Carlo ingin meninggalkan anak kesayangannya itu.
Tetapi melihat senyuman Diandra, dia yakin Diandra dapat menjaga dirinya. Dia percayakan Diandra. Tumbukan hari itu telah menjawab segala persoalannya.
"Take care, ayah! I love you!" jerit Diandra dari jauh.
Air mata jatuh ke pipi. Akhirnya dua hari bersama-sama dengan Carlo sangat menggamit kenangan. Sudah tiba masanya untuk dia berseorangan tanpa Carlo di sisi.
KELAS Diandra sudahpun tamat. Diandra keluar dari kelas itu dengan perasaan lega. Tamat juga kelasnya pada hari ini. Jadi dia berhasrat ingin berehat sahaja di rumah. Namun, perancangan itu terbatal apabila dia terdengar seseorang memanggilnya dari jauh.
"Diandra Eira, come here!"
Dengan langkah yang malas, Diandra mendekati Rizqi. Lupa pula ini akan menjadi rutin harian Diandra di kampus. Hampir dua minggu Diandra sudah menjadi pembantu peribadi Rizqi.
Tak sangka dia dapat bertahan walaupun sebenarnya tersiksa seluruh badan.
"Jom teman aku main basketball."
Diandra tidak membantah dan hanya menurut. Kalau dia bantah pun, pengakhirannya pasti dia perlu menurut juga. Lebih baik dia menyimpan air liurnya dari membazir.
Sambil mereka berdua berjalan untuk pergi ke gelanggang bola keranjang, Rizqi menghulurkan roti krim coklat gardenia pada Diandra. Dia tahu Diandra pasti lapar selepas habis kelas dan Rizqi ingin Diandra sedikit bertenaga.
"Tak nak, aku kenyang."
Diandra menolak huluran tersebut dan teruskan berjalan. Lagi satu minit, mereka akan sampai ke gelanggang bola keranjang. Rizqi menggelengkan kepalanya dan membuka plastik roti itu senyap-senyap.
"Pergi duduk sana."
Diandra duduk seperti yang disuruh. Rizqi tersenyum apabila Diandra ikut apa yang diarahkannya tanpa banyak membantah. Satu perubahan yang amat ketara. Cuma dia belum tahu sama ada ini semua ikhlas atau terpaksa. Pastilah terpaksa kan?
"Open your mouth."
"For what?"
"Just open your mouth."
Diandra membuka mulut lalu roti krim coklat gardenia itu disumbat ke dalam mulutnya. Membulat mata Diandra dan dia memandang ke arah Rizqi.
"Makan. Sekejap lagi aku nak suruh kau main sekali. Kalau kau tak ada tenaga macam mana nak main, kan?"
Diandra menjelingnya tajam dan memakan roti krim coklat itu. Rizqi meletuskan tawanya dan mengambil bola keranjang di stor. Beberapa saat selepas itu, Rizqi melakukan senaman terlebih dahulu.
ANDA SEDANG MEMBACA
C | Butterfly
Romance"Seekor kupu-kupu selalu mengingatkan kita bahawa akan ada kebahagiaan selepas kesakitan." 𝐛𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 - 𝟐𝟎𝟐𝟐 @khyrin vote dan komen sekali tau ><
