32. i'm sorry for loving you

78 7 2
                                    

LAMUNAN Diandra terhenti apabila Rizqi memanggil namanya. Terpinga-pinga Diandra memandang Rizqi yang berwajah keliru itu.

"Kenapa? Tak sihat ke?" tanya Rizqi mengambil berat. Rizqi rasa perangai Diandra sejak dua menjak ni menjadi pelik. Banyak mengelamun dan mendiamkan diri.

"Sihat," balas Diandra sepatah.

"Kalau sihat, kenapa diam? Selalunya mulut kau kalau boleh ada nak menjawab."

"Oh, ye ke? Hm. Aku nak pergi tandas kejap," ujar Diandra dan terus pergi tanpa menunggu balasan dari Rizqi.

Sampai sahaja Diandra ke tandas, matanya tertumpu pada cermin yang memantulkan wajahnya.

"Stop it, Diandra. Buat biasa je please," kata Diandra berseorangan di dalam tandas itu. Kepalanya sekarang ini serabut memikirkan apa yang Zulfa katakan haritu.

MULUT Diandra bagaikan dikunci. Sungguh dia tidak sangka yang selama ini Rizqi menyimpan perasaan terhadap dirinya.

Maknanya, panggilan sweetheart itu mungkin benar-benar Rizqi maksudkan. Dia sangka Rizqi sengaja ingin membuat dia marah dahulu.

"From your face, aku rasa kau tak pernah tahu pun pasal ni kan?"

Diandra hanya sekadar mengangguk. Apa yang dia perlu lakukan? Dengan spontan tangan Diandra naik memegang dadanya. Perlukah dia membalas cinta Rizqi? Tetapi dia tiada perasaan cinta pada Rizqi.

"Kau sukakan dia?" Kepala digeleng.

"Aku anggap dia kawan. Macam mana ni Fa? Aku tak tahu nak buat apa. Apa yang patut aku buat?" tanya Diandra gelisah.

"Calm down, Diandra. Cuba kau sukakan dia balik?"

"Aku tak boleh.."

Zulfa melepaskan keluhan kecil dan memandang Diandra. Susah juga masalah Diandra ni memandangkan Diandra dan Rizqi rapat.

Mungkin hubungan mereka berdua akan menjadi kekok selepas ini.

"Maaf, mula-mula aku dengar pun aku terkejut. Ryan kata Rizqi betul-betul sukakan kau dan Ryan dah kata jangan bagitahu kau tapi aku rasa kau patut tahu. Sorry, kalau keputusan aku salah."

"No, aku berterima kasih pada kau. Kalau kau tak bagitahu mungkin aku akan sakitkan hati Han lagi. He..He deserves better actually."

Diandra menundukkan wajahnya. Dia keliru dengan dirinya sendiri. Kalau dia cuba cintakan Rizqi, kalau satu hari nanti dia patah hati macam waktu dia patah hati seperti Ryan macam mana?

"Benci macam ni!"

SEMINGGU sudah berlalu, perangai Diandra apabila bersama dengan Rizqi benar-benar berubah.

Rizqi nampak akan perubahan Diandra dan apabila ditanya Rizqi tak tahu apa yang jadi pada Diandra. Bila tanya pasal kesalahan, jawapan yang sama juga dia beri.

"Mana ada, aku biasa je."

"Kau tak buat salah apa pun."

Hampir sahaja kepala Rizqi meletup memikirkan Diandra. Sekarang Diandra masih belum datang kepadanya. Apabila dia nampak kehadiran Zulfa dan Ryan terus dia menegur mereka berdua.

"Fa, Ryan. Nampak Diandra tak?"

"Dia ada dekat sickbay, jumpa Doktor Naira. Katanya nak bagi sesuatu sebab tolong dia waktu dekat kem," balas Ryan dan memandang Rizqi.

"Selain tu, ada apa-apa ke yang terjadi pada Diandra? Kenapa dia nampak diam?" tanya Rizqi lagi. Mungkin dari mereka berdua dia dapat tahu apa puncanya?

C | ButterflyWhere stories live. Discover now