22. he likes you (not me)

77 10 0
                                    

CARLO Iskandar memandang mereka berdua dengan pandangan serius dan was-was. Tidak tahu sama ada ingin percaya ataupun tidak. Cuma apa yang dia tahu dia inginkan bukti. Matthew dan Malique memandang Carlo sambil ketawa.


"Don't be so akward, Carl. Kau tahu tak aku rindu nak lepak dengan kau macamni? Minum coffee and borak borak macam dulu. What a beautiful memory," kata Matthew dan memulakan lakonannya.

"Hm." Hanya itu sahaja yang mampu dia balas. Tidak mahu melebih-lebih. Nanti senang pula mereka pijak kepala.

"Kau nak makan apa-apa? Aku nak order," tanya Malique pula dan dibalas dengan gelengan.

Carlo tidak berasa lapar dan sememangnya tidak mahu menjamu apa-apa makanan.

"Is it true that you guys felt guility about what you've been doing all this time?"

"Yes Carlo, kami rasa bersalah. Aku dengan Matt cuba nak berubah tapi ada saja benda tak kena. Mungkin sebab kami belum minta maaf dengan kau. Sebab tu kami datang pada kau dan minta maaf," terang Malique dengan lakonannya ataupun sebenarnya itu apa yang dia harapkan selama ini.

Carlo terdiam. Kalau betul mereka ingin berubah sudah pasti dia akan memaafkan mereka tetapi dia masih was-was. 

"Korang masih ada dalam dunia gelap tu?"

"Ya, tapi kami akan cuba keluar. Kami pun penat hidup dalam dunia yang penuh dengan musuh ni. Kalau kau tak keberatan, tolong kami." Malique berbicara lagi.

Setiap bicaranya itu adalah dari hatinya. Matthew pula sedikit pelik dengan kata-kata Malique. Kenapa macam kata-kata Malique itu seperti penuh harapan?

Matthew hanya mengukirkan senyuman nipis. Dia juga perlu berlakon dalam hal ini untuk mendapatkan kepercayaan Carlo.

"Kalau korang betul dah berubah, aku akan cuba tolong untuk korang keluar dari dunia tu. I will try my best."

"QUE, kenapa kau cakap macam tu?" soal Matthew apabila Carlo sudah kembali ke pejabatnya. Mereka berdua masih berada di Cafe itu untuk berbual kan rancangan mereka yang seterusnya.

"Cakap apa?" tanya Malique sengaja. Dia tahu apa yang Matthew maksudkan.

"Keluar dari dunia gelap."

Malique tersenyum sinis. Kalai dia kata jujur agak-agak kena bunuh tak? Semestinya. Bukan setakat dia kena bunuh, keluarga dia pasti akan mendapat akibat yang sama.

"Kau sendiri suruh berlakon kan?" balas Malique dan menghirup coffee mochanya. Matthew mendiamkan diri. Betul juga apa yang Malique katakan.

Dia sendiri yang menyuruh Malique berlakon untuk membuat Carlo percayakan mereka semula.

"Fine. Bagus kalau macamtu. Kali ni punya lakonan macam mudah nak dapatkan kepercayaan dia. Tak sangka kau ni pandai. Good job. Lepas dapat kepercayaan dia, aku akan terus bunuh budak perempuan tu." Matthew mengucapnya dengan begitu kejam.

Malique pula hanya mendiamkan diri dan berharap semoga masa cepat menentukan untuk dia berubah.

MELIHAT makanan di dalam bekas tersebut membuatkan wajah Diandra sedikit kecewa. Adakah dia terlalu menaruhkan harapan yang tinggi?

C | ButterflyWhere stories live. Discover now