36. she fell harder

116 11 0
                                        

DIANDRA Eira membuka telefonnya untuk melihat gambar Rizqi. Kini, dia berada di dalam bilik sambil berbaring di atas katil. Sungguh dia amat rindukan lelaki itu.

"Apa yang kau buat pada aku, Han? Sampai aku jadi angau macamni?" soal Diandra sendirian sambil memandang gambar Rizqi sewaktu dia menconteng wajah Rizqi di perpustakkan hari itu.

Ketawa dilepaskan, melihat wajah Rizqi yang dicontengnya itu amat kelakar.

"Aku baru sedar yang kau boleh tahan hensem rupanya," puji Diandra sendirian. Diandra membuka pula aplikasi mesej untuk menukar nama kontak Rizqi tetapi dia tidak tahu ingin menukar apa.

"My boyfriend? Cringenya..."

"Han love?"

"Love Han so much?"

Diandra membuat muka dengan segala nama yang dia sebutkan sebentar tadi. Semua itu amat menggelikan hatinya dan tidak mahu nama begitu.

"Han save number aku letak nama apa eh?" tanya Diandra ingin tahu. Diandra ingin menyoal tetapi dia malu jadi dia membatalkan niatnya itu.

Oleh kerana dia tidak tahu, dia hanya menukar emoji di akhir nama Rizqi. Baginya, Rizqi masih menjengkelkan tetapi sekarang jengkelan yang manja baginya. Dia suka sahaja. Diandra menguntumkan senyuman.

 Diandra menguntumkan senyuman

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Perfect."

DIANDRA Eira memandang sekeliling tempat itu. Dia menemani Rizqi yang sedang berenang di dalam kolam renang yang tersedia di kampus. Statusnya sekarang sudah berubah apabila dia menemani Rizqi sebagai teman wanita, bukan lagi sebagai pembantu peribadi.

"Esok eh pertandingan berenang?" tanya Diandra dan memandang Rizqi yang masih berada di dalam air.

"Yes, sweetheart. You gonna be there, right?" tanya Rizqi pula dan meraup rambutnya yang basah ke belakang.

Diandra tidak menjawab soalan Rizqi seraya memandang Rizqi yang kacak itu. Tergamam agaknya melihat kekacakan Rizqi. Baru sekarang dia dapat menikmati kekacakan Rizqi yang dahulunya dia cuba nafikan.

Rizqi memandang Diandra pelik, dengan spontan, Rizqi menepuk sedikit air ke arah Diandra untuk menyedarkan Diandra yang sedang mengelamun.

"Mengelamun apa?"

"Nothing, kau tanya apa tadi?" soal Diandra yang baru sahaja kembali ke realiti. Rizqi hanya tersenyum kecil, apa yang berada dalam fikiran Diandra, ya?

"Nanti kau tengok aku bertanding, kan?" tanya Rizqi semula manakala Diandra meletakkan jari telunjuknya ke dagu untuk berpura-pura berfikir.

"Hm, nak teman ke?" soal Diandra dengan nada mengusik.

Sekali lagi air dipercik ke arah Diandra. Ketawanya terletus di hadapan Rizqi yang sudah merajuk itu.

"Mestilah aku ada, aku girlfriend kau. Aku akan ada dekat sana untuk support kau walaupun aku tahu kau akan menang. Sebenarnya tak ada aku pun takpa, kau selalu menang," ujar Diandra yang sudah mencangkung di hadapan Rizqi.

Kata-kata Diandra turut berbaur dengan sindiran. Sengaja.

"Betul, tapi kalau kau tak ada esok, aku tak ada semangat nak bertanding."

"Eleh, dulu elok bersemangat tanpa aku. Jadi lain dah sekarang?" soal Diandra memerli lagi. Rizqi pula sudah menggeleng tanda tidak setuju dengan kata-kata Diandra.

"Sweetheart, I still need you. Siapa kata dulu kau tak ada? Dulu kau sentiasa ada dalam hati aku, dan sekarang kau ada dalam hati dan ada di hadapan aku," ucap Rizqi sambil mengukirkan senyuman manis untuk si buah hati

Diandra tersenyum malu, suka sangat buat orang malu-malu kucing tau. Tanpa Diandra sedar, Rizqi sudah keluar dari kolam itu.

Malu sangat nampaknya sampaikan tidak sedar yang Rizqi sudah hilang dari hadapan mata. Rizqi mempunyai satu idea, dia terus berdiri di belakang Diandra dan dalam kiraan satu, dua dan tiga...

...Diandra ditolak jatuh ke dalam kolam.

Jeritan kuat yang dibuat Diandra membuatkan Rizqi ketawa terkekeh-kekeh. Melihat Diandra yang terkapai-kapai lebih membuatkan Rizqi ketawa dan untuk beberapa saat, Diandra tidak kelihatan di atas air.

Malah Diandra semakin tenggelam. Riak wajah Rizqi bertukar menjadi cemas dan terus dia terjun masuk ke dalam air semula untuk membantu Diandra.

Tubuh genit Diandra diangkat sehingga ke atas permukaan air. Rizqi memanggil nama Diandra untuk mengetahui sama ada Diandra dengar atau tidak panggilannya.

Mata Diandra masih tertutup walaupun kepalanya sudah tidak lagi ditelenggami air.

"Diandra, wake up. Do you hear me? Diandra."

Apabila Diandra tidak menyahut, Rizqi semakin cemas. Berusaha Rizqi ingin membawa Diandra ke atas namun ada sesuatu yang memberatkan badannya untuk bergerak.

Kaki Diandra telah merangkul erat pinggang Rizqi lalu tanggannya mencekik leher Rizqi kuat dari arah belakang.

"Aduh sakit sakit. Sorry Diandra, aku main-main je tadi. Sakit sakit sakit."

Rizqi menjerit kesakitan. Cengkaman yang dilakukan Diandra itu amat terasa sakitnya.

"Tahu sakit, waktu kau tolak aku tadi, ingat tak sakit ke? Bukan setakat sakit, aku terkejut tahu tak? Punyalah aku seronok mengelamun tentang kau, boleh pulak kau tolak aku?"

Diandra mula membebel dan belum lagi melepaskan cengkaman yang dilakukannya pada Rizqi. Malah, dia makin kuatkan.

"Sekarang, kau rasa cekik aku!"

Rizqi masih lagi cuba melepaskan rangkulan tangan Diandra dari lehernya. Akhirnya selepas beberapa rintangan yang perlu dia hadapi, Diandra melepaskan rangkulan itu.

Hampir mati Rizqi dibuatnya. Aduh, sakit sakit. Nafas cuba diaturkan supaya kembali seragam. Selepas mereka berdua naik ke atas, Diandra memandang Rizqi tajam.

"Semua kau punya pasal, habis baju aku basah. Aku ada kelas petang nanti, Han!" marah Diandra geram. Rizqi mengambil tuala miliknya dan membaluti tubuh Diandra terlebih dahulu.

"I'm sorry, sweetheart. Pasal baju, jangan risau, aku ada bawa baju lebih."

Diandra memandang Rizqi sebelum dia menjerit kecil tanda geram tetapi Diandra tidak sanggup untuk memarahi Rizqi lama-lama, jadi dia hanya mampu bersabar.

"Dah, kau pergi tukar baju dulu. Aku nak keringkan sikit baju aku ni," kata Diandra dan pergi ke arah air cooler.

Dia cuba usahakan untuk mengeringkan bajunya walaupun memang tidak akan kering dalam jangka masa yang singkat itu. Rizqi pula sudah pergi ke arah tempat persalinan.

MATTHEW baru sahaja habis berbual dengan seseorang di talian. Malique masuk ke dalam bilik Matthew dan menyoal tentang apa yang Matthew bualkan dengan orang tadi.

"Kau bual apa dengan anak buah kau?" tanya Malique dan memandang Matthew. Senyuman sinis diukirkan dan dia ketawa. Riak wajah Malique menjadi bingung.

"Adalah. Kau tak perlu tahu. Oh yes, pasal Benjamin, memang dia ada di Italy, but Alex kata dia masih lagi belum serang tempat kita. Jadi, tak perlu kelam kabut sangat nak balik sana. Aku ada kerja lagi dekat sini, memandangkan next plan aku dah rancang."

Mata Malique terbuntang. Adakah Matthew masih lagi merancang untuk membunuh anak perempuan Carlo?

Malique sudah tidak mampu lagi menghalang Matthew untuk menghentikan dendamnya yang lama. Sungguh tebal perasaan dendamnya terhadap orang yang sudah mati.

"Up to you, aku harap kau takkan menyesal."

C | Butterfly Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang