12. personal assistant

93 14 0
                                    

RIZQI Han menonton semula video yang dirakamnya sewaktu di dalam hutan. Rakaman video itu mengandungi seorang gadis yang sedang meluahkan segala perasaannya. Siapa lagi kalau bukan Diandra.

Selepas bahunya ditolak hari itu, Rizqi terus meminta diri untuk pergi mengejar Diandra. Mula-mula Luqman pelik dengan kelakuan Rizqi, tetapi dibiarkan sahaja.

Rizqi mencari semula jejak Diandra dan dia ternampak Diandra yang masuk ke dalam hutan. Terus dia mengikut Diandra dan masuk ke dalam hutan.

"Apa yang kau nak buat dalam hutan ni sorang-sorang, Diandra?" tanya Rizqi seorang diri dan perlahan-lahan dia sembunyi di belakang pokok apabila Diandra menghentikan langkahnya.

Apabila Diandra duduk dan menangis, Rizqi terus mengeluarkan telefonnya dan mula rakam sehingga Diandra berhenti dan bangun dari duduknya. Rizqi menggelengkan kepalanya, ada sebab mengapa dia merakam perkara yang berlaku itu.

Dia tersenyum sinis. Dia mempunyai rancangan yang sangat bernas kali ini. Nampak jahat sangat ke? Tak kan?

DIANDRA Eira dan Zulfa sedang duduk di atas kerusi batu untuk menunggu kehadiran Ryan. Kalau boleh mahu sahaja Diandra pergi tetapi Zulfa memaksanya untuk menunggu. Mahu tak mahu dia terpaksa ikutkan saja.

"Dian, aku nak cakap dengan kau pasal—"

"Maaf lambat. Miss Aina lepas kami lewat sikit."

Kata-kata Zulfa sebentar tadi diganggu oleh Ryan yang baru sahaja datang ke arah mereka berdua. Zulfa memandang Diandra yang hanya mendiamkan diri sejak dari tadi.

"Let's go, hari ni aku belanja korang berdua lunch." Ryan mengajak Diandra dan Zulfa dengan riang.

Sudah lama mereka bertiga tidak meluangkan masa bersama. Diandra memberanikan diri untuk memandang Zulfa dan Ryan. Susah sebenarnya untuk dia menerima semua ini dalam masa yang singkat.

"Korang pergi dulu and enjoy your meal together. Aku tak nak jadi orang ketiga," kata Diandra dan eksperasi wajahnya juga berubah menjadi sedikit ceria. Dia perlu berpura-pura supaya perasaannya tidak kantoi di hadapan Ryan dan Zulfa.

"Ish, mana ada. Ikut sekali, Dian. Aku dengan Ryan bukannya ada apa-apa pun." Zulfa membalas dan merangkul lengan Diandra supaya dia tidak lari daripada situ. Tiba-tiba, Ryan ketawa dan memandang ke arah Zulfa.

"Hm, mungkin soalan aku susah sangat sampai sekarang dia belum bagi lagi jawapan. But it's okay, aku boleh je tunggu sampai kau bagi jawapan," ujar Ryan dan memandang Zulfa tanpa berkelip. Ryan juga menundukkan sedikit badannya untuk menyamakan ketinggiannya dengan Zulfa.

"I'm waiting for the answer."

Diandra tidak bersuara dan hanya melihat tingkah laku Ryan terhadap Zulfa. Manis sehinggakan dia ingin menumbuk palang yang berada di sebelahnya.

Sabar tangan, jangan bertindak agresif di sini. Baru sahaja mereka bertiga ingin meneruskan langkah, ada satu suara yang memanggil nama penuh Diandra dari jauh.

"Diandra Eira!" 

Semua terus menoleh ke arah Rizqi yang sedang menuju kepada Diandra. Ryan dan Zulfa saling berpandangan. Ada apa-apa dah ke ni?

"I found you. Penat aku cari kau. Bukan kau kata nak lunch dengan aku harini? Lupa ke?" ujar Rizqi dan mengukirkan senyuman untuk Diandra. Mata Rizqi cuba memainkan peranan dalam memberi isyarat.

"Kau nak lunch dengan dia?" soal Zulfa dan memandang mereka berdua.

Diandra pula perlahan-lahan menoleh ke arah wajah Rizqi untuk mendapatkan penjelasan atas apa yang dikatakan Rizqi sebentar tadi. Sejak bila dia ajak makan tengah hari sekali?

C | ButterflyWhere stories live. Discover now