13. girlfriend?

120 16 0
                                        

SETIBANYA Diandra di dalam bilik tidurnya, terus dia menghempaskan badan di atas katil. Penat dari segi pelbagai hal. Satu, nak elak daripada Zulfa dan Ryan.

Kedua, kepenatan otak di dalam kelas. Tepu habis otaknya menghafal segala formula yang penting. Tiba-tiba, nama Rizqi terlintas dalam fikirannya. Arahan yang diberikan oleh Rizqi turut dia ingati.

"Esok aku akan bagitahu jadual aku dan apa yang aku buat setiap hari. Jangan lupa pukul 8.00 pagi tepat aku nak kau betul-betul ada depan rumah aku, kalau kau lambat.."

Diandra terus memukul bantal peluknya sekuat hati. Berani dia mengugut Diandra? Kenapa dia tidak sedar akan kehadiran Rizqi sewaktu dia berada di hutan?

Rizqi benar-benar pengintip yang handal. Kadang dia terfikir sudah berapa lama Rizqi mengintipnya?

"I hate you Rizqi Han. Tak guna. Ergh, kenapa kau perlu muncul dalam hidup aku? Menyusahkan."

Diandra melepaskan geram di bantal peluk kesayangannya itu. Esok pagi dia perlu berada di hadapan rumah Rizqi tepat pada waktunya.

Rumah Rizqi pula jauh jadi dia perlukan pengangkutan untuk pergi ke rumah Rizqi. Dia cuba mencari jalan penyelesaiannya. Diandra baru teringat akan pemandu peribadi yang pernah Carlo beritahunya.

"Dian, if you need a transportation call this number, this is your personal driver. Use him when you need okay?"

Diandra terus mencari nombor itu yang pernah dia simpan di dalam kenalannya. Akhirnya dia jumpa nombor pemandu peribadinya.

Tanpa dia berfikir apa-apa, terus nombor itu ditekan dan diletakkan di telinga.

"Hello, Dian. Do you need help?"

"Hi, Mr Farhan. Yes, I need your help but tommorow. Saya nak awak hantar saya pergi rumah seseorang. Saya akan bagi alamatnya esok."

"All right, pukul berapa saya perlu ambil Dian dari rumah?"

"Pukul tujuh pagi sebab saya kena sampai sana tepat pukul lapan. Boleh?"

"Of course."

"That's all, thank you Mr Farhan. See you tommorow."

Selepas itu Diandra menutup panggilan itu dan tersenyum riang. Satu masalah sudah selesai. Esok dia boleh ambil Rizqi dengan pemandu peribadinya.

Easy peasy, man!

JAM tangan dilihat berkali-kali. Lagi lima minit akan sampai tepat pukul 8.00 dan Rizqi masih belum munculkan diri. Siapa yang tunggu siapa ni? Diandra duduk di tempat duduk belakang dan memandang ke tingkap untuk melihat Rizqi sampai ataupun belum.

"Sorry Mr Farhan, dia lambat sikit." Diandra memohon maaf terlebih dahulu. Sudah 20 minit mereka menunggu kedatangan Rizqi tetapi Rizqi belum munculkan diri.

"It's okay, Dian. No worries."

Tepat pukul lapan, akhirnya tiba juga lelaki itu di sebelah keretanya. Diandra menggelengkan kepala dan menurunkan tingkap keretanya untuk bercakap dengan Rizqi.

"Masuk, kau duduk depan."

Rizqi menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu. Telefon milik Rizqi sudah berada di tangannya untuk senang mengugut Diandra bila-bila masa sahaja.

"Aku selalu naik bas. Jadi kita naik bas."

"Aku selalu naik kereta."

Rizqi tersenyum sinis dan menunjukkan video itu lagi. Diandra memandang Rizqi dengan tajam tetapi tidak dipedulikan.

C | ButterflyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang