19. everything about you

117 11 3
                                        

RIZQI Han memandang Diandra dari jauh yang sedang berbual dengan Zulfa dan Ryan di kerusi batu. Dia dihalau oleh Zulfa dan Ryan kerana ingin berbual dengan Diandra secara privasi.

"Diandra, kau dengan Rizqi couple ke?" tanya Zulfa berterus terang.

Serius dia kerap ternampak hubungan Diandra dan Rizqi yang amat akrab sejak kebelakangan ini.

"Ma..mana ada," balas Diandra sedikit gagap. Dia masih belum dapat selesakan diri untuk bertemu dengan mereka berdua. Kekok di dalam diri menebal.

"Tipu. Kau dengan dia nampak rapat," ujar Ryan pula.

Kali ini Diandra sudah tidak dapat membalas apa-apa kerana Ryan bersuara. Dia hanya menundukkan wajahnya. Sungguh Diandra takut yang dia tidak dapat menyembunyikan riak wajahnya ketika ini.

"Dian, it's okay kalau kau couple dengan dia. Bukannya korang berdua tak sesuai," sambung Ryan lagi.

Diandra menggeleng perlahan. Senang betul cakap. Aku baru je patah hati dah nak cari pengganti. A big no!

"Betul ke, Dian? Jujur je dengan kitorang," pujuk Zulfa tetapi masih belum mendapat balasan dari Diandra.

Ketika itu, Rizqi menggeleng. Dia tahu yang Diandra sekarang dalam keadaan yang sangat terdesak untuk pergi dari situ kerana jari-jemari Diandra dari tadi diramas-ramas.

Tanpa membuang masa, Rizqi terus bergerak ke arah mereka bertiga. Topi hitam yang berada di kepalanya di buka dan dipindahkan ke atas kepala Diandra untuk menutup wajah Diandra yang sudah mula kelat.

"Sorry, we need to go. See you guys again next time."

Rizqi menyampuk dan menarik lengan Diandra bersamanya. Ryan dan Zulfa terkedu. Itu dikatakan tiada apa-apa? Mereka berdua tidak percaya, pasti di antara mereka mempunyai perasaan cinta.

"Aku tak rasa diorang musuh semata-mata."

RIZQI Han membawa Diandra ke satu tempat makan yang berdekatan dengan kolej mereka. Sampai sahaja mereka berdua di situ, masing-masing membuat pesanan.

"Maggie Oden Spicy satu, air bagi fresh orange," minta Diandra dan terus menutup menu itu. Makanan itu sahaja yang dia mahukan sekarang ini.

"Air kosong, satu."

Selepas itu pekerja perempuan itu pergi meninggalkan meja mereka berdua. Diandra hanya mendiamkan diri.

"Kenapa kau tak order makanan?" tanya Diandra untuk memulakan perbualan. Daripada tadi sunyi di antara mereka berdua, membosankan.

"Maggie oden tu banyak dan kau takkan habis. Jadi, kita kongsi."

"Walaupun pedas? Kau kan tak makan pedas. Lain kali bagitahu nak kongsi, boleh aku ambil original punya."

Diandra sedikit memarahi Rizqi. Setahu Diandra, Rizqi bukanlah seorang yang minat akan makanan yang pedas. Kalau boleh, tak mahu langsung.

"It's okay. Aku boleh je makan. Lagipun aku taknak rosakkan mood kau. Kau kan suka makan pedas? Maybe yang tu boleh buat kau gembira lepas apa yang terjadi tadi."

"Wah, kau tahu aku makan pedas?" soal Diandra yang ingin tahu.

"Yes, Diandra. I know everything about you."

Diandra mengangguk perlahan dan diam semula. Fikirannya kembali melayang setelah apa yang terjadi tadi. Wajah Rizqi dipandangnya.

"Thank you Han sebab tolong aku tadi. Kalau kau tak panggil aku tadi, mungkin diorang boleh tahu yang---"

C | Butterfly Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang