21. husband material

97 10 2
                                    

BEBERAPA minit Rizqi menunggu, tiba juga Diandra di ground floor. Rasa bersalah di hati menggunung tetapi bukan salah dia. Jadi, Diandra cuba beriak biasa.

"Han, sorry lambat."

"It's okay. Makan bubur ni lepastu makan ubat. Kalau esok perut kau tak baik lagi kita pergi klinik," kata Rizqi yang jelas kedengaran nadanya begitu risaukan Diandra. Rizqi memandang Diandra dengan tatapan lembut dan risau.

Diandra tidak tahu betapa risaunya dia terhadap Diandra sampaikan dia tidak dapat fokus di dalam kelas sebentar tadi.

"Tak perlu risau sangat. Sakit sikit je," balas Diandra dan mengukirkan senyuman.

"Jangan lupa makan bubur. Penat je aku ma..beli tadi kalau kau tak makan," kata Rizqi dan cepat-cepat dia tukarkan ayat.

Diandra mengecilkan matanya apabila dia perasan yang Rizqi cuba untuk menyembunyikan sesuatu. Wajahnya didekatkan dengan wajah Rizqi.

"Betul kau beli? Ke kau masak? Ingat aku tak dapat tangkap apa yang kau cuba nak cakap? Wah, Han masak. Husband material sangat," usik Diandra sambil tersengih-sengih.

Rizqi menggelengkan kepalanya dan cuba sembunyikan senyumannya.

"Thank you so much. Han, esok kau tak ada kelas, boleh tak teman aku breakfast dekat luar?" tanya Diandra perlahan tetapi masih dapat didengari. Rizqi bingung dengan ajakan Diandra.

"Eh, bukan kau selalu makan dekat rumah ke? Kenapa tiba-tiba nak makan dekat luar?" soal Rizqi ingin tahu.

"Mak Imah, pembantu rumah aku ambil cuti. Hal keluarga katanya. That's why aku ajak kau breakfast kat luar." Rizqi mengangguk faham mendengar penjelasan Diandra. Baru dia faham.

"No, kau tak boleh makan dekat luar. Perut kau bukannya sihat lagi. Aku masakkan untuk kau esok."

"Thanks again, Han. Dah pergi balik. Esok kau nak masak breakfast untuk aku. Kena tidur awal. Pastikan sedap eh, kalau tak sedap aku ketuk kepala kau." gurau Diandra dan ketawa kecil.

"Kau rasa dulu bubur aku macam mana. Kalau sedap maknanya masakan aku memang sedap. Aku pergi dulu, goodnight."

"Sleep well, Han."

Mereka berdua saling membalas lambaian sehingga Rizqi keluar. Selepas itu, Diandra naik semula ke penthousenya untuk menikmati bubur yang dimasak oleh Rizqi. Tak sabarnya nak rasa.

CARLO Iskandar meregangkan semula otot-ototnya. Lenguh badannya kerana dari tadi dia hanya duduk di kerusi sahaja. Dia melihat jam di tangan dan sudah tiba masanya untuk dia pulang.

Jadi dia terus mengemas semua barang-barang kerjanya dan pulang ke rumah Camilia di mana tempat dia tinggal.

Beberapa minit selepas itu, keretanya sampai di hadapan banglo itu tetapi dia pelik apabila ternampak sebuah kereta bewarna hitam yang tidak pernah kelihatan di situ.

Dia bingung. Takkan ada tetamu yang datang rumah. Kenapa Camilia tidak memberitahunya? Dia membuka pintu kereta dan menuju ke arah pintu rumah yang terbuka luas.

Masuk sahaja dia ke dalam, matanya terbuntang luas. Terkejut malah dengan tindakan spontan dia mengeluarkan pisau lipatnya untuk mempertahankan diri.

"What are you doing here? What do you want?" soal Carlo kasar. Sumpah Carlo tidak sangka yang mereka masih lagi berani untuk tunjukkan muka dihadapannya selepas apa yang berlaku.

Camilia mendekati Carlo untuk menenangkannya. Dia tahu Carlo dalam keadaan yang tidak baik.

"Calm down, Carl. They just want to meet you."

"Buat apa nak jumpa aku, sial? Tak puas hati apa lagi? Answer me, bastard." Kasar Carlo melepaskan kata. Dua orang lelaki itu bangun dari sofa dan menghampiri Carlo dengan wajah yang tenang.

"Carlo, duduk dulu. Aku dengan Matt just nak cakap dengan kau. Lepas cakap dengan kau kami janji kami keluar," kata Malique berpura-pura lembut dengan Carlo.

Sekarang rancangan mereka sedang berjalan seperti apa yang dirancangkan. Carlo masih belum duduk dan dia berdiri statik di tempatnya dari tadi.

"Okay, Carlo kami datang sini bersebab. Aku dengan Matt tahu kami dah banyak salah dengan kau dan sekarang aku dengan Matt nak minta maaf," ucap Malique dan membuat muka bersalah.

"Carl, I'm sorry," ucap Matthew. Carlo sedikit terpampan dengan apa yang mereka katakan.

Maaf? Sejak bila mereka berdua ada perasaan rasa serba salah? Ini bukan manusia yang dikenalinya. Pasti ada rancangan disebalik ini.

"Apa yang korang berdua rancang kan? Kau fikir aku baru kenal korang harini ke?"

"Carl, I know it's hard to trust us. But now, kami betul-betul minta maaf. If you still don't want to forgive us, it's okay bro. We understand. Camilia, thanks for the drinks. Kami pergi dulu," ujar Matthew tenang. Matthew menyuruh Malique keluar dari rumah itu dan pulang.

Carlo melepaskan nafas geram. Dia pasti ada udang di sebalik batu.

"Sis, do you trust them? I don't think they had really change."

"Carlo, everyone makes mistake. Kalau diorang dah betul-betul berubah, maafkan. Mungkin bila kau maafkan diorang, hidup kau akan lebih tenang. Hidup diorang pun akan tenang."

Ya, itu memang benar. Namun susah untuk dia percayakan mereka berdua kerana dia amat kenali dua adik beradik itu. Mungkin dia boleh mempercayai Malique tetapi tidak Matthew. Dia tidak akan mengalah dengan mudah atas apa yang telah terjadi.

Carlo mengeluh. Biar waktu yang menentukan permohonan maaf itu ataupun dia akan lihat terlebih dahulu usaha dan bukti yang mereka berdua sememangnya telah berubah.

SEPERTI biasa Matthew akan menghisap rokok walau dimanapun dia berada. Itu telah menjadi satu kebiasaan pada dirinya. Malique pula hanya mendiamkan diri.

"Que, esok kita pergi office dia. Buat macam yang kita selalu buat dulu. I want him to trust us again."

"Don't you see his reaction just now? He probably won't trust us!" balas Malique sambil memandu. Dia geram dengan sikap abangnya itu. Paling susah mengalah dan sentiasa menyusahkam orang sekeliling.

"Just do it!" tengking Matthew dan mengetuk tingkap kereta. Selagi dia belum dapat apa yang dia mahu, dia akan memberontak.

Malique penat dengan ini semua, mahu sahaja dia hilangkan diri tetapi tidak boleh. Cukup dia terpaksa berpisah dengan isteri dan anak lelakinya disebabkan lelaki di sebelahnya itu.

Rayna Adelyn, isteri kepada Malique. Kini dia berada di Singapore atas dasar kerja. Pada mulanya, Rayna sanggup berhenti kerja demi mengikuti Malique ke Italy tetapi Malique tidak mengizinkannya. Malique takut jika Rayna diapa-apakan oleh musuhnya.

"Que, do you hear me?" soal Matthew apabila Malique tidak bersuara atas apa yang dikatakannya sebentar tadi.

"Yes."

Matthew mengangguk dan memandang tajam wajah Malique. Perasaan geram masih belum hilang dan ditambah lagi dengan sifat Malique yang tidak ingin memberi kerjasama.

Tetapi apa yang dia kisah? Dia berkuasa dan boleh lakukan apa sahaja.

"My revenge will begin."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
C | ButterflyWhere stories live. Discover now