SEMUA mula berkumpul di tapak perkhemahan untuk menunggu arahan daripada pensyarah. Sementara mereka menunggu, Rizqi Han ternampak Diandra yang sedang bertinggung di hadapan pokok bunga Aster.
"Apa pulak yang dia buat dekat situ?" kata Rizqi sendirian dan mendekati Diandra.
"Diandra, what are you doing here?" tanya Rizqi dan ikut bertinggung di sebelah Diandra. Wajah Diandra dipandang dengan penuh rasa kasih sayang.
"Tengok ni, butterfly," balas Diandra dalam keadaan separa membisik. Dia tidak mahu kupu-kupu itu terbang dari pandangannya.
"Kau suka?"
"Yes. They remind us that it's never too late to transform ourselves and banyak lagi benda yang aku belajar dari seekor serangga," kata Diandra dan matanya masih memandang kupu-kupu itu.
"Kau? Suka tak?"
Rizqi hanya mengangguk. Apa yang Diandra suka, semuanya dia suka. Dia menatap wajah Diandra yang tersenyum melihat kupu-kupu itu dan tiba-tiba dia teringat akan satu maksud dari lirik lagu butterfly.
Don't think of anything
Don't say anything
not even a word
Just give me a smile
I still can't believe it
All of this seems like a dream
Don't try to disappearThe only lyrics Rizqi relate to right now. Itu perasaan Rizqi sekarang. Dia tidak mahu Diandra menjauhkan diri darinya walau apa jua keadaan pun. Dia tidak mahu keakraban Diandra dan dirinya menjadi sebuah mimpi pada akhirnya.
Setengah bulan lagi untuk mereka meninggalkan tempat pengajian mereka dan menerima ijazah. Pasti Diandra akan pergi. Dia tidak mahu hal sebegitu terjadi. Jadi, patutkan dia beritahu Diandra tentang perasaannya?
"Han, jom Sir dah panggil," panggil Diandra dan menepuk bahu Rizqi untuk sedarkan dirinya dari mengelamun.
"Oh, okay."
TEPAT sahaja pukul 12.00 malam. Kumpulan yang dipilih telah memulakan aktivit malam mereka, manakala kumpulan yang lain telah berada di dalam khemah untuk berehat.
Diandra masih lagi belum dapat melelapkan matanya dan dia duduk dari pembaringannya. Dia diganggu dengan pelbagai soalan tentang night stalking ini. Apakah motif aktiviti ini dilakukan pada waktu malam?
"Kau tak tidur lagi?" tanya Rabiatul apabila melihat Diandra yang sedang duduk.
"Tak boleh tidur."
"Kenapa? Mesti kau terfikirkan night stalking kan?"
Diandra menganggukkan kepalanya. Selepas itu, Rabiatul mula bangun dari duduknya dan memandang Diandra untuk menerangkan tentang aktiviti itu.
"Night stalking ni best kalau kau pandai main and berkemahiran. Okay, cara main ialah kita akan bergerak secara berkumpulan."
"Tugas kita adalah untuk mengintip seseorang iaitu yellow guy. Yellow guy ni akan buat sesuatu like patahkan ranting kayu, kutip batu ataupun petik daun ataupun dia akan buat sesuatu yang kita tak sangka. Pandai-pandai kita fikir luar kotak pula." Diandra mengangguk menandakan dia faham dengan penerangan Rabiatul.
"Tapi tak semudah itu. Yellow guy ni akan pandang ke belakang untuk tengok siapa yang intip dia. Sekali dia nampak salah seorang dari kita, kumpulan kita akan ditolak markah. Aktiviti ni akan dijalankan hanya sepuluh minit. So tak ada apa-apa yang perlu ditakutkan pun"
YOU ARE READING
C | Butterfly
Romance"Seekor kupu-kupu selalu mengingatkan kita bahawa akan ada kebahagiaan selepas kesakitan." 𝐛𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 - 𝟐𝟎𝟐𝟐 @khyrin