CARLO Iskandar ketawa melihat email yang diberikan oleh Diandra. Ada saja telatah anak perempuannya seorang ini.
"Amboi, baca apa sampai senyum ke telinga tu?" tanya Camilia yang baru sahaja keluar dari biliknya. Camilia melabuhkan punggung di sofa bersebelahan dengan Carlo.
"Nothing. Dian bagitahu yang dia rindukan pasta Carl," balas Carlo dan senyumannya masih lagi belum lekang.
Camilia ketawa kecil. Comel betul Diandra yang selalu menghantar email kepada Carlo. Bukan mereka tidak mahu menggunakan aplikasi mesej yang telah tersedia cuma lebih menarik menggunakan emel.
Kenapa? Kerana mereka sengaja ingin mencipta memori baharu.
"Dian macam mana? Dia okay ke duduk sana?" tanya Camilia dan memandang Carlo. Carlo mengangguk dan melepaskan nafas lega.
"Dian okay. Sekarang Dian dah bebas. Dulu Carl terlalu menjaga dia, takut diorang apa-apakan Dian," luah Carlo dan menundukkan wajahnya.
Diandra tidak pernah tahu betapa risaunya Carlo terhadap gadis itu. Kalau boleh setiap masa dia ingin melihat Diandra di hadapan matanya, dia tidak mahu Diandra cedera walaupun sedikit. Biar dia sahaja yang cedera. Walaupun nampak keterlaluan, dia tidak kisah.
Janji Diandra selamat apabila dia bersama-sama dengan Carlo.
"Kau dah percayakan Matt dengan Que?"
"Belum seratus peratus lagi cuma Carl rasa yang diorang betul-betul nak berubah."
Carlo berfikiran positif manakala Camilia mengangguk faham.
Dia juga risau jika itu semua hanyalah rancangan baharu Matthew dan Malique. Mereka berdua hanya mampu bersangka baik.
"I hope they had really changed."
AKHIRNYA, Zulfa telah memberi jawapan kepada Ryan. Kini, mereka dalam hubungan percintaan dan itu membuatkan Diandra gembira.
"Stop it. Ingat sikit aku ada dekat sini," tegur Diandra apabila melihat mereka berdua. Tak ingat dah ada orang lain dekat sini. Sweet sweet pulak, tepuk baru tahu.
"Jangan cemburu. Kalau kau nak macamni pergi cari boyfriend," cadang Ryan lalu ketawa terkekeh-kekeh.
Zulfa pula mengangguk setuju dengan cadangan Ryan.
"Siapa kata aku jealous?" balas Diandra dengan nada yang menjengkelkan. Kemudian, mereka berdua duduk di sebuah bangku yang panjang kerana Zulfa ada satu cerita yang ingin diceritakan.
"Aku dengar nanti akan ada kem perkhemahan next week. Kalau betul-betul ada, nak join tak?" soal Zulfa dan melihat wajah Diandra terlebih dahulu.
"Kau tanya aku macam kau tak tahu jawapan."
Ryan dan Zulfa saling berpandangan. Setiap tahun jika ada kem, Diandra seorang sahaja yang tidak dibenarkan pergi. Semua kerana ayahnya tidak memberikan keizinan.
"But Dian, this year is our last year to have fun together. Don't you want to join?"
Diandra melepaskan keluhan. Bohong kalau Diandra tidak mahu sertai kem itu. Dia tidak pernah merasai pengalaman pergi berkhemah bersama-sama rakan-rakannya.
"Pujuk ayah kau, mungkin tahun ni dia benarkan kau pergi?" kata Zulfa dan memegang lengan Diandra. Diandra mengeluh lalu menunduk.
"Tengok dulu macam mana."
"HAN, kau tahu pasal kem next week?" tanya Diandra dan duduk di hadapan Rizqi yang sedang menjamu seleranya. Rizqi mengangguk dan sambung menyuap makanan ke dalam mulut.
ANDA SEDANG MEMBACA
C | Butterfly
Romance"Seekor kupu-kupu selalu mengingatkan kita bahawa akan ada kebahagiaan selepas kesakitan." 𝐛𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 - 𝟐𝟎𝟐𝟐 @khyrin vote dan komen sekali tau ><
