34. heart for love

122 10 3
                                        

ANGIN malam di pantai itu menyapa diri Rizqi yang masih lagi dalam kesedihan. Dia cuba untuk mengubati hatinya yang terluka tetapi luka di hatinya terlalu dalam dan sakit.

Bulan dan bintang di langit gelap itu dilihatnya. Sekurang-kurangnya cahaya bulan dan bintang itu dapat menemani dirinya yang kesunyian.

"Rizqi Han.."

Perasaan terkejut cuba Rizqi sembunyikan. Suara itu, suara yang sudah lama dia cuba untuk mengelak dari didengarinya. Mengapa dia muncul lagi?

Tidakkah Diandra tahu yang dia berada di dalam fasa move on?

"Aku belum kalahkan kau, mana boleh berhenti jadi personal assistant kau. Aku dah janji yang aku akan berhenti jadi personal assistant kau waktu graduate nanti, kan?" tanya Diandra dari belakang tubuh Rizqi.

Dengan kekuatan yang Rizqi kumpulkan tadi, dia terus memusing tubuhnya untuk menghadap Diandra. Wajahnya serius, telefonnya pula sudah dikeluarkan lalu dihulurkan di hadapan Diandra.

"Kau boleh check phone aku yang video tu aku dah delete. Perjanjian tu aku dah putuskan, kau tak perlu nak ikut dah."

Diandra pantas menggelengkan kepalanya dan memandang Rizqi dengan wajah yang juga serius.

"Kenapa, Han? Kenapa waktu aku terima kau jadi kawan aku, kau buat aku macam ni? Kau memang tak sudi ke nak kawan dengan aku?"

Rizqi memandang Diandra dalam.

"Untuk pengetahuan kau, aku sudi jadi kawan kau sebab itu apa yang aku nak dari dulu, tapi kau sendiri yang jauhkan diri kau daripada aku. Cukup, aku dah taknak cakap tentang hal ni lagi. Aku ada hal lain," kata Rizqi dengan sedikit kuat dan tegas.

Selepas itu, dia mula melangkah untuk pergi meninggalkan Diandra.

"Am I still your lucky girl like you said the other day?" tanya Diandra dengan kuat. Terus langkah Rizqi mati dan dia terhenti di situ.

Diandra mendekati Rizqi dan berdiri di hadapannya.

"Do you still wanna catch my heart, Rizqi Han?"

Dengan berani, Diandra menatap anak mata Rizqi yang sudah berair.

"Stop it, Diandra."

"Answer me, Han. Is it still me?"

Diandra memaksa Rizqi untuk menjawab soalannya lalu dia memegang lengan Rizqi apabila Rizqi cuba untuk pergi.

Dia akan menghalang Rizqi dari pergi supaya mereka dapat menyelesaikan masalah mereka berdua ketika itu juga.

"Diandra Eira."

"Rizqi Han."

Mereka berdua saling berpandangan lama.

"Jawab soalan aku, Han. Kenapa kau taknak jawab? Aku tanya kau, kan? Jawablah!"

Rizqi meraup wajahnya dan juga rambut ke belakang. Dia sudah tidak mampu bersabar lagi.

"Apa masalah kau, Diandra?" soal Rizqi sedikit kasar kerana dia sudah tidak dapat menahan sabarnya.

Bukan dia sengaja tetapi dia terpaksa. Itu sahaja cara untuk dia melepaskan Diandra pergi dari hidupnya.

"Masalah aku adalah kau. Kau hilangkan diri bila aku dah mula sayangkan kau," luah Diandra sepuasnya.

Luahan Diandra itu benar-benar dari hatinya dan Rizqi tergamam mendengar luahan itu. Air mata Diandra yang dari tadi bertakung, kini, sudah mula mengalir laju.

"Han, this butterfly won't fly away from you anymore..."

"...Dia dah datang, dia sendiri yang datang untuk kau," kata Diandra dalam tangisan yang semakin kuat.

C | Butterfly Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang