3. perfect boy

280 21 2
                                        

SEMUA di stadium itu terdiam apabila melihat Diandra yang berkelakuan pelik. Jarang sekali ingin melihat Diandra melakukan kesilapan seperti ketika itu.

Pemanah yang besar itu terjatuh di atas kakinya membuatkan Ryan terkejut apatah lagi Rizqi. Dia terus menghampiri Diandra dan tunduk untuk melihat kaki Diandra.

"What's wrong, Diandra?" tanya Rizqi dan memandang wajah Diandra yang sudah mula memucat. Tangan Diandra menolak bahu Rizqi dengan pantas.

"Stop and stay away from me," kata Diandra dan dia menjarakkan sedikit dirinya dengan Rizqi.

Rizqi tidak terkejut malah dia ketawa. Sudah tahu mengapa Diandra berkelakuan begitu.

"Okay, goodluck then!" ucap Rizqi dan mengambil tempatnya untuk mula bertanding. Beberapa minit selepas itu, ketiga-tiga orang itu telah bersedia untuk memulakan perlawanan.

Ryan, Diandra dan Rizqi memanah dengan sangat hebat. Markah mereka juga hampir sama dan perlawanan itu semakin sengit. 20 minit berlalu, perlawan memanah itu tamat dan apa yang membuatkan semua orang terkejut adalah pemenangnya.

Pemenang kali ini bukanlah orang yang sama tetapi berbeza, iaitu Rizqi.

Markah point Diandra dan Rizqi hanya berbeza dua markah. Ryan pula berbeza tiga markah dengan Diandra. Rizqi memandang Diandra yang menatapnya dengan tatapan tidak berpuas hati.

Senyuman manis terukir di bibir Rizqi untuk Diandra tetapi dibalas dengan jelingan tajam. Dengan pantas Diandra menyimpan semula pemanah dan semua alatan memanah lalu keluar dari stadium itu.

Zulfa yang melihat Diandra telah keluar cepat-cepat mengikutnya. Takut hilang jejak Diandra yang terlalu laju itu.

Sampai sahaja Diandra di loker terus dia memasang sesuatu di tangannya iaitu gelang tangan silver yang pernah dihadiahkan oleh Carlo.

"Apa yang dia buat dekat sini? Kenapa aku tak pernah tahu dia wujud dalam kampus ni?" jerit Diandra perlahan dan menutup semula pintu loker perbadinya itu dengan kuat tetapi tidak tertutup.

Sekali lagi dia menutup pintu loker itu dengan sekuat hatinya sampaikan jarinya menjadi mangsa tersepit.

"Ouch!" jerit Diandra kuat dan terus dia terduduk di bangku yang disediakan di situ. Diandra memegang jarinya yang tersepit dengan penuh kasih sayang. Dia meletakkan jari telunjuknya di bibir untuk mengurangkan sakit.

Zulfa yang baru sahaja sampai terus duduk di sebelah Diandra dan merangkul bahu Diandra erat.

"Jangan nangis, Dian, aku tahu kau sedih sebab tak menang kalini. Don't cry."

Zulfa memujuk lembut tanpa dia ketahui yang sebenarnya jari Diandra tersepit.

"I'm not crying! Damn it!" kata Diandra dengan lantang dan bangun dari bangku itu. Zulfa sedikit terkejut dengan suara kuat Diandra.

"Damn, Rizqi Han! Aku benci dia dan ini semua salah dia! Semua salah dia!"

Zulfa memandang Diandra yang sedang berjalan ke hulur dan ke hilir sambil memarahi Rizqi. Nampak sangat yang Diandra benar-benar bencikan Rizqi.

"Kenapa pula? Bukan ke kau dah lama kenal dengan dia? Kau pernah kawan rapat dengan dia dulu, kan?"

Diandra menumbuk loker itu dengan kuat. Terus tegak badan Zulfa apabila melihat tumbukan Diandra itu. Sungguh dia tidak dapat bersuara lagi apabila Diandra sudah bertindak menggunakan tangan. Tak pasal nanti mukanya menjadi sasaran tumbukan Diandra.

"Aku bukan kawan dia dan mustahil untuk jadi kawan rapat dia," kata Diandra dengan penuh benci.

Fikiran Diandra terimbas kembali sewaktu dia berada di sekolah rendah dan sekolah menengah.

C | Butterfly Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang