RIZQI Han membawa Diandra ke rumahnya untuk makan petang. Diandra menepuk tangan perlahan untuk menunjukkan yang dia gembira. Ketika itu, dia terasa bagaikan dia majikan dan Rizqi menjadi pembantunya.
"Your favourite carbonara pasta! Enjoy your meal!"
Jamu Rizqi dan meletakkan pinggan di hadapan Diandra.
"Wah, sedapnya bau. Tak sabar nak makan," ujar Diandra teruja. Diandra mengambil garfu dan menyuap ke dalam mulutnya. Diandra diam seketika.
Rizqi yang berada di sebelahnya keliru. Eh, kenapa Diandra tiba-tiba senyap? Tak sedap ke masakan dia?
"Diandra, are you okay?" soal Rizqi dan menepuk bahu Diandra untuk sedarkannya. Ketika itulah air mata Diandra tiba-tiba jatuh. Rizqi terkejut dan cepat-cepat Rizqi memujuknya.
"What's wrong, Diandra? Sakit perut lagi ke? Kau nak apa-apa tak?" tanya Rizqi cemas dan mengambil air kosong sejuk untuk Diandra.
"Han.." panggil Diandra perlahan. Terus Rizqi memandang Diandra, rasa risaunya masih belum pudar.
"Masakan pasta carbonara kau sedap sangat. Sebiji macam ayah aku. Rindunya dekat ayah," kata Diandra dalam tangisan. Entah kenapa dia terlalu emosi pada waktu itu.
Diandra mengelap air matanya dan sambung menyuap pasta itu ke dalam mulut. Rizqi sudah melepaskan nafas lega. Risau dia jika perut Diandra masih belum baik.
"Kalau sedap makan, kalau kau nak lagi aku boleh masakkan."
Rizqi memujuk Diandra yang sudah berhenti dari tangisan manakala Diandra mengangguk lalu memandang Rizqi.
"Kau nak rasa tak?"
"Tak apa, aku masak untuk kau. Nanti aku makan makanan lain. Makan puas-puas."
Diandra melihat pasta itu lalu menangkap gambar. Dia ingin memberitahu ayahnya bahawa dia rindukan pasta yang dimasak oleh Carlo. Rizqi menggeleng. Ingatkan apalah, rupanya sama macam ayah dia masak, buat orang risau sahaja.
"Han, kau nak dengar sesuatu tak?"
"Tell me, I'm all ears for you."
Rizqi memandang Diandra yang tidak berhenti menyuap pasta carbonara itu ke dalam mulutnya. Kemudian, Diandra mula bercerita tentang kejadian yang berlaku antara dia dan Zulfa siang tadi.
Rizqi mendengar bicara Diandra dengan teliti.
"Sekarang baru aku sedar yang aku dah tak ada apa-apa perasaan pada Ryan. Mungkin sebab aku sibuk jadi aku tak selalu nampak dia. Lagipun, kalau aku masih sukakan dia, sia-sia je sebab dah jelas kelihatan yang dia akan pilih Zulfa."
Rizqi tidak memberi sebarang balasan lagi. Dia masih mendengar ucapan Diandra.
"Mulai sekarang, aku cuma nak fokus pada diri aku sendiri. Terima kasih, Han. Betul cakap kau, acceptance can heal everything."
Diandra mengucapakan terima kasih pada Rizqi dan memandang wajah Rizqi di sebelahnya. Dia menghadiahkan senyuman manis pada Rizqi.
Rizqi pula membalas senyuman Diandra dan mengusap kepala Diandra lembut.
"You did it, I'm proud of you, Diandra Eira."
Diandra terkedu. Bicara yang dilontarkan dari mulut Rizqi itu membuatkan hatinya dipagut rasa sebak. Carlo sentiasa mengucapkan kata-kata itu apabila dia berjaya membuat sesuatu.
Diandra terus menyambung menjamu makanan kegemarannya.
"Aku ada masak bubur ayam untuk malamni. Kejap lagi, lepas makan bubur, terus makan ubat."
ANDA SEDANG MEMBACA
C | Butterfly
Romance"Seekor kupu-kupu selalu mengingatkan kita bahawa akan ada kebahagiaan selepas kesakitan." 𝐛𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 - 𝟐𝟎𝟐𝟐 @khyrin vote dan komen sekali tau ><
