63. our happy life

180 10 4
                                    

HARI yang dinantikan oleh dua pasangan ini sudah tiba. Pelamin yang cantik bagaikan di istana amat menarik perhatian semua orang yang datang. Walaupun hanya memanggil saudara terdekat namun orang yang datang tetap ramai.

Tidak terlupa juga, pasangan yang sudah lama berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata turut menghadirkan diri. Siapa lagi kalau bukan Ryan Zayne dan Zulfa Arissa.

Sahabat Diandra ketika dia berada di kolej.

Luqman. Masih bujang sehingga kini. Calon juga masih dicari. Lambat betul jodohnya ingin datang menjadi peneman hidup.

Carlo dan Camilia masuk ke dalam bilik persiapan Diandra untuk melihat Diandra. Betapa sebaknya dia melihat anak susuannya itu sudah ingin memegang gelaran isteri.

Rambut panjang yang diikat sanggul diusap lembut. Diandra memandang Camilia yang dipantulkan oleh cermin.

"You look so beautiful, honey. Sebiji macam arwah mama Dian dulu. Haih, sedihnya ayah nak tinggalkan Dian," luah Carlo yang berada di samping Diandra.

Memang hari perkahwinan yang bahagia ini akan bertukar menjadi sedih ya?

"Mana ada ayah tinggalkan Dian. Hari-hari kita boleh jumpa dekat DE'S Site tau. Dian selalu tunggu ayah dekat sana." Carlo hanya senyum.

Dalam hatinya sudah meraung sedih melihat satu-satunya anak perempuannya yang ingin berkahwin. Manakala Camilia mencium pipi Diandra sekilas.

"Jadi isteri yang baik tau? Jangan gaduh-gaduh macam budak satu tahun. Mama Cami akan selalu ada dengan Dian," ujar Camilia pula.

Diandra mengangguk lalu bangun dari duduknya dan memeluk dua orang insan yang telah menjaganya dari kecil hingga waktu dia ingin dilepaskan pada seorang lelaki yang di sayangi.

"Terima kasih ayah, Mama Cami. Dian sayangkan ayah dan Mama Cami. Don't be sad, this is not our last.." kata Diandra. Mereka berdua membalas pelukan Diandra erat.

Sayang dan kasih mereka tidak akan pernah berkurang.

"Dah jom, Rizqi mesti dah sampai," ujar Camilia lalu memimpim tangan Diandra untuk keluar dari bilik persiapan ke pelamin.

Keluar sahaja Diandra, semua mata tertumpu padanya. Mana tidaknya Diandra terlalu cantik ketika itu dan nampak berseri. Maklumlah pengantin.

Apabila semuanya sudah bersedia, mulalah majlis dimana tok kadi memaut tangan Rizqi erat. Diandra mendengar nama penuhnya disebut dan suara Rizqi yang penuh yakin menerima.

Apabila pihak saksi mengangguk tanda sah, maka bertukar sudah gelaran Diandra menjadi Rizqi's.

Selesai sahaja akad nikah itu dekat sekali lafaz, Rizqi datang ke arah Diandra dan duduk bersebelahan dengan Diandra untuk menyarungkan cincin.

"My sweetheart already be my wife," ucap Rizqi perlahan di telinga Diandra. Tersenyum Diandra dibuatnya. Sarung sahaja cincin di jari manis Diandra, giliran Diandra pula menyarung cincin pada Rizqi. Tangan Rizqi disalamnya.

Kepala Diandra diusapnya lalu bibir Rizqi mendarat di dahi Diandra. Sungguh tenang hati Diandra ketika itu. Hanya tuhan sahaja yang tahu.

Selepas itu, mula jurugambar melakukan kerja mereka dengan menangkap gambar mereka berdua dengan pelbagai gaya yang diarahkan.

Tangan Rizqi selamat mendarat di pinggang ramping Diandra. Bukan berhenti di situ, semua ahli keluarga dan sahabat-sahabat datang untuk merakam memori indah bersama-sama.

TAMAT juga majlis perkahwinan Rizqi Han dan Diandra Eira. Kini mereka berada di dalam bilik untuk membersihkan diri. Walaupun penat tetapi mereka tetap bahagia apabila dapat berjumpa dan berbual dengan sahabat lama.

Namun yang pelik, Diandra langsung tidak mendengar ucapan tahniah daripada keluarga dan sahabatnya. Hm, pelik bin ajaib. Diandra sudah habis membersihkan diri dan dia berehat di atas katil.

Betapa leganya dia apabila dapat baring di atas katil. Tiba-tiba matanya tertumpu pada dua buah buku yang berada di atas meja. Satu kecil yang bewarna hitam dan satu lagi besar bewarna kelabu.

Memandangkan warna kelabu lebih menarik, tangannya terus mencapai buku itu terlebih dahulu. Baru sahaja Diandra ingin membuka balutan jernih dari buku itu, Rizqi membuka pintu bilik.

"Tak bagitahu pun awak dah habis mandi. Nak makan tak?" soal Rizqi dan berdiri di pintu. Diandra menggeleng.

"Baca buku apa tu?"

"Tak tahu. Awak tahu ke ni buku siapa?"

"Oh, ini buku pemberian papa tadi. Papa suruh baca dengan awak. Nak baca sekarang ke?"

Diandra mengangguk. Baca? Ada apa-apa yang perlu dia baca ke? Rizqi menurut lalu dia duduk bersebelahan Diandra untuk membaca buku itu.

Rupa-rupanya itu adalah ucapan daripada orang yang terdekat. Terharu Diandra dan Rizqi membaca setiap ucapan yang diberikan. Air mata Diandra diusap oleh Rizqi.

"Stop crying. Benda ni pun awak nak menangis ke?"

"Comel sangat. Ini hadiah yang paling bermakna yang diorang pernah bagi." Diandra mengelap air matanya yang turun di pipi.

"Hadiah saya awak tak tengok lagi," kata Rizqi dan berpura-pura merajuk. Diandra menggelengkan kepalanya.

"Han, hadiah awak yang saya tengok dulu tau. Buku hitam tu. Saya belum baca semua tapi saya dah baca sekerat. Thank you, Han," ucap Diandra dan mengucup pipi suaminya sekilas.

Terkedu Rizqi. Patut buku bewarna kelabu itu lebih menarik perhatian Diandra kerana buku hitam kecil itu sudah dibaca oleh Diandra. Rizqi ketawa kecil.

"Anything for you, sayang. Saya nak awak tahu semua yang saya buat selama ini semuanya kerana awak." Diandra mendengarnya dengan teliti.

Tidak pernah sesekali Diandra jemu untuk mendengar luahan sayang daripada Rizqi.

"I love you so much, sweetheart."

"I love you more, idiot."

Dahi mereka bertembung dan senyuman mekar di bibir masing-masing. Betapa cepatnya masa berlalu.

Awalnya bergaduh lalu mula menjadi kawan. Selepas kawan menjadi kekasih. Namun ujian yang banyak melanda membuatkan masing-masing menjadi orang asing dalam hidup masing-masing.

Seekor kupu-kupu akan selalu mengingatkan kita bahawa selalu ada keindahan di penghujung semua rasa sakit.

Sama seperti kupu-kupu yang dulunya hanya seekor ular beluncas yang sangat buruk dan dibenci ramai. Tetapi sebaik sahaja dia mengharungi ujian itu dan ia diberikan sesuatu keindahan yang tidak ada pada yang lain. Menjadi seekor kupu-kupu yang cantik di penghujungya.

Sabar. Sabar untuk menjadi seekor kupu-kupu yang cantik. Tidak mudah untuk membentukkan sesuatu yang indah jika tiada ujian.

CARLO Iskandar melihat kupu-kupu yang berada di dalam satu tempat dimana tempat itu pernah dibina bersama-sama dengan Diandra. Senyuman yang penuh kesedihan itu terukir.

"Finally, your daughter has become someone's wife. Yusuf, kau pasti gembirakan lihat kejayaan anak kau? Macam mana masalah yang dia hadapi, dia selalu berfikiran positif macam kau dan cepat memaafkan orang. Betul-betul anak kau, Yusuf. Aku rindukan kau," ujar Carlo seorang diri sambil melihat kupu-kupu yang berterbangan di hadapannya itu.

Kupu-kupu itu bagaikan bayangan Yusuf kepadanya. Carlo sudah berjaya menjadi seorang ayah kepada Diandra seperti apa yang diajarkan oleh Yusuf.

"Remember, it's not easy to be a beautiful butterfly. It take some times to become the butterfly from caterpillar" -Yusuf

TAMAT

C | ButterflyWhere stories live. Discover now