8. hard to catch

162 15 0
                                        

RIZQI Han duduk di atas batu besar sambil memandang pemandangan yang indah di pantai yang berdekatan dengan rumahnya.

Setiap malam jika Rizqi mempunyai waktu terluang dia akan datang ke situ untuk menghilangkan stres. Hatinya tiba-tiba menjadi sayu apabila terkenangkan kata-kata Diandra siang tadi.

"Kita kawan pun tak pernah."

Rizqi meraup rambutnya kebelakang. Nampaknya dia perlu berusaha lebih untuk membuatkan Diandra berkawan dengannya. Kalau mereka hanya boleh berkawan sahaja, dia tetap bersyukur. 

"What should I do to catch your heart? You're just like a butterfly, Diandra. Beautiful to look at but hard to catch," ucap Rizqi dan tersenyum.

Dia akan berusaha untuk menangkap hati Diandra. Dia ingin menangkap hati Diandra dan jadikannya sebagai kawan. Kali ini biar mereka menjadi kawan terlebih dahulu.

DIANDRA Eira pergi ke perpustakaan untuk meluangkan masanya bersama-sama dengan buku. Sudah lama dia meninggalkan pelajarannya semata-mata ingin melakukan kerja tanpa dibayar itu.

Kerja apa lagi jika bukan kerja untuk kenakan Rizqi? Zulfa dan Ryan masih lagi di kelas jadi dia terpaksa untuk duduk di perpustakaan seorang diri.

Pelbagai buku rujukan yang diambil oleh Diandra untuk mengulang kaji. Waktu itu Diandra tenang sahaja belajar seorang diri, sampailah ada seorang lelaki yang datang dan dengan senang lenangnya duduk di hadapan Diandra.

Naik angin Diandra apabila lelaki itu ialah Rizqi. Baru sahaja dia ingin bangun untuk pergi ke tempat lain tangannya dipegang ketat.

"Kau nak apa?" tanya Diandra perlahan. Sudahlah di perpustakaan, mana boleh dia nak menjerit seperti di stadium. Rasa ingin menjerit itu membuak apabila tangannya digenggam oleh Rizqi.

"Nak study, tak boleh ke?" soal Rizqi dan tangannya masih lagi memegang erat tangan Diandra.

Diandra menyentak tangannya kuat dari dipegang Rizqi. Tidak tahu mengapa dirinya terlalu anti dengan Rizqi, kalau nampak terus rasa nak sepak.

"Okay, kau study sini dan aku pergi tempat lain," ujar Diandra tetapi sekali lagi tangannya ditarik sehingga Diandra terduduk semula di kerusi.

"Jangan bising!" tegur penjaga perpustakaan itu dengan tegas, terus Diandra dan Rizqi terdiam.

"Just sit here, aku perlukan teman, kalau nak senang, aku buat kerja aku, kau buat kerja kau."

Akhirnya Diandra menurut. Dia juga sudah malas ingin berperang mulut dengan Rizqi. Jadi, dia lakukan sahaja apa yang disuruh. Dia membaca buku dengan senyap tanpa memandang sesiapa pun.

Rizqi pula menopang dagunya untuk melihat Diandra yang tekun dengan pembelajarannya. Jujur dia kata, Diandra bukan seorang yang mudah berputus asa. Diandra akan lakukan sesuatu hal itu sehinggalah dia berjaya.

Contohnya, macam sekarang. Rizqi yakin dalam masa yang sama, Diandra belajar ini semua untuk mendapat pointer yang lebih tinggi daripada Rizqi. Dari dulu hingga sekarang, dia tidak mahu kalah dengan lelaki ini.

Diandra yang terasa dirinya seperti ditenung, mengangkat sedikit wajahnya untuk melihat Rizqi. Dari situ Rizqi sudah mula kelam kabut dan berpura-pura membaca buku. Diandra menggelengkan kepalanya.

"Idiot."

TELEFON Diandra berbunyi menandakan ada orang memberi pesanan kepadanya. Diandra membuka mesej itu dan membacanya.

Diandra menutup skrin telefonnya dan sambung semula dengan pembelajarannya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Diandra menutup skrin telefonnya dan sambung semula dengan pembelajarannya. Kini, hanya tinggal Diandra seorang apabila Rizqi sudah pergi untuk ke kelasnya.

Sejuk pula badannya apabila berlama-lama di dalam perpustakaan itu memandangkan dia sudah duduk selama tiga jam. Jadi dia mengambil keputusan untuk keluar dari perpustakaan itu dan pergi menghirup udara yang segar di luar.

Tiba-tiba matanya terpandang ke arah Zulfa dan Ryan yang sedang bahagia berjalan bersama-sama. Langkah Diandra terhenti buat seketika. Tidak semena-mena, hatinya menghadirkan rasa cemburu.

"You both look great together," kata Diandra perlahan. Diandra yang terasa ingin menangis cepat-cepat menahan air matanya.

Dia tidak mahu menangis disebabkan hal yang belum pasti. Salahnya juga kerana tidak mengikut Zulfa dan Ryan sedangkan Zulfa telah mengajaknya tadi.

"Hm, whatever."

Diandra menyedapkan hati lalu pergi ke tandas untuk membasuh muka.

MATTHEW menghembus asap rokok sambil memandang anak-anak buahnya yang sedang tegak berdiri. Dia menoleh pula ke kiri untuk melihat pemandangan.

"Tunggu arahan dari aku. We will do it, but not now. Bagi Carlo rasa tenang dulu bila dia tinggalkan anak tak guna tu lepastu baru korang buat apa yang aku suruh. Faham?"

"YES, KING."

"Now, get out."

Mereka semua mula keluar dari bilik Matthew dengan keadaan segera. King? Itulah nama panggilan semua orang terhadap Matthew. Sungguh berkuasa manusia yang bernama Matthew ini.

"Matt, kau masih lagi nak balas dendam pada Carlo? Sudah Matt. Biarkan dia. Biar dia dengan hidup dia," kata Malique iaitu adik kepada Matthew.

Dua beradik itu mempunyai personaliti yang sangat berbeza. Sungguh berbeza bagaikan langit dan bumi.

"Just shut your mouth. Aku tak minta pendapat kau pun dan siapa kata aku nak serang dia?"

Malique memandang Matthew dengan tatapan yang tidak berpuas hati. Matthew terlalu bersifat kejam sampaikan orang yang tidak bersalah juga perlu menghadapi kekejaman Matthew.

"What do you mean, Matt? Jangan kata---"

"Yes, tepat sekali. You have a good brain."

Terus Malique terdiam tanpa berkutik. Tidak sangka jawapan itu yang akan diberikan oleh Matthew.

Sudah terang lagi bersuluh kekejaman Matthew sememangnya tidak dapat lagi dihalang. Semua orang perlu mengikut arahannya tanpa membantah. Kalau tidak habislah riwayat hidup seseorang itu.

"Are you sure about it? Kau tak rasa nanti benda lain yang akan jadi? Lagipun budak perempuan tu tak ada salah Matt, she is innocent. She just---"

"Aku tahu apa yang aku buat. Kau tak ada hak nak menghalang apa yang aku nak buat. Kau hanya ikut setiap arahan aku. Walaupun kau adik aku, for me you are just nothing. Remember that."

Terguris hati Malique apabila abang kandungnya sendiri menganggap dia sama seperti orang bawahan. Langsung tiada rasa sayang walaupun sekelumit terhadapnya sedangkan mereka berdua lahir dalam rahim yang sama. Wajah Malique bertukar serius.

"I understand, King."

Malique membalas tegas dan melangkah pergi untuk keluar dari bilik itu tetapi Matthew menghentikannya dan berkata sesuatu.

Matthew menyentuh isu tentang keluarga Malique sehinggakan bulu roma Malique meremang. Dia paling gerun jika Matthew menyebut tentang keluarganya.

"Aku harap kau tak khianat macam apa yang dia buat. Kalau aku tahu kau tak buat apa yang aku suruh, bukan kau je yang mampus, keluarga kau sekali mampus."

Malique tidak membalas malah dia juga tidak mengangguk atau menggeleng. Hanya berdiri dan mendiamkan diri. Dia perlu akur setiap kata-kata Matthew, jika tidak, nasibnya sama seperti orang yang mengkhianati Matthew.

Malique memandang Matthew dengan anak matanya sebelum dia keluar tinggalkan bilik dan manusia yang penuh dengan rasa dendam.

"Bila kau nak berubah, Matt?"

C | Butterfly Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang