51. i'll wait for you

78 8 0
                                        

DIANDRA Eira dipeluk oleh Carlo dengan erat sekali. Sungguh perasaan gembira Carlo tidak setanding Diandra. Akhirnya, segala usaha dia dibalas dengan kejayaan. Hari ini, dia telah menamatkan zaman belajarnya.

"Congratulations, Dian. I'm proud of you. Already told you? You can do it and you already made it!" ucap Carlo dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.

"Mama Cami pun bangga. Well done honey!" tutur Camilia pula manakala Ryo dengan kaca mata hitam di wajahnya datang menuju ke arahnya bersama dengan jambangan bunga di tangan.

"For you, princess. Congratulations and enjoy it," ucap Ryo pula dan menghulurkan jambangan bunga itu dengan begitu macho. Diandra terkekeh ketawa.

"Thank you, everyone."

"You should say thank you to yourself. You've made it!"

Diandra mengukirkan senyuman lalu mengusap kepalanya sendiri dengan lembut. Inilah hadiah yang paling bermakna dari dirinya sendiri.

"Congrats, dearself."

ZULFA Arissa menarik tangan Diandra untuk menangkap gambar bersama-sama. Bukan dia tidak tahu yang Diandra paling susah untuk masuk dalam gambar sekali.

"One two cheese!"

Selesai sahaja mereka menangkap gambar bersama, Zulfa menyoal Diandra.

"Mana Rizqi? Aku tak nampak dia pun. Kau nampak dia tak?" soal Zulfa sambil mencari kelibat Rizqi kiri kanan. Dia ingin menangkap gambar Diandra dan Rizqi.

"Aku pun tak nampak dia. Aku pergi cari dia kejap."

Zulfa mengangguk lalu melihat Diandra yang telah meninggalkannya untuk mencari Rizqi. Diandra mencari Rizqi dia merata tempat sehinggalah dia ternampak seorang figura yang sedang bermain dengan bunga di sebuah pondok.

"There you are."

Langkah Diandra menjadi perlahan apabila dia berada dekat dengan Rizqi. Dengan kiraan satu dua tiga, tangan Diandra tepat memegang bahu Rizqi. Bahu Rizqi sedikit terhinjut kerana terkejut. Diandra ketawa kecil melihat reaksi Rizqi.

"Diandra! Terkejut aku. Duduk sini," suruh Rizqi sambil tapak tangannya menepuk di tempat sebelahnya untuk menyuruh Diandra duduk.

"Jauh termenung, apa yang saudara sedang fikirakan?" soal Diandra sebaik sahaja punggungnya melabuh di sebelah Rizqi.

"Saya sedang menunggu seseorang."

"Siapakah seseorang itu wahai saudara?" soal Diandra. Belum sempat Rizqi membalas, seseorang telah memotong.

"Dekat sini Qi rupanya, maaf mama lambat. Traffic jem," kata seorang wanita yang sedang berdiri di hadapan mereka.

"Mama!" jerit Rizqi riang lalu memeluk tubuh wanita itu. Melebar senyuman Rizqi sebaik sahaja wajah wanita itu muncul. Diandra turut tersenyum.

"Congratulations, Qi. Finally, you made it. I'm really proud of you, Qi."

"Thanks, ma," ucap Rizqi dengan lembut. Selepas itu mereka berdua memandang Diandra serentak.

Diandra membulatkan matanya, terkejut.

"Who is this pretty girl?"

"Hi, aunty. Nama saya Diandra Eira. You can call me, Dian."

Diandra memperkenalkan diri dengan sedikit gementar.

Risau pula dia jika ada yang tidak kena di mata wanita itu. Di saat itu, pelbagai soalan bermain di fikiran Diandra. Sejak bila dirinya ini begitu berani untuk memperkenalkan diri?

C | Butterfly Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang