CAMILIA Alisa melihat adik lelakinya yang sedang mengelamun di taman kupu-kupu yang pernah dia bina bersama- sama dengan Diandra. Kupu-kupu yang berada di dalam taman itu adalah kupu-kupu yang pernah ditangkap oleh Diandra. Tidak terlalu banyak kerana kebanyakannya kupu-kupu itu terlepas.
"Carl, are you okay?" tanya Camilia mengambil berat. Dia menepuk bahu Carlo untuk menyedarkan Carlo dari lamunan.
"Yes, Im okay. Cuma teringatkan Diandra, Carl risaukan dia."
Camilia melepaskan ketawa kecilnya dan menepuk bahu Carlo perlahan.
"Chill bro, Diandra boleh jaga diri dia. Kenapa risau sangat? Habis kerja kat sini, kau balik sana, pergilah tengok anak kesayangan kau," kata Camilia sambil kepalanya digeleng.
Teringat Camilia apabila Carlo sampaikan demam kerana rindukan Diandra. Seminggu Carlo demam, tiada satu kerja dapat dilaksanakan, apabila dipaksa, Carlo dimarahi oleh Camilia untuk berehat terlebih dahulu.
"Enam bulan? Lamanya nak balik sana. Aku risaukan Dian. Makan, minum, keselamatan..."
Akhirnya, telinga kanan Carlo dipulas akibat terlalu geram. Ada saja alasan yang ingin diberikan tanpa dia memikirkan hal tersebut sebelum berkata terlebih dahulu.
"Dia umur setahun ke sampai kau nak risau dia makan, minum semua tu? Keselematan ye, aku faham. Eh, kau tak cuti ke sampai tak boleh nak balik sekejap? Ada cuti, balik sana, tengok Dian, pastu balik sini semula, apa masalah otak kau?"
Camili membebel di sebelah Carlo kerana jelas kelihatan kebodohan adik lelakinya itu. Benda senang macam itu pun tidak boleh difikirkan. Carlo mengusap telinga kananya yang mula merah.
Baru Carlo teringat, cuti! Ya, dia ada cuti!
DIANDRA Eira mengeluh perlahan apabila melihat sekumpulan gangster di lorong itu datang ke arahnya dengan kayu besbol. Penat betul dirinya ingin menghadap sekumpulan itu setiap kali ingin pulang ke rumah mengikut jalan yang singkat. Ada saja halangan dan gangguan.
"Ah, here we go again."
Lima orang lelaki itu benar-benar tidak pernah serik walaupun tiga orang kawan mereka sudah masuk ke dalam ICU.
"Itu dia!" jerit lelaki yang berumur seperti 30-an itu. Diandra menyinsingkan baju lengannya ke siku.
"Apa yang korang nak lagi? Tak penat ke? Aku penat tahu tak?" Diandra melepaskan luahannya. Dia tidak takut akan mereka berlima memandangkan dia tahu yang mereka semua sebenarnya tidak tahu cara berlawan yang berkesan, hanya tahu acah sahaja.
Sejak Diandra kecil lagi, Carlo sudah menghantarnya ke kelas mempertahankan diri. Tambahan lagi, Carlo mengajarnya teknik berlawan dengan pisau serta memegang pistol. Segalanya sudah dia pelajari.
Jadi, dia tidak terlalu takut untuk berseorangan.
Diandra melihat mereka yang sedang ketawa. Kuat dan menyeramkan. Diandra memandang mereka berlima itu dengan dingin.
Tangan kanan mengepal penumbuk manakala tangan kirinya bersedia untuk mempertahankan dirinya.
Ketua kumpulan jalan lorong itu telah memberi isyarat untuk menyerang Diandra. Dari situ, mula pertumpahan darah. Muka setiap orang ditumbuk. Kayu besbol mereka juga dihentak di belakang badan Diandra.
Diandra perlu cepat pergi ke arah ketua kumpulan mereka kerana dia mempunyai idea untuk menghentikan pergaduhan itu tanpa berlawan. Langkah Diandra laju berlari menghampiri Umar, ketua kumpulan lorong yang tidak berguna.
Tangan Diandra pantas menumbuk bawah dagu Umar dan terus dia mencengkam leher Umar dari belakang. Kakinya pula memijak kaki Umar supaya Umar tidak dapat melakukan apa-apa kepada Diandra begitu juga dengan tangannya.
ANDA SEDANG MEMBACA
C | Butterfly
Romance"Seekor kupu-kupu selalu mengingatkan kita bahawa akan ada kebahagiaan selepas kesakitan." 𝐛𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 - 𝟐𝟎𝟐𝟐 @khyrin vote dan komen sekali tau ><
