4. i know you

232 19 0
                                        

KEMBALI lagi dalam rancangan mengarut daripada Diandra dan Zulfa. Kali ini rancangan mereka adalah tentang gula-gula getah. Apa yang akan mereka berdua lakukan?

"Banyaknya chewing gum! Nak satu?" minta Ryan dan baru sahaja dia ingin mengambil gula-gula getah itu, tangannya dipukul oleh Diandra.

"Kau tak suka perisa ni. So, here your favourite chewing gum. Double mint!" kata Diandra dan memberikan Ryan gula-gula getah itu. Lebar senyuman Ryan apabila dia mendapat gula-gula getah kegemarannya.

"Thanks, Dian, you know me so well."

Ryan mengucapkan terima kasih dengan ikhlas. Gula-gula getah itu dikunyah olehnya dengan perasaan gembira. Diandra pula hanya sekadar mengangguk dan melihat Ryan.

'I know everything about you because I like you.'

Hati Diandra mendesis dan matanya masih lagi memandang Ryan.

Ryan Isa. Seorang lelaki yang berjaya mengambil hatinya walaupun lelaki itu tidak pernah tahu bahawa Diandra sudah lama menaruh perasaan terhadapnya.

Diandra mahu mengaku tentang perasaanya terhadap Ryan, tetapi dia takut dia tidak diterima. Ah, kenapa perasaan ini perlu hadir?

"Dian? Diandra!" panggil Ryan dan kali kedua suaranya sedikit kuat untuk menyedarkan Diandra dari lamunan.

"Yeah, why?"

"Sejak bila kau suka daydreaming ni?" tanya Ryan dan ketawa kecil. Kelakar pula dia melihat wajah Diandra yang baru tersedar dari lamunan. Kelihatan terlalu polos. Diandra hanya menggeleng dan kepalanya digaru walaupun tidak berasa gatal.

"Diandra, let's go. Sudah tiba masanya kita jalankan misi. Hurry up!" kata Zulfa dengan riang dan dia sudah mula menguyah lima gula-gula getah.

Lagi lima gula-gula getah, Diandra pula yang akan mengunyah.

"Misi? Misi apa?" tanya Ryan yang ingin tahu.

Diandra menggelengkan kepalanya terhadap Zulfa supaya gadis itu tidak memecahkan rahsianya tetapi Diandra terlambat apabila Zulfa terlebih dahulu membongkarkannya.

"Misi untuk kalahkan Rizqi," ujar Zulfa perlahan kerana dia tidak mahu sesiapa yang mendengar akan bicaranya itu. Jika ada yang dengar, mungkin itu hari terakhirnya hidup.

"What?"

DIANDRA Eira menggelengkan kepalanya apabila Ryan tetap ingin mengikutnya dan Zulfa untuk melihat rancangan jahat mereka berdua. Sebenarnya, Ryan ingin turut melihat misi mereka sama ada menjadi atau tidak untuk mengalahkan Rizqi.

'Shame on you, Dian! Ryan dah tahu segala niat buruk kau pada orang lain. Mesti dia fikir yang bukan-bukan,' desis hati Diandra geram dengan dirinya sendiri.

Tangannya ditepuk Zulfa berkali-kali apabila sasaran sudah mula mendekati, mata Diandra terus tertumpu pada susuk tubuh Rizqi yang sedang menuju ke tempat duduknya.

Kali ini pasti menjadi, Zulfa dan Diandra yakin menjadi. Gula-gula getah itu telah  diletakkan di tempat sandar dan juga tempat duduk. Tunggu masa sahaja untuk Rizqi duduk dan bersandar. Biar pakaian Rizqi terkena gula-gula getah dan bajunya pasti akan rosak.

Baru sahaja punggung Rizqi ingin duduk, tiba-tiba sekumpulan gadis datang ke arahnya dengan sekuntum bunga ditangan untuk diberikan kepada Rizqi.

"Rizqi Han!" jerit mereka semua gedik. Mata Diandra dijulingkan ke atas.

"Rizqi famous sangat ke Dian?" tanya Ryan dan dibalas dengan anggukan.

Sejak sekolah rendah lagi sudah ramai yang tergila-gilakan dengan kekacakan Rizqi tetapi itupun dibuli. Rizqi hanya tersenyum melayan karenah gadis-gadis yang menghampirinya tadi.

"Rizqi? Who did this?" tanya salah seorang dari sekumpulan gadis itu.

Rizqi terus melihat gula gula getah yang berada di tempat duduknya. Riak wajahnya masih selamba tetapi mereka tidak tahu yang sebenarnya Rizqi sedikit terkejut. Siapa yang berani lakukan ini semua kepada dirinya?

"Saya dah tolong lap. You can sit later," katanya dan tersenyum gedik. Sukanya dia apabila dapat menarik perhatian Rizqi.

"What? Terlepas lagi?" kata Diandra perlahan dan bangun. Dadanya sudah naik turun menahan amarah. Rancangan yang seterusnya, dia akan pastikan Rizqi jatuh atas perangkapnya.

Sebenarnya, dia agak tidak berpuas hati dengan nasib bertuah Rizqi. Sudah dua kali, dan dua kali itu juga dia terselamat.

"Dah, jom. Buang masa je kita tunggu sini," kata Diandra dan melangkah pergi manakala Ryan dan Zulfa terpinga-pinga lalu mengikut langkah Diandra.

Tanpa sesiapa sedar, ada ekor mata yang melihatnya.

"DIANDRA! Wait!" panggil Zulfa dan berlari mengikut Diandra ke Cafe.

Langkah Diandra terlalu laju sampaikan Ryan dan Zulfa tidak dapat mengejar Diandra. Marah sangat nampaknya. Akhirnya, Diandra berhenti di kaunter pembayaran kerana dia ingin membuat pesanan minuman.

Apabila dia tersedar akan kehadiran Zulfa dan Ryan di belakangnya, dia terus bersuara.

"What?" soal Diandra dan memberikan sekeping wang bewarna hijau kepada juruwang di hadapannya itu untuk membayar duit minumannya.

Air fresh orange menjadi pilihan. Dia ingin menghilangkan rasa panas di dalam hati. Zulfa dan Ryan turut membeli minuman bagi menghilangkan dahaga.

Setelah mereka membeli air, mereka berdua duduk di hadapan Diandra yang sedang menghirup air fresh orange itu dengan rakus.

"Sabar, Dian," kata Zulfa perlahan.

Wajah Diandra semakin merah. Mungkin dia marah ataupun dalam kepanasan memandangkan tadi mereka bertiga terpaksa berlari.

"Aku tengah sabar. Kalau aku tak sabar, dah lama aku tumbuk dia dekat situ," ujar Diandra geram. Nada suaranya masih terkawal kerana mereka berada di tempat awam.

Zulfa mengeluh kecil lalu memandang Ryan untuk meminta bantuan lekaki itu. Dia amat mengharapkan Ryan dapat memujuk Diandra.

"Dian, take a deep breath first. Slowly," suruh Ryan lembut dan menyuruh Diandra menarik nafas.

Diandra lakukan apa yang disuruh tetapi hatinya tetap dalam kepanasan.

"Dian, cuba berhenti fikir untuk buat semua ni. Dari apa yang aku tengok tadi pun, semuanya sia-sia. Lagipun, kita dah nak graduate tahun ni, sikit je lagi, lepastu kau dah takkan tengok muka dia," ujar Ryan cuba menyedarkan Diandra.

"That's why I'm doing this. I want to make memories with him. Bad memories!"

Ryan menggelengkan kepalanya. Diandra agak keras kepala, jadi agak sedikit susah untuk dia menasihati Diandra.

"Dian, kita dah besar. We're all adults. Just talk to him nicely," kata Ryan lagi.

Diandra menggeleng tidak setuju. Nasihat Ryan kali ini tidak dapat dia terima.

"Talk to him nicely? Dalam mimpi." ujar Diandra tegas. Dia tidak akan pernah berbaik dengan Rizqi, itu janjinya. Diandra seorang yang amat tegas dengan pendiriannya.

Mereka berdua saling berpandangan dan langsung tidak terkejut dengan sikap keras kepala Diandra. Sudah lama mereka berkawan dengan Diandra.

"Fine, I'm doing it myself but I still need your help, Fa."

"Aku takkan libatkan kau dalam hal aku tapi tolong bagi idea untuk aku kenakan dia," minta Diandra dan memandang wajah Zulfa lama. Sepasang mata Diandra mula membulat tajam apabila Zulfa mengambil masa yang lama untuk menjawab.

"Okay okay!" jawab Zulfa tanpa berfikir apa-apa selepas melihat mata tajam Diandra. Sepasang itu penuh dengan keazaman untuk menjatuhkan Rizqi.

"Aku akan tetap kalahkan kau."

C | Butterfly Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang