DIANDRA Eira duduk di atas bunga tayar itu dengan wajah yang tidak dapat mereka berdua gambarkan. Umar dan Ihsan yang baru sahaja selesai bekerja itu terkejut apabila melihat Diandra berada di tempat yang mereka berdua selalu melepak.
"Eh budak, kau tak takut ke nanti jadi macam haritu? Tahu berani tapi jangan datang sini seorang diri," kata Ihsan tetapi tangannya ditampar Umar.
Lancang betul mulut. Kang jadi betul-betul susah pula.
"Kau okay? Nampak macam baru putus cinta."
"Diam sebelum aku tumbuk korang berdua," kata Diandra serius. Kepalanya runsing memikirkan apa yang terjadi pada hari ini.
Terus Umar dan Ihsan mendiamkan diri. Takut pula melihat sikap Diandra yang satu ini.
Tiba-tiba telefon Diandra berbunyi menandakan ada notifikasi yang masuk. Terus Diandra membaca mesej yang diberikan oleh Rizqi.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Diandra menjerit kecil, rasa bersalah di hati semakin menebal. Salah ke dia menolak cinta Rizqi? Tak salah tetapi dia sendiri yang menjauhkan diri daripada Rizqi. Itu yang salah.
"Kenapa waktu aku terima kau jadi kawan kau tak nak kawan dengan aku? Fine. Jangan jumpa aku dah lepas ni," luah Diandra dengan kuat di lorong itu.
Tidak kisah dengan kewujudan Umar dan Ihsan, janji dia puas.
"Agaknya ada orang taknak kawan dengan dia kut."
"Kan? Aku pun rasa macam tu."
HUBUNGAN Carlo, Malique dan Matthew semakin akrab. Carlo sentiasa memberi kata-kata yang bermakna dan berharap mereka dapat berubah.
"Aku pelik kenapa anak perempuan dia tak bagitahu yang dia kena serang?" tanya Matthew lalu menyilangkan tangannya ke dada.
Sewaktu mereka berjumpa dengan Carlo sebentar tadi, Malique menyoal Carlo tentang anak perempuannya tetapi riak wajah Carlo nampak biasa sahaja seperti Diandra tidak menceritakan apa-apa tentang kejadian malam itu.
"Aku tak pasti."
"That's mean, kita boleh serang dia sekali lagi."
Malique menggeleng. Matthew memandang Malique untuk penjelasan.
"Better kau lupakan rancangan kau untuk bunuh anak perempuan Carlo. We have another big problem. Benjamin, dia dah ada dekat Italy."
Matthew tergamam.
"Bila kita nak balik Italy?"
"Kita tunggu. If anything happend in Italy, kita balik sana. Sekarang ni aku nak tahu bila anak lelaki kau nak balik?"
Malique melepaskan keluhan. Selagi Matthew tidak mendapat jawapan yang dia mahukan, selagi itulah dia akan bertanya soalan yang sama.