"MINGGU depan aku ada outstation dekat Italy. Dah lama aku tak balik sana sampai dah lupa jalan. Aku nak minta tolong korang berdua tunjukkan jalan untuk aku dekat sana nanti," kata Carlo lalu memandang Matthew dan Malique silih berganti.
"Ke korang berdua ada kerja lain? Kalau ada kerja lain tak apa."
Matthew memandang Malique dan membuat isyarat mata untuk memberitahu jawapan pada Carlo.
"Oh, boleh. Nanti kami berdua tolong kau ya?" balas Malique dan memandang Carlo sambil tersenyum.
"Serious? Kalau korang ada hal tak apa. Aku faham."
"Tak, kami tak ada apa-apa hal pun. Jangan risau, lama ke kau dekat Italy?" tanya Malique ingin tahu.
"One week, maybe?"
Malique mengangguk faham dan memandang Matthew sekilas. Entah kenapa dia rasa tidak sedap hati tentang perjalanan Carlo di Italy nanti.
Apa-apa pun dia perlu sedaya upaya membantu Carlo. Dalam diam, dia boleh menjaga Carlo dari sebarang bahaya. Sekarang Malique sudah mulai sedar akan perbuatannya.
Carlo sentiasa menasihati Matthew dan Malique. Namun hanya Malique sahaja yang dapat menerima nasihat Carlo. Hati Matthew masih lagi keras untuk diruntuhkan dan Malique tidak pernah memutuskan doa untuk Matthew berubah.
"I'll try my best for you, brother. Walaupun kau jahat dengan aku, aku cuba untuk buat kau berubah."
DIANDRA Eira memberikan Rizqi tuala sebaik sahaja Rizqi sudah keluar dari kolam renang itu. Pertandingan Renang telah selesai dan pemenang juga telah diumumkan. Siapa lagi kalau bukan nombor satu?
"Thank you, sweetheart. By the way, hebat tak aku?" tanya Rizqi dengan sedikit berlagak dan tersenyum sinis.
Seraya dia mengelap wajahnya yang basah dan juga rambut. Diandra mencebik mendengar pertanyaan Rizqi. Eleh, berlagak pula dia ni, tumbuk kang.
Diandra memandang Luqman yang berada di sebelah Rizqi dan tersenyum.
"Congrats Luq, dapat nombor dua. Hebat jugak kau," ucap Diandra ikhlas. Luqman mengangguk tanda terima kasih. Rizqi memandang Diandra pelik. Aih, apa yang terjadi ni?
"Diandra? Kenapa tak wish congrats dekat aku? Aku dapat nombor satu," tanya Rizqi tidak puas hati.
"Sebab kami dah biasa tengok kau dapat nombor satu, lainlah kalau kau dapat nombor dua atau tiga, atau kalah. Barulah lain daripada yang lain," ujar Luqman lalu Diandra mengangguk setuju.
Luqman dan Diandra saling berbual selepas itu. Sungguh Rizqi berasa dirinya dipulaukan oleh mereka berdua.
"Nanti kau claim hadiah daripada aku. Aku dah sediakan cuma terlupa nak bawa," kata Diandra dengan senyuman nipis.
Mendengar ayat-ayat itu membuatkan hati Rizqi semakin membara dan panas.
"Ye ke? Terima kasih Dian, susah-susah je sediakan aku hadiah," balas Luqman dan ketawa kecil.
Rizqi sudah tidak dapat menyembunyikan perasaan cemburunya, dia terus beredar dari situ.
Bikin hati dia panas je duduk situ lama-lama. Kang tak pasal muka Luqman pecah sebab ditumbuk. Lihat sahaja pemergian Rizqi, terus Diandra ketawa. Begitu juga dengan Luqman.
ANDA SEDANG MEMBACA
C | Butterfly
Romance"Seekor kupu-kupu selalu mengingatkan kita bahawa akan ada kebahagiaan selepas kesakitan." 𝐛𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 - 𝟐𝟎𝟐𝟐 @khyrin vote dan komen sekali tau ><
