58. hate but love

63 6 0
                                    

PERLAWANAN tersebut disaksikan oleh ramai orang. Jarang-jarang sekali pekerja Diandra dan Rizqi ingin melihat perlawan sebegitu.

Umar dan Ihsan yang melihat ramai orang berkumpul di kawasan memanah terus menuju ke kawasan itu untuk melihat apa yang telah terjadi.

Tergamamnya mereka apabila melihat Diandra dan Rizqi cuba meletopkan belon-belon besar itu dengan pantas sekali.

Cara mereka bermain adalah dalam sepuluh saat, lapan belon perlu diletupkan.

Pada awalnya, mereka berdua seri. Lima kali game dan lima itu juga yang membuatkan mata yang mereka raih sama. Masing-masing sedang memegang lima mata dan ada lagi lima game untuk diselesaikan.

Ada yang menjerit nama Diandra dan ada juga yang menjerit nama Rizqi. Masing-masing memberikan sokongan kepada majikan mereka. Diandra dan Rizqi langsung tidak mendengar jeritan itu kerana terlalu fokus dengan perlawanan.

Di akhir perlawanan..

Diandra tidak berjaya meletupkan lagi satu belon manakala Rizqi berjaya meletupkan lapan belon dalam sepuluh saat.

Diandra tidak kisah dan beriak selamba. Tahu sangat dah dia siapa yang akan menang. Ini bukan kali pertama. Siapa yang menjerit nama Rizqi bersorak gembira.

"Tuan Rizqi! Tuan Rizqi!"

Pemanah itu diberikan kepada Alif semula dan Diandra keluar dari kawasan itu namun tangannya sempat digenggam oleh Rizqi dari menghalangnya keluar.

"Nak apa lagi?"

"I win."

"So? Nak suruh aku buat apa? Bagi penghargaan? Jerit nama kau macam diorang? Oh god, please. No way."

"The rules."

"Do I look like I cared about the rules? Aku malas nak tahu. Jangan nak kata yang aku mungkiri janji. Kau pernah lakukan benda yang sama."

Diandra memerli Rizqi dengan sangat pedas.

"I already said that I have my own reason," tegas Rizqi membalas.

"I have my own reason too. It is because I hate you. I hate you so much," ucap Diandra dan pergi meninggalkan kawasan itu.

Rizqi terdiam dan terkedu. Statik dia berdiri tanpa menggerakkan tubuhnya walaupun seinci. Dia tergamam mendengar kata-kata benci yang keluar dari mulut Diandra.

Dia tidak salahkan Diandra kerana dia memang bersalah dalam hal ini tetapi kata-kata Diandra amat melukai hatinya.

Umar dan Ihsan yang mendengar akan perbualan mereka berdua juga turut terkaku. Mata saling berpandangan.

"Mungkin belum tiba masanya. Kita tengok nanti pula," kata Umar untuk menyedapkan hati sendiri.

DIANDRA EIRA hanya mengurungkan diri di dalam bilik kerjanya dari siang tadi. Malas mahu menunjukkam diri di luar dan meluangkan masanya dengan menyiapkan kerjanya sehingga malam. Buat apa keluar kalau nampak muka dia? Menyakitkan hati.

Night Jungle Walk adalah permainan terkahir mereka pada malam itu. Mereka mulakan aktiviti itu awal kerana cuaca seperti tidak mengizinkan mereka untuk lakukan pada lewat malam. Aktiviti ini hanya untuk peserta yang kalah dalam aktiviti sebelum-sebelum ini.

Semestinya Rizqi tidak terlibat. Gila kau Rizqi terlibat dalam kumpulan yang kalah? Tengok orang kalau nak kalah pun. Diandra menjeling tajam apabila mendengar ketukan pintu. Dalam beberapa saat, Diandra memberi keizinan untuk masuk.

"What?" soal Diandra tanpa memandang gerangan yang berada di pintu.

"Diorang dah start. Tak mahu tengok?" tanya Ihsan yang masih berdiri di hadapan pintu.

C | ButterflyWhere stories live. Discover now