BUNYI penggera jam itu ditutup sebaik sahaja Diandra bangun dari tidurnya. Senyuman di bibir terukir kerana dia sudah tidak sabar ingin bertemu dengan Rizqi.
Terus dia melangkah laju menuju ke arah tandas dan bersiap. Dalam setengah jam, akhirnya Diandra sudah siap sepenuhnya. Telefon dicapai lalu Diandra menghubungi Umar.
"Pakcik ada dekat mana? Aku dah siap."
"Kami berdua ada dalam kereta ni. Kau turun, nanti nampak kereta dekat depan pintu utama. Cepat sikit, kata excited nak jumpa?"
"Baik. Tunggu sana aku on the way," balas Diandra seraya menamatkan panggilan itu. Bunga 11 kuntum di ambilnya dan dipegang erat.
Tidak sabar dia ingin melihat reaksi Rizqi. Pintu bilik hotel itu ditutup lalu dia menuju ke lif.
TING!
Keluar sahaja dia dari pintu lif itu, dia berlari anak untuk menuju pula ke kereta tetapi langkahnya tiba-tiba terhenti spontan apabila dia ternampak figura lelaki yang amat dia kenali.
"Rizqi Han..." panggil Diandra perlahan dan tersenyum.
Melihat Rizqi yang sedang duduk di tempat ruangan menunggu membuatkan Diandra rasa bertuah kerana tidak perlu susah pergi mencari Rizqi melalui alamat yang pernah diberi.
Rambutnya yang panjang itu dibetulkan dan bunga ros 11 kuntum juga dipegang erat.
Baru sahaja Diandra ingin menyapa Rizqi, ada seorang gadis yang menyapa Rizqi terlebih dahulu.
Dia tidak fikir negatif mengenai gadis itu sehinggalah Rizqi memeluk gadis itu dan turut memberikannya jambangan bunga.
Hati Diandra remuk.
Diandra terkedu di situ. Dia ingin pergi ke arah mereka dan melakukan sesuatu tetapi kakinya terasa berat. Air matanya juga telah berkumpul di dalam tubir matanya.
Tunggu masa sahaja untuk mengalir lebat. Hubungan Rizqi dan gadis itu nampak amat akrab.
Diandra sakit dan dia tidak mampu lagi memikirkan apa-apa. Perlahan-lahan dia pergi menuju ke lif semula untuk naik ke bilik. Sewaktu Diandra berjalan, dia langsung tidak memandang ke hadapan sehinggakan dia terlanggar seseorang pun dia tidak sedar.
Bunga ros itu juga terlepas dari tangannya tetapi dia langsung tidak kisah akan hal itu. Dia terus masuk ke dalam lif tanpa menghiraukan sesiapa.
"Miss, your flowers. Oh my god, what's wrong with her? She looks..."
"Reza? Why? Anything happen to you? Are you okay?"
"Yes, I'm okay. Nothing to worry. Oh ya, nah flowers untuk abang Qi," kata Reza lalu dia berikan jambangan bunga ros 11 kuntum itu pada Rizqi.
"Eh? Why so sudden?"
"Saja bagi. Ada girl tu tadi terlanggar Reza lepastu bunga dia jatuh dan dia terlupa nak ambil balik. Jadi, Reza bagi dekat abang Qi. Simpan buat kenangan," usik Reza lalu bunga ros itu bertukar tangan.
"But abang Qi, the girl looked sad. I don't know why, but I can feel it."
"Stop it Reza. Nonsense! Dah jom, nanti princess abang tu marah pula kalau lambat," kata Rizqi dan memaut bahu Reza. Mereka berdua berjalan bersama-sama.
DIANDRA Eira menangis sepuas-puasnya di dalam bilik itu. Rantai kupu-kupu dicabut dan dibaling ke atas lantai. Dia tidak mahu lagi melihat rantai itu berada di lehernya. Dia benci.
"Sampai hati kau, Han. Aku tunggu kau, sebulan tapi setahun kau tak muncul. Aku datang cari kau tapi ini suprise yang kau bagi dekat aku? Kau memang jahat, Han. Aku benci kau. Lelaki semua sama, patut dah tak pernah balas emel aku, tengah berseronok dating dengan perempuan lain rupanya. I hate you, Han."
Tetapi setiap kenangan yang pernah dia lakukan bersama-sama dengan Rizqi membuatkan dia menangis lebih teruk. Dia rindukan Rizqi tetapi Rizqi langsung tidak merindukan dirinya dan itu membuatkan hatinya menjadi lebih sakit. Selimut ditarik ke seluruh badan dan dia menangis.
UMAR dan Ihsan masih setia menunggu kehadiran Diandra. Katanya 'on the way' tapi tak nampak langsung batang hidung. Takkan dia buat janji melayu jugak?
"Lambatnya budak ni nak turun? Ada apa-apa yang berlaku ke dekat atas sana? Lif tersangkut ke?" soal Ihsan tetapi soalannya tidak dijawab.
"Kau tengok apa, Mar?"
Ihsan turut melihat apa yang Umar lihat dari tadi. Betapa terkejutnya dia melihat kemesraan Rizqi bersama-sama dengan perempuan lain.
Hatinya menjadi panas sampaikan terkeluar segala carutannya. Pintu kereta juga hampir dibuka. Nasib Umar sempat menghalangnya.
"Relax, San."
"Relax kepala hotak kau. Kau tak nampak ke jantan tu tengah bahagia dengan perempuan lain? Patut Dian tak datang sini, dia dah nampak apa yang kita nampak sekarang ni," jerkah Ihsan di hadapan muka Umar.
Bagaimana Umar masih lagi kelihatan tenang? Dia langsung tidak berasa kasihan pada Diandra ke?
"Kita tak boleh tuduh melulu. Kalau itu adik dia, tak ke kita dikira salah sebab dah fitnah orang yang tidak bersalah."
"Kau ni kan, kenapa waktu macam ni jugak kau nak jadi bengap? Kau dah lupa ke apa yang Dian kata? Jantan tu anak tunggal mana ada adik-beradik. Aduh kau ni pun," marah Ihsan lagi.
Apahal dia jadi bengap tiba-tiba tak tahu. Perasaan ingin menumbuk itu berganda-ganda. Baru sahaja Umar ingin meneruskan kata-katanya, Ihsan memotong.
"Diam. Kalau itu adik sepupu dia sekalipun, tak adanya nak rapat sampai macamtu sekali. Aku benci betul," terus Ihsan keluar dari kereta itu dan menuju ke arah pintu utama.
Ihsan ingin melihat keadaan Diandra. Pasti Diandra sedang menangis sekarang ini.
"Berani jantan tu lukakan hati, Dian? Kalau kau tak halang aku tadi, aku rasa dah berkecai muka jantan tu tahu," bebel Ihsan sehingga lah pintu lif itu terbuka.
Umar hanya mampu mendiamkan diri. Bohong kalau hatinya tidak panas melihat Rizqi bersama-sama dengan perempuan lain. Sampai sahaja mereka di hadapan bilik Diandra, loceng ditekan.
"Dian, buka pintu ni," kata Ihsan walaupun dia tahu Diandra tidak akan mendengarnya.
Masuk kali keempat loceng ditekan, akhirnya buka juga pintu bilik Diandra. Ihsan dan Umar saling berpandangan.
Mereka berdua agak kasihan melihat Diandra yang wajahnya sudah sembap kerana menangis. Kaki Diandra yang lemah ingin berdiri terus terjatuh di hadapan Umar dan Ihsan.
Umar membantu Diandra bangun manakala Ihsan mengambil air kosong untuk diberikan pada Diandra.
"Lepaskan semuanya, Dian. Menangis je," kata Umar dan menepuk bahu Diandra perlahan.
"Menangis? Kenapa kau menangis? Sepatutnya kau pergi depan diorang, kau tampar terus. Biar padan dengan muka diorang."
Ihsan masih lagi dengan ketidakpuashatinya.
"Aku nak buat dah tadi tapi aku tak boleh. Kenapa dia buat aku macamni? Aku sayangkan dia..."
Ihsan mengeluh. Mereka berdua tahu betapa sayangnya Diandra pada Rizqi. Ihsan duduk di atas kerusi berhadapan dengan Diandra.
"Kau menangis puas-puas tapi aku nak, lepasni kau dah tak menangis disebabkan jantan tak guna tu. Kalau kau menangis lagi, aku takkan teragak-agak nak tumbuk dia," ugut Ihsan serius.
Dia tidak suka melihat Diandra menangis dan Ihsan tahu, Umar juga tidak sukakan Diandra menangis.
"Think positive, Dian. Kalau kau nak jumpa dia bagitahu aku. Kau boleh bincang elok-elok dengan dia," kata Umar pula.
"No. Aku taknak langsung jumpa dia. Malam ni kita balik Australia. Aku nak lupakan dia..."
Diandra membuat keputusan untuk merehatkan diri sebentar diri di Australia sebelum dia pulang ke Malaysia.
Biar hatinya terubat, itupun jika bisa diubati. Umar dan Ihsan hanya mengangguk. Kalau itu yang terbaik untuk dia, terpaksa mereka berdua setuju.
ANDA SEDANG MEMBACA
C | Butterfly
Romantiek"Seekor kupu-kupu selalu mengingatkan kita bahawa akan ada kebahagiaan selepas kesakitan." 𝐛𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 - 𝟐𝟎𝟐𝟐 @khyrin vote dan komen sekali tau ><
