16. him

84 12 0
                                    

MATTHEW fokus melihat Malique yang sedang memberi maklumat tentang Carlo dan juga Diandra.

"Carlo sekarang dah ada dekat Australia semula. Aku rasa dia syak sesuatu dengan rancangan kita," terang Malique dan menutup komputer ribanya.

Matthew mengangguk perlahan dan menghembus asap rokok dari mulutnya. Bilik itu penuh dengan bau rokok yang amat busuk dan tidak menyenangkan. Bagi Malique, rokok adalah sangat menjijikkan.

"For now, lupakan Diandra. Kita perlu buat sesuatu untuk hilangkan syak Carlo tentang kita."

"I want you to act like you're close to Carlo. Buat dia percayakan kita semula." Matthew memberi arahan serius. Malique tidak mengangguk mahupun menggeleng. Dia buntu sama ada ingin setuju ataupun tidak dengan rancangan Matthew.

"It's impossible, King! How to make him trust us again? Dia dah bencikan kita. Mustahil."

Matthew menggeleng lalu bangun dari kerusinya. Dia mendekati Malique dan memberikan senyuman sinis.

"I know him, Que. Dia pemaaf. Dia syak dengan kita sebab kita tak pernah minta maaf dengan dia. Just say sorry to him, berlakon yang kita betul-betul rasa bersalah dengan apa yang kita buat dulu dan semuanya akan berjalan dengan lancar."

Balasan Malique adalah gelengan. Dia langsung tidak setuju dengan cara Matthew. Itu semua sangat keterlaluan. Apakah Matthew tidak rasa bersalah jika dia meneruskan rancangan itu? Walaupun sedikit?

"King, I think that's too much."

"Too much? Dalam kamus hidup aku tak pernah ada perkataan melampau! Dendam tetap dendam!" kata Matthew kejam. Dia berang apabila Malique tidak setuju dengan apa yang dia rancangkan. Tiada siapa yang pernah berani untuk membantah suruhannya.

"Dengan cara ni, baru mudah kerja aku untuk bunuh dia! Disebabkan bapak dia, Carlo berubah!"

"King, budak perempuan tu tak bersalah. She doesn't know anything. Kenapa kau nak bunuh dia jugak?" Malique cuba untuk membantah lagi. Kenapa Matthew terlalu susah untuk lepaskan Carlo?

"Sebab perempuan tu anak lelaki yang tak guna. You know what? Carlo anak emas dalam dunia ni tapi dia berubah sebab lelaki tak guna tu. Oh my god, unbelievable."

Matthew menutup mulutnya untuk menunjukkan yang sebenarnya dia tidak sangka dengan perubahan Carlo ketika itu. Apabila teringat balik kejadian yang sudah beberapa tahun berlalu, ia membuatkan Matthew ngin membalas dendam.

"Pilih orang lain. Ada orang yang lebih baik dari Carlo."

"Tak sama, Que. Ah, okay fine. Now forget it and I want to ask you something. Where is he? We need him right now, Que!" soal Matthew dan membuang puntung rokok ke dalam tong sampah.

"He is still studying." balas Malique pendek. Apabila Matthew mula bercakap tentang keluarganya, dia mula risau dan cemas.

"What? Bila kau nak suruh dia balik sini semula?! We need him to continue our generations. Musuh kita masih banyak di luar sana."

"King, please. I don't want him to be a King. Dunia ini terlalu kejam untuk dia. Aku tak mahu dia fikir pasal dunia ni. Cukuplah apa yang aku lalui, aku tak nak anak aku lalui benda yang sama."

Mendengar kata-kata Malique membuatkan Matthew ketawa kuat. Dia tidak tahu apa yang membuatkan Matthew ketawa sampai begitu sekali.

"Do I look like I care? Cucu sulung lelaki akan mengetuai kumpulan ini bila umur dia telah melepasi tujuh belas tahun! And now he is nineteen, Que. Dia kena jadi King!"

C | ButterflyWhere stories live. Discover now