DIANDRA EIRA melambaikan tangannya ke arah pelajar-pelajar sekolah yang sudah berada di dalam bas. Cepat masa berlalu rasanya baru sahaja menyambut kedatangan mereka.
"Hebat boss kita. Disebabkan hal ni feedback pasal tempat kita naik terus. Makin ramai orang datang nanti," kata salah seorang pekerjanya. Diandra hanya mendengar perbualan mereka dari jauh.
"Itulah, lepasni memang kena kerja keras lagi nampaknya. Aku suka tengok budak-budak tu," ujar pula lagi salah seorang pekerjanya. Diandra melepaskan nafas lega.
Dia kira pekerjanya penat, rupanya lain. Dia mengucapkan syukur kerana dapat pekerja yang dapat memahami dan bagus.
"TUAN RIZQI, saya ada cadangan. Saya baru sahaja jumpa satu tempat yang memang sesuai untuk kita lakukan aktiviti."
"Ya, dimana?"
"Dekat DE'S Site. Ini tempatnya," kata Jim iaitu pembantu peribadinya. Dia menekan projector itu dan gambar DE'S Site ditunjukkan.
Mereka sedang berbincang tentang percutian untuk meluangkan masa bersama-sama staf setelah berhempas pulas selama ini. Bonus.
"Interesting. Apa speciality DE'S Site? Kenapa awak pilih tempat itu berbanding tempat yang lain?" soal Rizqi ingin tahu. Pasti ada sebab untuk segala yang dipilih
"Kalau tuan nak tahu, tempat ini sesuai untuk kita lakukan pelbagai aktiviti sebab semua infrastruktur dan tempat bermain telah disediakan. Lagipun, harga sangat berpatutan. Bilik dia pun cantik dan boleh pilih satu bilik nak berapa orang. Semua ada."
"Awal-awal saya tengok dari gambar macam tak percaya tapi bila saya pergi sendiri, memang tempat tu bukan sekadar indah khabar dari rupa. Ini gambar yang saya ambil. Fresh dari ladang."
Rizqi memandang setiap gambar yang diambil oleh pekerjanya itu. Nampak sangat berbaloi jika mereka semua meluangkan masa bersama-sama. Rizqi mengangguk setuju.
"Saya nak ambil gambar sekali dengan boss tempat tu tapi dia ada hal. Jadi, tak sempat."
"Siapa boss DE'S Site?"
"Perempuan katanya tapi ketika itu saya berurusan dengan Encik Ihsan. Jadi, saya tak berapa pasti."
Rizqi mengangguk-angguk.
"Bincang dengan yang lain. Saya setuju dengan pilihan awak. Cuma saya harap perkara ini dipercepatkan sebab saya taknak kita terlalu leka. Awak boleh pergi. Apa-apa terus bagitahu saya," ujar Rizqi dan Jim meminta izin untuk pergi.
Rizqi mengeliat sepuas hatinya kemudian dia terus sambung menyiapkan kerjanya.
DIANDRA EIRA mendapat laporan baharu daripada Umar iaitu tentang satu syarikat yang ingin datang di tempat mereka.
"Dia nak book site ni minggu depan. How?" soal Umar dengan buku nota ditangannya. Telefon pula disimpan buat sementara untuk mendengar dahulu rancangan Diandra.
"Minggu ni tak boleh sebab dah ada yang book awal. Apa kata bincang Isnin minggu depan?" beritahu Diandra sambil melihat kalender khas di mejanya.
"Oh, okay." Umar hanya menurut perintah dan memberitahu kepada syarikat yang inginkan percutian di DE'S Site.
DE'S Site
Sorry.
This week penuh.
What about next week?
Hari Isnin encik boleh datang untuk berbincang.Apabila Jim mendapat notifikasi dari DE'S Site, terus dia memberitahu Rizqi.
"Sorry tuan, site diorang dah penuh dan minggu depan baru boleh mula bincang. Nak tukar tempat ke?"
YOU ARE READING
C | Butterfly
Romance"Seekor kupu-kupu selalu mengingatkan kita bahawa akan ada kebahagiaan selepas kesakitan." 𝐛𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 - 𝟐𝟎𝟐𝟐 @khyrin