45. has been revealed

92 8 0
                                        

KINI bilik sakit Diandra sudah seperti perkampungan yang meriah apabila mendengar suara Ihsan yang riuh rendah itu. Camilia ketawa mendengar kisah yang diceritakan oleh Ihsan, lagi-lagi kisah dimana sewaktu Umar dicekik oleh Diandra.

Wajah Umar sudah mula cemberut. Rizqi yang mendengar kisah itu juga ketawa. Pada mulanya dia tidak sangka tetapi biasalah perangai Diandra memang membuatkan orang lain tidak sangka yang dia mempunyai sikap sebegitu.

"Nasib baik saya suruh budak ni berhenti. Kalau tidak, dah mati Umar ni kena cekik."

Ihsan turut ketawa lalu memandang wajah Umar yang sudah mula garang. Terus terdiam Ihsan dibuatnya.

"Dah, sakit perut aku tahan gelak."

Diandra memegang perutnya perlahan. Kalau kuat nanti jadi lain pula.

Sudahlah lukanya masih belum sembuh sepenuhnya. Rizqi dan Camilia pula sedang mengemas bekas-bekas makanan yang dimakan mereka tadi.

Kalau boleh Diandra tolong, dah lama tolong, tetapi itulah, awal-awal lagi Rizqi dah memberi amaran

"Jangan turun dari katil. Kalau kau turun jugak, terpaksa aku suruh doktor lambatkan date kau untuk keluar dari hospital." 

"Thank you Rizqi sebab tolong masakkan sup ayam. Tadi aunty ada kerja pula tak sempat nak masak. Pandai jugak Rizqi masak."

Diandra memasangkan telinga untuk mendengar perbualan di antara Camilia dan Rizqi.

Eh, kejap, Rizqi masak? Patutlah dia dapat rasakan sesuatu pada sup ayam tadi. Rasa kasih sayang.

"Tak ada apa, aunty. Perkara biasa je."

Sopan Rizqi membalas dan membuatkan Camilia suka akan sikap Rizqi. Sudahlah murah dengan senyuman, soft spoken pula. Alahai. Tak tambah lagi dengan kacak bergaya. Full package betul. Untung siapa dapat Rizqi ni.

"Budak, ini ke lelaki yang kau angaukan sangat tu?" tanya Umar separa membisik. Diandra menganggukkan kepalanya. Mereka bertiga melihat Rizqi yang sedang membantu itu.

"Rizqi, aunty terlupa nak tanya. Rizqi memang dah lama ke kawan dengan Dian? Setahu aunty, Dian paling rapat dengan Zulfa. Tak pernah pula dia cerita pasal Rizqi dekat aunty."

Camilia menujukan soalan itu kepada Rizqi yang sedang mengelap meja.

"Err.."

Rizqi dan Diandra saling berpandangan diantara satu sama lain. Otak Diandra ligat berfikir yang patutkah dia memberikan jawapan jujur ataupun tidak jujur. Umar menggelengkan kepalanya lalu membisik sesuatu ke telinga Ihsan.

"Dia malu-malu pulak, apa kata kau bagitahu, senang kerja."

Ihsan mengangguk faham lalu tersenyum kambing. Camilia pula menunggu Rizqi untuk memberi jawapan. Kenapa lambat sangat?

"Malu sangat. Sebenarnya kak, diorang berdua ni dah bercinta. Haritu dia bagitahu kami berdua yang dia suka sangat dekat budak lelaki tu. Eh, apa nama boyfriend kau? Hen? Han?"

Ihsan memandang Diandra inginkan kepastian tetapi lambat pula gadis itu mahu menjawab.

"Whatever. Tak kisah. Ha, kak restu tak hubungan diorang berdua ni?" sambung Ihsan dan melihat wajah Camilia. Camilia membulatkan matanya.

Bercinta? Diandra dah besar!

Wajah Diandra sudah ditundukkan kerana takut dimarahi kerana bercinta sewaktu dia masih belajar.

"Really? Dian, be honest with me. You and Rizqi are..in..a..relationship?" tanya Camilia lalu mulutnya ditutup dengan telapak tangannya setelah menghabiskan ayat itu.

C | Butterfly Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang