LUQMAN terdiam seribu bahasa apabila melihat Rizqi pergi tanpa menoleh sedikitpun ke arahnya. Dia memegang dadanya dengan kuat. Sakit yang dia rasakan sememangnya dalam.
"Betul orang kata, kalau dah mabuk bercinta, semua jadi buta. Aku yang besar pun tak nampak."
Hambur Luqman dan dia mula mengatur langkahnya untuk keluar. Luqman mengeluh.
"Bila aku nak berpunya?"
TAMAT sahaja kelas, Diandra terus keluar dan tiba-tiba telefonnya bergetar di dalam poket. Telefon dikeluarkan dan membaca pesanan yang diberi.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Diandra bersorak gembira. Dia hampir terlupa yang hari ini adalah hari Jumaat. Maksudnya, dia boleh rehat sepuas hatinya. Baru sehari sahaja dia menjadi personal assistant Rizqi dah kata penat.
Inilah yang terjadi apabila membuat kerja tidak ikhlas. Penat tidak menentu sedangkan teman duduk dalam kelas sahaja, bukannya buat apa pun. Siap tidur lagi.
Diandra pulang ke rumah dengan gembira. Dia perlu menghargai masa cuti ini kerana minggu hadapan dia perlu memandang wajah Rizqi setiap masa. Muak walaupun kacak.
"Let's go Diandra! Kita berparty di rumah."
Sepanjang perjalan Diandra, dia menyanyi dengan penuh riang. Sampai sahaja dia di jalan pintas yang ingin menuju ke rumahnya iaitu lorong yang selama ini dia guna, dia berhenti.
Terlopong mulutnya apabila melihat Carlo sedang mengacah pisau ke arah Umar dan Ihsan. Terus dia mendekati Carlo dan memegang tangan ayahnya untuk hentikan tindakan itu.
"Ayah!"
Carlo menurunkan pisau lipatnya dan simpan. Diandra pula sudah menghembus nafas lega. Lega hatinya apabila melihat keadaan Umar dan Ihsan baik-baik sahaja.
"What are you doing here, Dian?"
"Dian nak balik rumah. Dian selalu guna jalan sini, dekat sikit nak sampai rumah."
"And now I want to ask you, what are you doing here?"
Sambung Diandra dan mengecilkan matanya. Dia melihat Carlo yang memandang Umar dan Ihsan dengan tajam.
"Sebab dua orang pencuri ni! They stole my wallet just now!"
Diandra memandang Umar dan Ihsan untuk kepastian. Mereka tidak berselindung dan terus mengangguk. Diandra pula menggelengkan kepalanya dan menyuruh mereka pulangkan dompet Carlo.
"Pulangkan."
Umar dan Ihsan berpandangan. Selepas itu, Ihsan mengeluarkan dompet Carlo dan diserahkan semula ke tuan empunya. Carlo menyambut huluran itu dengan kasar selepas itu dia memanggil Diandra untuk pulang bersamanya.
"Ayah balik dulu, Diandra nak cakap dengan 'dua orang pencuri' ni kejap."