"DO you understand?" tanya Diandra dan menunggu akan jawapan dari Rizqi. Namun balasannya hanya satu gelengan. Fokus sangat.
"Listen here. The more you chase it, the more it will elude you. But if you pay attention towards other things, it will come to you. Faham?"
"Like you?" Rizqi memandang Diandra. Diandra bingung dengan kata-kata Rizqi, dia menjongketkan keningnya.
"Yes, sama macam kau. Waktu aku kejar cinta kau, aku tak pernah dapat pun. Susah gila nak dapat. Tapi bila aku tak kejar, kau pulak yang datang pada aku. Love is like a butterfly.." terang Rizqi dan mendekati Diandra.
Dahi Diandra dijentik perlahan.
"And now, this pretty butterfly won't fly away from me and she's already mine." Terus pipi Diandra kemerahan akibat akan kata-kata manis Rizqi itu.
"Enough Han, hati aku tak kuat."
Rizqi dan Diandra saling berbalas ketawa.
"I'm happy when you are happy. But what's wrong with you yesterday? Are you okay? Tell me if you have a problem. I'm here, remember?" pujuk Diandra dan memandang tepat ke arah anak mata Rizqi.
Rizqi terdiam. Bohong kalau Rizqi telah melupakan hal itu sedangkan ketika itu dia masih lagi fikirkan bagaimana ingin memberitahu Diandra.
Adakah Diandra akan menerimanya?
"Diandra, my sweetheart.." Bahu Diandra disentuh lembut dan diusap. Senyuman diberikan.
"I'm okay. Semalam tu lupakan, aku emosi sikit sebab rindukan kau."
"Kau suka tipu, betul-betul Han. Aku risau tahu tak?" marah Diandra dan memukul lengan Rizqi kerana tidak berkelakuan serius.
"Betul sayang. Okay, lepasni kalau aku ada problem aku bagitahu kau."
Diandra menghembuskan nafas berat. Tak apalah, mungkin masalah Rizqi semalam adalah peribadi baginya.
"Promise?" Diandra menaikkan jari kelingkingnya dan jari kelingking itu berpaut dengan jari kelingking Rizqi.
"Promise, sweetheart."
HARI demi hari yang mereka lalui, akhirnya tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi untuk mereka mendapat ijazah dan tamatkan pengajian mereka.
Diandra menunggu Rizqi di suatu tempat bersama-sama dengan Ryan dan Zulfa. Mereka telah berjanji untuk keluar bersama-sama. Katanya, 'double date'.
Lagipun, mereka ingin meluangkan masa sebelum tibanya hari kejayaan mereka. Mungkin selepas itu, ada aras yang akan menghalang mereka untuk bertemu? Setengah jam mereka menunggu Rizqi, tiba juga Rizqi.
Diandra sudah mencekak pinggangnya tanda dia marah atas kelewatan Rizqi. Kasihan Ryan dan Zulfa penat menunggu.
"Sorry. Traffic jem, lepastu aku ada hal sikit tadi," bagitahu Rizqi lalu memberikan sengihan kepada mereka bertiga. Melihat Diandra yang masih tidak berpuas hati dengan alasannya, terus dia memeluk bahu Diandra erat. Takut pula Rizqi jika angin Diandra tidak baik.
"Maaf sweetheart, janji lepasni tak buat. Dah sekarang jom pergi makan dulu, mesti kau laparkan? Jom Ryan, Fa," ajak Rizqi lalu mereka melangkah ke sebuah restoran untuk menjamu selera terlebih dahulu.
Makanan yang dipesan telah sampai dan semua menjamu selera dengan senyap. Di hadapan makanan kena beradab. Tiba-tiba Diandra berbisik sesuatu kepada Rizqi.
"Han, aku nak pergi ladies kejap. Sakit perut," bisik Diandra dan memandang perutnya yang seperti ingin melepaskan sesuatu.
"Let's go, aku teman," balas Rizqi dan memegang lengan Diandra untuk menemaninya tetapi pegangan itu ditepis oleh Diandra. Rizqi melihat Diandra.

ANDA SEDANG MEMBACA
C | Butterfly
Romance"Seekor kupu-kupu selalu mengingatkan kita bahawa akan ada kebahagiaan selepas kesakitan." 𝐛𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 - 𝟐𝟎𝟐𝟐 @khyrin