31. my lucky girl

102 10 0
                                        

"HAN, aku teringin nak tahu siapa crush kau. Ceritalah dekat aku, nak tahu jugak," kata Diandra kerana ingin menghilangkan rasa sunyi dan bosan antara mereka berdua. Semua gara-gara dia tidak dapat tidur.

"Kenapa nak tahu?"

"Aku nak tahu juga tentang kau. Asyik-asyik aku je yang bercerita, kau tak pernah cerita apa-apa. Mungkin, aku boleh tolong kau untuk dapatkan dia?"

Rizqi menggeleng tanda tidak mahu.

"Tak perlu."

"Kalau kau tak bagitahu maksudnya kau tak anggap aku kawan kau," ugut Diandra dan memandang Rizqi.

Dia mahu tahu citara perempuan yang Rizqi suka memandangkan Rizqi seorang yang sangat hebat di matanya. Jujur dia kata, mungkin dia sudah perlu terima hakikat yang Rizqi sememangnya layak mendapat nombor satu.

Mendengar ugutan itu, Rizqi ketawa dan menggelengkan kepalanya. Perlahan-lahan Rizqi memandang Diandra.

"Dia..."

"...seorang yang sangat comel, comel sangat. Cantik pun sama tapi dia comel lagi. Ramai kata dia sombong. But in my eyes, she's just cute like a winter bear."

Rizqi mula bercerita. Diandra kagum dengan cara Rizqi bercerita tentang gadis yang dia sukai, nampak keikhlasan dan mata yang penuh dengan kasih sayang.

"Dia degil, keras kepala tapi kawan rapat dia pernah kata walaupun perangai dia macamtu, she is loyal. Dia ada waktu susah dengan senang."

Rizqi berhenti dari bercakap dan hanya tersenyum.

"You know what? I can see your true love for her and lucky her because you can accept her stubbornness or whatever," puji Diandra.

Itulah apa yang dia rasakan tentang cinta Rizqi pada pujaan hatinya.

"It is just because I love her so much, thats why I can accept everything about her."

"Lucky her. Kau dah confess dekat dia?" tanya Diandra lagi. Rizqi menggelengkan kepalanya.

"Kami berdua baru berkawan dan aku dah fikir, kalau aku luahkan perasaan aku, mungkin aku akan rosakkan persahabatan kami. Jadi, aku pilih untuk diam dan simpan sorang-sorang."

Kedengaran bunyi Diandra mengeluh.

"Faham. Kita sama cuma aku dah move on dan kau belum. Stay strong, my friend. Aku dah rasa mengantuk tapi kau nak tidur mana?"

"Tak apa, kau tidur dulu. Aku teman kau sampai kau tidur," kata Rizqi dan mengusap rambut Diandra untuk menidurkannya.

Diandra hanya mengangguk dan menutup mata. Beberapa minit selepas itu, Rizqi terdengar akan dengkuran halus Diandra.

"Sleep well, sweetheart."

MATAHARI yang menyinari seluruh dunia telah menandakan hari sudah pagi. Selesai sahaja Diandra mandi dengan bantuan Zulfa, kakinya dibalut untuk mengelakkan dari jangkitan kuman.

Selepas itu, Diandra pergi pula ke khemahnya untuk mengemas barang berseorangan.

"Dian, kau okay tak?" soal ahli kumpulannya risau. Tubuh Diandra dipegang perlahan untuk melihat keadaan Diandra.

"Aku okay," balas Diandra dan mengukirkan senyuman nipis. Semua melepaskan nafas lega. Mereka bertiga membantu Diandra untuk mengemas barangnya. 

"Kau nak tahu tak apa yang yellow guy tu buat apa semalam?" soal Leona dan Diandra mengangguk.

"Dia buat apa?"

"Dia ketuk tabung duit syiling. Tekaan kau tepat. Hebat!" puji Eva dan menaikkan ibu jari pada Diandra. Mereka semua bersorak gembira.

C | Butterfly Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang