30. my friend

57 7 1
                                    

DIANDRA Eira mengeluarkan sedikit kepalanya untuk melihat yellow guy sekali lagi. Dia cuma mendapat lihat yellow guy itu sedang mengetuk sesuatu benda yang keras dan berbentuk bulat.

Dia cuba fikir apa yang dilakukan oleh yellow guy. Tiba-tiba dia terdengar seperti bunyi duit syiling dan terus sesuatu benda yang terlintas di fikirannya. Ketuk tabung duit syiling? Adakah itu jawapannya? Kadang jawapan perlu di luar kotak.

Terus Diandra membisik sesuatu di telinga Eva memandangkan hanya Eva yang dekat dengan dirinya.

"Weh, jom lagi tiga minit," jerit Luqman dalam separa membisik lalu memberi isyarat untuk pergi.

Awal-awal mereka cuba untuk pergi dengan perlahan dan mereka berjaya.

Apabila mereka dapat pergi dari kawasan Yellow guy, terus mereka berlari dengan sekuat hati.

Mereka perlu pantas. Diandra juga lari dan dia bernasib malang apabila kakinya tersangkut pada sesuatu. Dia hanya diam dan membiarkan ahli kumpulannya pergi. Diandra cuba melepaskan kakinya dari dahan kayu dalam keadaan gelap.

Akhirnya Diandra dapat melepaskan kakinya dari dahan kayu itu dan cuba teka apa yang terjadi?

Kakinya luka dan berdarah. Fikirannya bercelaru sampaikan dia tersalah jalan dan sesat. Diandra berhenti lalu terduduk kerana kakinya terlalu pedih dan sakit. Dia menjadi takut dan seram sejuk.

Semestinya dia takut. Dia tidak pernah mengalami keadaan sebegini. Memang anak bekas mafia tapi Diandra masih ada perasaan takut.

"Ayah, patut ayah tak benarkan Dian pergi. Sebab ni ke ayah? Dian janji Dian takkan pergi sini lagi, ini kali pertama dan terakhir. Dian janji," rintih Diandra dan mengusap kakinya perlahan.

"Dah kenapa semua benda macam ni perlu terjadi?"

Ahli kumpulanya sudah berjaya. Mereka dapat keluar dari hutan itu tepat sepuluh minit. Semua menjadi semput akibat berlari laju seperti dikejar anjing.

Dalam diam, Rizqi memandang kumpulan Rose untuk melihat Diandra tetapi Diandra tidak kelihatan. Kerutan dahi Rizqi semakin jelas.

"Tahniah Rose, anda berjaya. Sila duduk dan rehat selama lima minit. Selepas ini kita akan tentukan siapa pemenangnya."

"Sir!" jerit Rizqi kuat dan tangannya diangkat tinggi ke udara.

"Diandra was not with them!" kata Rizqi dan terus bangun mendekati kumpulan Rose. Ketika itu baru ahli kumpulan itu sedar bahawa Diandra tiada.

"Luqman, where is she?" tanya pensyarah Fakhrul.

"Sir, saya rasa dia masih berada di dalam hutan. Izinkan saya untuk mencari Diandra," kata Rizqi cemas dan menganbil lampu suluh di atas meja.

"Okay, Luqman and Syarif follow me!" ujar pensyarah Fakhrul dan mengikut Rizqi.

Suasana waktu itu menjadi tegang. Semua terkejut dengan berita yang baru mereka dapat. Hilang? Dimanakah Diandra?

"OH angin, bisakah kau berikan petunjuk untukku? Aku ingin keluar dari sini," kata Diandra berseorangan dan perlahan.

Dia cuba berdiri dan mula berjalan perlahan. Otaknya ligat mengingati arah jalan yang diberitahu oleh pensyarahnya tadi.

"Kanan kiri kanan. Jadi aku kena jalan kanan."

Dia mulakan dengan arah kanan dan sampai sahaja dia di satu kawasan, dia ternampak akan satu pokok yang sama sewaktu dia ingin pergi ke kawasan yellow guy.

Macam mana dia boleh ingat? Di pokok itu terdapat kertas putih untuk menandakan bahawa selepas mereka menjumpai pokok itu, mereka telah semakin dekat dengan yellow guy.

C | ButterflyWhere stories live. Discover now