52. i'm coming

59 8 2
                                    

DUA MINGGU berlalu, kehidupan Diandra berubah sama sekali sejak dia berada di Australia bersama-sama dengan Carlo dan Camilia. Walaupun begitu, Diandra tidak pernah melupakan Rizqi yang masih berada di Italy.

Hampir setiap hari Diandra berkongsi pengalamannya dan harinya kepada Rizqi dan Rizqi membalasnya. Jauh manapun, mereka tetap merasa bahawa cinta mereka dekat.

Han! How are you today? I hope you doing good there. Nanti bila kau dah balik sini, aku nak tunjuk dekat kau sesuatu. Mesti kau akan bangga dengan aku hehe. Take care, Han. Aku sentiasa akan tunggu kau.

Kira-kira begini ayat yang sentiasa dia hantar kepada Rizqi. Walaupun dia sibuk dengan kerja, dia tidak pernah lupa untuk menghantar email kepada Rizqi.

SETAHUN kemudian, Diandra masih lagi menunggu Rizqi yang masih belum muncul. Apatah lagi sejak beberapa minggu yang lalu Rizqi sudah tidak membalas emailnya. Sampaikan dia sudah berada di Malaysia, Rizqi masih tidak membalas.

Han, it's been a year. Aku rindukan kau. Takkanlah kau sibuk sangat sampai kau tak boleh nak balas email aku? Apa yang dah jadi dekat kau? Kau okay ke dekat sana? Seriously, Rizqi Han? I miss you so much. Please come here back again.

Punat SEND ditekan. Diandra berharap Rizqi akan membalasnya.

"Dian? Where are you?" soal Camilia dari jauh. Kelibat Diandra langsung tidak kelihatan. Di manakah, Diandra?

"I'm here. Dalam khemah!"

"Khemah? Which one?" Terlupa pula Diandra yang di luar sana mempunyai banyak khemah.

Kini dia sudah berjaya membuka satu tempat dimana semuanya lengkap dengan apa yang dia impikan selama ini.

Tempat khas untuk memanah. Mempunyai keperluan untuk berkhemah dan boleh melakukan banyak aktiviti. Bukan hanya setakat itu, Cafe bergerak juga disediakan. Keren? Ya, sangat keren.

Semua orang boleh datang ke tempat itu dan yang selalu datang ialah pelajar sekolah dan universiti untuk melakukan aktiviti berkumpulan.

"What are you doing in here, honey? Penat Mama Cami cari tahu," bagitahu Camilia sebaik sahaja menjumpai kelibat Diandra yang sedang duduk di dalam khemah.

"Saja nak test khemah baru sebelum bagi dekat orang yang datang sini. Oh ya, kenapa Mama Cami cari Dian?"

"Ada orang nak jumpa Dian. Two person. Dah lama diorang tunggu dalam office Dian. Pergilah." Diandra mengerutkan dahinya. Ada orang nak jumpa aku? Siapa? Desis hati Diandra.

Kakinya terus melangkah laju ke arah bilik kerjanya. Buka sahaja pintu, dua orang lelaki yang segak berpakaian suit hitam sedang duduk di hadapan mejanya. Diandra berdehem terlebih dahulu dan baru dia melabuhkan punggungnya ke kerusi.

"Morning. Do we have anything to discuss?" soal Diandra dan cuba melihat dua wajah figura yang berkaca mata hitam di hadapannya.

Camilia yang berada di luar bilik kerja Diandra senyap-senyap mendengar perbualan mereka bertiga. Dia tidak sabar ingin mendengar jeritan gembira Diandra.

"Yes. Kami ada banyak benda nak bincang dengan kau budak."

Budak? Kenapa macam aku pernah dengar panggilan tu? Senyuman yang terukir juga dah macam familiar. Takkan..

"Kau makin cantik. Aku rindukan kau budak, rindu nak lepak dekat lorong lepastu makan aiskrim dengan Rentung."

Terus membulat sepasan mata Diandra. Dia sudah dapat meneka siapa dua lelaki yang berada di hadapannya ketika itu.

C | ButterflyWhere stories live. Discover now