ZULFA Arissa mengukirkan senyuman kepada Ryan apabila Ryan membeli aiskrim Magnum Almond untuknya. Wajah ceria Zulfa jelas kelihatan membuatkan Ryan gembira.
"Terima kasih, em mana cadbury hazelnut? Bagi aku, aku nak simpan."
Cadbury Dairy Milk Chocolate Hazelnut itu diserahkan kepada Zulfa. Dia mengambil coklat itu dan menyimpannya dalam beg. Nanti apabila dia berjumpa dengan Diandra, boleh dia terus serahkan kepada tuannya.
"Kenapa beli hazelnut? Bukan kau suka roast almond ke?" soal Ryan pelik. Setahunya, Zulfa lebih gemar Roast Almond dari Hazelnut.
"Jangan kata kau lupa hazelnut favourite siapa. Nak aku hempuk kau guna kuali?"
Pandangan geram telah ditunjukkan. Zulfa tidak sangka yang Ryan sudah lupa. Namun, baginya itu bukanlah sesuatu yang pelik kerana dia lelaki. Perkara mudah yang boleh diingat pun boleh terlupa begitu sahaja.
Ryan cuba untuk mengingat siapa yang sukakan Hazelnut tetapi ketika itu tiada seorang pun nama yang terlintas di fikirannya. Serius tak ada.
"Siapa?"
Zulfa memukul lengan Ryan kuat. Boleh pula dia lupa coklat kegemaran sahabatnya sendiri? Itulah lelaki.
"Semestinyalah, Diandra. Dia suka hazelnut," kata Zulfa dengan nada yang sedikit ditekankan. Sengaja dia tekankan supaya Ryan ingat kembali. Jika Diandra tahu yang Ryan melupakan kegemaran Diandra, pasti dia sedih.
"Oh, aku terlupa. Nak rasa aiskrim kau sikit," ujar Ryan dan terus menggigit aiskrim itu.
Terbuntang luas mata Zulfa apabila melihat Ryan menggigit aiskrimnya tanpa mendapat keizinannya terlebih dahulu.
"Ryan, ini aku punya. Kalau kau nak, belilah sendiri, ish," marah Zulfa dan menjauhkan dirinya daripada Ryan. Dia melihat aiskrim yang telah digigit oleh Ryan dengan wajah yang sedih.
Ryan hanya ketawa melihat kelakuan Zulfa itu. Setiap kelakuan yang Zulfa lakukan amat membuatkan hatinya gembira. Sebenarnya, dia telah lama menyimpan perasaan cinta terhadap Zulfa.
Cuma, dia belum menjumpai masa yang sesuai untuk dia luahkan perasaannya kepada Zulfa. Tiada siapa yang tahu tentang perasaannya itu kecuali dirinya sendiri.
"Comel."
"Aku tahu. Sekarang, baik kau diam. Aku nak makan dengan tenang."
Zulfa terus menikmati ais krim itu sehingga habis. Dia langsung tidak melihat Ryan yang dari tadi memandang dia tanpa berkelip. Kisah pula dia? Janji aiskrim ini habis tanpa diganggu oleh sesiapa.
"Okay dah habis, sekarang kita nak pergi mana pulak?" tanya Zulfa dan membuang kayu aiskrim itu ke dalam tong sampah yang berdekatan.
"Pergi ke dalam hati kau," ucap Ryan perlahan.
"Hah?"
"Takda apa-apa. Eh, teman aku pergi Popular kejap, aku nak beli sesuatu," ajak Ryan dan terus menarik lengan Zulfa tanpa dipinta.
Zulfa terdiam dan membiarkannya. Bukan kali pertama Ryan melakukan hal sebegitu. Namun, dia akan tetap memberitahu Diandra untuk menumbuk Ryan yang sesuka hati menarik tangannya.
DIANDRA Eira duduk di atas sofa sambil menonton rancangan televisyen yang amat membosankan. Sekarang dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan.
Fikirannya cuba memikirkan tentang apa yang perlu dia kerjakan. Belajar? Tetapi dia mahu berehat dulu, malam nanti baru dia sambung belajar.
Memanah? Dia tidak mahu melenguhkan tangannya. Nanti susah nak tulis.
Rizqi?
Tidak semena-mena, Diandra tersedak. Kenapa fikirannya tiba-tiba terlintas nama musuh ketatnya itu?
ANDA SEDANG MEMBACA
C | Butterfly
Romance"Seekor kupu-kupu selalu mengingatkan kita bahawa akan ada kebahagiaan selepas kesakitan." 𝐛𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 - 𝟐𝟎𝟐𝟐 @khyrin vote dan komen sekali tau ><
