DIANDRA Eira yang sudah rebah di lantai itu masih lagi berusaha untuk bangun dan lawan. Sempat matanya mengerling ke arah Umar dan Ihsan untuk memastikan tiada siapa yang akan menganggu mereka.
"Argh." Diandra mengerang kesakitan apabila bahunya ditendang kuat dari belakang.
Hampir sahaja Diandra ingin terjatuh semula tetapi dengan pantas, Diandra memusingkan badannya. Pisau lipat yang berada di tangan lelaki bertopeng itu berjaya diraihnya dan lantas dia mencampak pisau itu ke sasaran.
Dalam diam, Diandra membaling pisau lipat itu ke kaki Umar untuk mereka larikan diri. Apabila Umar dapat menangkap apa maksud Diandra, dia mengangguk perlahan.
TERUK muka Malique dibelasah di hadapan Matthew. Sungguh rasa amarahnya kini semakin meninggi.
"Ini akibat yang kau dapat bila ganggu kerja aku. Aku jemput dia seorang yang kau sibuk apahal?" kata Benjamin geram dan sekali lagi tumbukannya itu terkena pada perut Malique.
"Stop it, Ben. Kau nak lawan aku, lawan dengan aku seorang. Tak perlu nak tumbuk dia pula," jerkah Matthew pada Benjamin.
"What? Lawan dengan kau? Huh, you'll die. Aku taknak kau mati sebelum aku seksa kau dengan sepuas hati aku," kata Benjamin dengan sangat sinis lalu tubuh Malique dicampaknya ke hadapan.
Di kala itu, Malique sudah tiada daya ingin berlawan. Dia hanya mampu melihat dan mengerang kesakitan yang dia alami sekarang.
Baru sahaja Benjamin ingin meneruskan kata-katanya, tiba-tiba telinga Benjamin dan tiga orang anak buahnya itu terdengar akan bunyi bising-bising di bawah.
Dahi Matthew sudah berlipat-lipat. Pelik mendengar bunyi bising di bawah. Setahunya, gudang ini hanya diketahui oleh beberapa orang sahaja. Takkan polis?
"What the f**k. Siapa pula kalini? Kau bertiga pergi tengok. Ramai juga anak-anak buah kau ni kan?"
"Boss! There are so many, orang kita dah tinggal sepuluh dekat bawah," bagitahu salah seorang dari anak buahnya. Benjamin menjerit kuat dan nyaring tanda dia geram apabila ada orang yang menganggu kerjanya.
Pistol dari poket diambil dan diacu di tingkat bawah itu. Ya, betul. Ramai orang yang berada di bawah dan terpaksa Benjamin turun untuk menyelesaikan mereka semua.
Tanpa sesiapa sedar, ada seseorang yang sudah naik ke tingkat atas untuk membantu Matthew dan Malique. Pada awalnya, Matthew tidak dapat mengecam akan wajah figura itu.
Tetapi apabila figura itu semakin dekat dan topinya dibuka terus matanya membulat.
"Carl.."
IKATAN tali di tangan Umar sudah selesai dipotong oleh Ihsan. Lalu dengan pantas, Umar memotong pula ikatan tali di tangan dan kaki Ihsan untuk mereka membantu Diandra yang masih berlawan.
Mahu sahaja mereka membuat cara yang mereka guna dahulu, namun telefon tiada pada mereka. Telefon Umar dan Ihsan sudah dirampas oleh lelaki-lelaki bertopeng itu.
"Cepat! Ambil kayu dekat situ. Kita kena tolong dia," kata Umar dan dibalas dengan anggukan. Ihsan mengambil dua kayu tebal yang tersusun di tepi tembok itu.
Tanpa membuang masa, terus Umar dan Ihsan menyerang lelaki-lelaki bertopeng itu.
"Woi! Apa yang korang buat ni? Aku bagi pisau tu untuk korang selamatkan diri bukannya bahayakan diri lagi," jerit Diandra sambil tangannya lincah berlawan dengan menggunakan belati tajam itu.
"Kami takkan tinggalkan kau," jerit Ihsan dan berlawan dengan sedaya upayanya. Ya mereka bertiga berjaya menumbangkan beberapa orang, namun lelaki yang bertopeng itu terlalu ramai.

ANDA SEDANG MEMBACA
C | Butterfly
Romance"Seekor kupu-kupu selalu mengingatkan kita bahawa akan ada kebahagiaan selepas kesakitan." 𝐛𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 - 𝟐𝟎𝟐𝟐 @khyrin