HARI yang dinanti-nantikan telah tiba. Sungguh hati Diandra sekarang sedang bersorak riang dan tidak sabar ingin ke kem perkhemahan itu.
Namun dia bernasib malang, harinya tidak begitu indah apabila Rizqi berada dalam hidupnya. Diandra memandang Rizqi yang duduk di sebelahnya.
"Idiot. I hate you very much."
"I love you very much too."
Mahu sahaja Diandra menangis dan menjerit. Boleh pula paksa kita duduk sebelah dia? Tak tahu ke yang dia nak duduk sebelah Zulfa?
Ish, takkan dekat kem pun nak kena hadap mamat ni. Diandra tidak bisa menolak apabila dari awal lagi, sebelum dia masuk ke dalam bas, Rizqi telah mengugutnya dengan video lama itu.
Rizqi telah berikannya amaran dan terpaksa Riandra mengikut. Ini kan kerja pembantu peribadi.
Diandra mengeluarkan telefonnya lalu memasang earphone di telinga. Dia ingin menenangkan hati yang dalam kepanasan. Rizqi pula sedang membaca sebuah buku tetapi Diandra tidak dapat mengesan apa tajuknya cuma mungkin tengok pada kulit buku, cerita hantu yang dibaca.
Tekan sahaja butang play di skrin telefonnya, lagu kegemarannya mula dimainkan. Lagu yang bertajuk butterfly itu dinyanyikan oleh sekumpulan lelaki di korea iaitu BTS.
Semua lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan ini ada maksud yang tersendiri. Sekali lagi hidupnya diganggu.
"Nak dengar jugak," kata Rizqi dan merampas satu earphone dari telinga kanan Diandra lalu dipasang di telinga kirinya.
"Han!" jerit Diandra perlahan. Tidak mahu dia menganggu orang lain yang berada di dalam bas. Rizqi tidak memberikan sebarang reaksi malah dia tersenyum puas. Rentak lagu melodinya membuatkan Rizqi tertarik ingin mengetahui maksudnya.
"Diandra, apa tajuk lagu ni?" soal Rizqi dan memandang Diandra.
"Butterfly from Bts" jawab Diandra ringkas. Bibir Rizqi menguntumkan senyuman. Patut susah dia nak tangkap hati Diandra, selalu dengar lagu butterfly.
Rizqi mengangguk faham lalu dia memasangkan semula earphone di telinga kanan Diandra. Selepas itu dia mengeluarkan pula telefonnya. Dia mencari maksud lagu butterfly di google dan jumpa sahaja maksud lirik itu, dia baca.
Will you stay by my side
Will you promise me
If I let go of your hand, you'll fly away and break
I'm scared scared scared of that
Will you stop time
If this moment passes
As though it hadn't happened
I'm scared scared scared I'll lose youYou're just like a Butterfly
From afar, I steal glances; if we touch hands, will I lose you?
You shine in this pitch darkness that is the butterfly effect
Your light touches, I forget the reality at once.Antara maksud-maksud lagu dari butterfly yang membuatkan hatinya tersentuh. Entah kenapa dia ingin menangis apabila membaca maksud dari lagu itu.
"Kalau satu hari nanti, kau tahu yang aku sukakan kau. Agak-agak kau akan jauhkan diri dari aku tak?" desis hati Rizqi dan memandang Diandra sayu.
Sebab itu dia tidak pernah ingin melepaskan peluangnya apabila dia bersama-sama dengan Diandra. Rizqi sentiasa menghargai waktunya apabila Diandra di sisi dan membuat kenagan yang mungkin dia tidak akan lupakan.
DIANDRA Eira berdiri di tapak perkhemahan dan melihat ke sekeliling hutan itu dengan wajah yang tergamam. Banyak pokok dan suasana di dalam hutan itu agak seram.
YOU ARE READING
C | Butterfly
Romantizm"Seekor kupu-kupu selalu mengingatkan kita bahawa akan ada kebahagiaan selepas kesakitan." 𝐛𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 - 𝟐𝟎𝟐𝟐 @khyrin