DIANDRA Eira memandang setiap wajah ahli kumpulannya. Seorang pun dia tidak kenal kecuali Luqman. Mendengar sahaja arahan pensyarah mereka untuk saling mengenalkan diri masing-masing terus tubuh Diandra menjadi tegak.
Ahli kumpulannya juga saling memandang antara satu sama lain untuk mengatakan siapa ingin mulakan dahulu. Seperti biasa, Luqman yang paling aktif.
"Aku rasa aku tak perlu nak kenalkan diri banyak kali. Setiap tahun nampak muka kacak aku ni kan," sakat Luqman dan ketawa.
Setiap wajah ahli kumpulannya ini amat Luqman kenali. Semua mengangguk dan ketawa. Selepas itu sesi perkenalan diteruskan sehingga tiba pada giliran Diandra.
Diandra kekok.
"Hm Dian," kata Diandra pendek. Sumpah dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan walaupun dia sudah melihat cara mereka memperkenalkan diri.
Luqman sudah menepuk dahinya perlahan. Lagi-lagi apabila Diandra memperkenalkan diri tanpa secalit senyuman. Terlalu jelas menampakkan yang Diandra seorang yang sombong.
"Er, Dian ni introvert sikit. Eh bukan sikit, banyak," kata Luqman untuk menyelamatkan Diandra daripada dianggap buruk.
"It's okay. Kami semua faham. Lagipun kau kan yang selalu tak dapat join kem? Sekarang kau dah boleh join dan ini suasananha," kata salah seorang dari kumpulan Rose iaitu Leona. Peramah betul orangnya.
"Serius betul muka kau, cuba senyum sikit," usik Haikal dan ketawa. Sebenarnya dia takut dengan Diandra tapi ingin meriahkan suasana jadi dia ketepikan rasa negatif.
Diandra hanya mengukirkan senyuman nipis, itupun sekejap sahaja dan mukanya kembali biasa. Tolong, itu memang wajah dia apabila dia tidak mengukirkan senyuman. Bukan dia buat muka.
"Okay, sesi perkenalan diri telah tamat. Sekarang saya nak semua pilih ketua dan suruh dia datang ke hadapan untuk ambil dua khemah untuk dipasang."
Kumpulan Rose tidak mengambil masa yang lama untuk menentukan ketua kumpulan mereka.
Luqman dipilih dan terus Luqman pergi ke hadapan untuk memilih khemah. Selesai sahaja sesi mengambil khemah, terus penyarah Fakhrul memberikan arahan yang seterusnya iaitu aktiviti memasang khemah.
"Girls follow me and Madam Najwa. Boys follow Sir Fakhrul," arah penyarah Maira pula dan selepas itu semua bergerak untuk menuju ke tempat masing-masing.
Diandra hanya mendiamkan diri dan mengikut ke mana sahaja mereka pergi. Sekarang dia tidak tahu dengan perasaannya sama ada ingin bahagia ataupun sedih.
"Dian, jangan akward sangat dengan kami semua. Pernah pasang khemah tak?" soal Leona dan memandang Diandra. Diandra menggeleng tidak.
Leona mengangguk faham lalu mendekati pula pada dua orang rakan perempuannya. Selepas itu masing-masing mengangguk.
"Okay girls, this is your place. Awak semua dah boleh pasang khemah sekarang."
Rabiatul dan Eva terus berlari ke arah tempat yang teduh untuk mengecop tempat. Siapa cepat dia dapat dan mereka berjaya lakukannya. Ramai yang cuba merebut tempat itu tetapi kumpulan Rose mendapatkannya dahulu.
"Jom, kita dapat tempat best," ajak Leona dan menarik tangan Diandra. Tanpa banyak bunyi, Diandra ikut.
Sengaja Leona menarik tangan Diandra kerana dia ingin Diandra rasa selesa dengan mereka semua. Mungkin dengan cara dia memulakan first move akan membuatkan rasa kekok Diandra hilang.
"Dian dengan Atul pergi pasang belah sana, aku dengan Leona pula pasang belah sini. Atul tolong ajar Dian kalau dia tak tahu," kata Eva memberi arahan. Semua mengangguk faham dan mula memasang khemah. Diandra melihat mereka bertiga dan mula memasang khemah itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/301623555-288-k167823.jpg)
YOU ARE READING
C | Butterfly
Romance"Seekor kupu-kupu selalu mengingatkan kita bahawa akan ada kebahagiaan selepas kesakitan." 𝐛𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 - 𝟐𝟎𝟐𝟐 @khyrin