20. step by step

81 11 0
                                    

NAIRA Sofia meletakkan papan klip kertas itu di atas meja. Perut Diandra telah kurang sakitnya setelah Naira memberikan ubat untuk menghilangkan sedikit rasa sakit perut Diandra. Naira sebagai seorang doktor mengesan bahawa sakit perut yang dialami Diandra amat berbahaya.

"Awak tak makan berapa hari?" tanya Naira lembut tetapi tegas. Diandra menelain air liurnya tatkala Naira melihat tepat dalam anak matanya.

Seram rasa macam dia buat kesalahan yang sangat besar. Sebelum Diandra membalas, matanya digerakkan ke kiri dan ke kanan.

"Dua hari? Tapi saya makan roti cuma sikit..je.."

Terus membulat mata Naira mendengarnya. Begitu juga dengan Rizqi. Dua hari? 48 jam perut Diandra tidak diisi dengan makanan yang dapat mengenyangkan perutnya.

"Awak ada makan apa-apa tak sebelum makan oden spicy tu?" Soalan seterusnya diajukan.

Diandra menggeleng perlahan. Oden pedas itu adalah makanan pertamanya pada hari itu.

"Are you kidding me? Tahu tak bahaya untuk perut kau?" kata Rizqi dan memandang Diandra.

"Yes, bahaya. Kalau awak nak makan pedas, awak kena makan dulu sesuatu untuk alas perut awak. See, sekarang dah sakit perut. Awak boleh kena appendix kalau selalu buat macamni," ujar Naira dan mengambil ubat papan yang sesuai untuk Diandra.

"Rizqi, kenapa tak jaga dia? Kata sayan—"

"Doktor Naira, jangan marah Han. Dia tak salah dan dia tak ada kena mengena pun dengan perut saya ni. Saya yang tak bagitahu dia," potong Diandra apabila Naira mula salahkan Rizqi.

"Han? Wow special. Hm saya bukan marah Rizqi tapi tegur. Lagipun dia kan yang bawa awak pergi makan? That's why saya marah dia. Sepatutnya dia kena tahu lebih." Naira memandang Rizqi tajam manakala Diandra hanya mendiamkan diri. 

"Ubat ni makan dua kali sehari selepas makan. Awak tak boleh makan makanan pedas, kalau nak cepat sihat makan bubur."

Baru sahaja Diandra ingin mengambil ubat dari Naira, Rizqi terlebih dahulu mencapainya.

"Diandra Eira, beautiful name. Nice to meet you. And now, I want to know why you choose her?" tanya Naira dan memandang Rizqi, begitu juga dengan Diandra.

Dia tidak faham apa yang Naira maksudkan. Kenapa aku yang dipilih? Apa maksud Naira?

"Diandra, kau rehat dulu. Aku nak cakap dengan Doktor Naira kejap." Rizqi meminta diri lalu menepuk lengan Diandra perlahan. Selepas itu Rizqi memberi isyarat mata kepada Naira untuk berjumpanya di luar.

"Awak rehat, nak tidur pun tak apa. Nanti saya kejutkan. Rest well," ucap Naira ramah dan keluar mengikut Rizqi. Diandra hanya mendiamkan diri. Melihat kelakuan Rizqi dan Naira membuatkan dia pelik.

"Apahal dengan dua orang tu? Pelik. Entah-entah Doktor Naira dengan Rizqi suka each other? Wah, Rizqi tak bagitahu pun. Tak apa, nanti aku claim," kata Diandra seorang diri lalu memegang perutnya apabila sakitnya terasa kembali.

"Aduh, sakitnya perutku."

Diandra baring mengiring sambil tangannya mengurut perutnya perlahan.

"BILA kau nak bagitahu dia pasal perasaan kau?" soal Naira dan menggigit coklat kitkat yang baru sahaja dibelinya tadi. Rizqi yang berjalan disampingnya dipandang.

"Sabar. Step by step, Naira. Biar sekarang aku kawan dengan dia dulu. Baru aku cuba luahkan perasaan aku ni atau aku tak luahkan langsung," balas Rizqi sambil menyepak batu-batu kecil di jalan tar itu.

C | ButterflyWhere stories live. Discover now