DIANDRA Eira menghubungi Zulfa untuk memberitahu Zulfa yang hari ini dia tidak akan menyertainya untuk ke kedai buku kerana dia ingin ke perpustakaan tetapi Zulfa tidak mengangkat panggilannya. Ini sudah masuk kali ke lima dia menghubungi Zulfa. Jarang sebenarnya jika Zulfa tidak mengangkat panggilannya.
"Kenapa dia tak angkat? Ada apa-apa berlaku ke? Takpalah, aku chat dia je nanti," kata Diandra seorang diri.
Diandra mempercepatkan langkahnya ke kelas walaupun setengah jam lagi kelas akan bermula. Awal tak apa, jangan lambat sahaja.
Tiba-tiba mata Diandra terpandang ke arah kanan dan apa yang dia ternampak ketika itu ialah Zulfa dan Ryan yang sedang berbual disebalik dinding. Diandra mengerutkan dahi dan mendekati sedikit ke arah mereka berdua.
Oh, tak ajak berbual sekali ye? Siap kau orang berdua. Diandra diam di tempatnya untuk mencari masa yang sesuai bagi mengejutkan mereka. Rambutnya diselak ke belakang telinga untuk mendengar dengan lebih jelas.
"Cepatlah, kau nak cakap apa? Aku nak jawab call Dian, dari tadi dia call aku, mesti ada apa-apa dia nak bagitahu," ujar Zulfa dan menyilangkan tangannya ke dada. Wajah Ryan dipandangnya. Apahal berpeluh semacam mamat ni?
Ryan menarik nafas terlebih dahulu sebelum dia menuturkan bicaranya.
"I like someone but I don't know how to tell her."
Mata Zulfa terus bersinar dan membulat. Sukakan seseorang? Ini berita yang baik, tak sangka antara mereka bertiga, Ryan terlebih dahulu yang akan menamatkan fasa bujangnya.
"Siapa? Taknak nak bagitahu ke?"
"Rahsia tapi aku nak bagitahu kejap lagi. Sekarang cuba bagitahu macam mana nak luahkan perasaan aku pada seseorang tu?"
Ryan menyoalnya dan mengharapkan bantuan dari Zulfa. Walaupun sebenarnya dia akan meluahkan perasaan itu kepada Zulfa.
Diandra yang sedang curi-curi mendengar perbualan itu terkejut. Ryan sudah mempunyai pilihan hati? Siapa? Adakah gadis itu ialah seorang yang dikenali olehnya dan Zulfa?
"Cakap je terus terang. Aku sukakan kau, kau sukakan aku tak?" kata Zulfa kerana ayat itu sahaja yang melintasi fikirannya.
Dia sendiri tidak tahu cara untuk meluahkan perasaan kerana dia tidak pernah berada di situasi begini.
"Aku sukakan kau, kau sukakan aku tak?" ulang Ryan dan memandang Zulfa tepat dalam anak matanya.
Di saat itu, Ryan telah berjaya meluahkan perasaan yang sudah lama dipendam.
"Exactly! Pergi bagitahu pada dia cepat, tak sabar aku nak dengar jawapan pilihan hati kau," suruh Zulfa dengan gembira.
"I have already told her, so what's your answer?"
"Hah?"
"I like you, Zulfa. I really like you."
Akhirnya terluah juga perasaan Ryan terhadap Zulfa. Mulut Zulfa bagaikan di gam, dia terkedu dengan luahan yang tidak disangkanya itu. Langsung dia tidak terfikir orang yang dikatakan Ryan adalah dirinya.
"Tapi Ryan, kita kawan, kan? Dian---"
"Fa, aku cakap pasal kita. Apa kena mengena Dian dalam hal kita?" kata Ryan lembut.
Diandra tidak ada kena mengena dalam hal ini. Telefon yang berada di pegangan Diandra terjatuh.
Ryan dan Zulfa terkejut kerana bunyi itu terus memandang ke belakang. Diandra mengambil telefonnya lalu mendekati mereka berdua dengan senyuman yang sangat lebar.
ANDA SEDANG MEMBACA
C | Butterfly
Storie d'amore"Seekor kupu-kupu selalu mengingatkan kita bahawa akan ada kebahagiaan selepas kesakitan." 𝐛𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 - 𝟐𝟎𝟐𝟐 @khyrin vote dan komen sekali tau ><
