DIANDRA Eira pulang ke rumah dengan keadaan yang penuh dengan luka dan kesan lebam. Sekarang dia sudah berada di Penthouse dan pembantu rumahnya juga sudah tidur. Senang kerja Diandra untuk mencuci lukanya berseorangan.
Carlo? Sekarang dia berada di Australia kerana dia perlu menguruskan syarikatnya untuk beberapa bulan. Sepatutnya Diandra perlu mengikut Carlo pergi ke Australia bersama-sama. Tetapi disebabkan penangan lakonan Diandra, dia dapat memujuk Carlo untuk tetap tinggal di Malaysia.
"Dian, come with me. I don't want you to stay here alone. I'm worried." Carlo memaksa Diandra untuk mengikutnya.
"No. I want to stay here. Please ayah," pujuk Diandra dan duduk di sebelah Carlo. Dia memeluk lengan Carlo erat. Dia tidak mahu meninggalkan apa yang dia miliki sekarang. Tunggu masa yang sesuai, baru dia akan mengikut ayahnya.
"Diandra, listen to me. Pack all your things now, we are going to Australia tommorow. Full stop!"
Diandra mendiamkan diri, jika Carlo sudah memberi arahan, jangan sesekali membantah. Namun, dia ialah Diandra, sudah pasti ada caranya untuk membuatkan Carlo tidak terus dapat memaksanya. Carlo memandang Diandra yang sedang diam.
"Diandra, why do you still here? Go pack your things now."
Air mata Diandra sudah bertakung. Sudah tiba masanya untuk dia mulakan lakonan. Diandra memandang Carlo dengan mata yang sudah merah. Kini, Carlo pula yang terdiam.
"Ayah, Dian nak duduk sini. Dian bukan taknak ikut ayah tapi Dian tak sanggup nak tinggalkan Malaysia lagi. Banyak kenangan dekat sini ayah."
Diandra merayu dan air matanya sudah menitis.
"But why here, Dian?"
"Because I want to stay here lah," kata Diandra dan mengelap air mata palsunya. Diandra mengintai Carlo dengan anak matanya dan sambung menangis semula. Jelas kelihatan wajah Carlo amat cemas.
Agaknya, lakonan Diandra menjadi!
"Okay fine, you can stay here."
Carlo mengalah. Diandra berhenti dari menangis dan perlahan-lahan bibirnya mengukirkan senyuman.
"And now, please stop acting and wipe your fake tears! You look very ugly Dian. Dian ingat ayah baru kenal Dian semalam ke? I know you," kata Carlo dan memaut bahu Diandra erat.
Segala reaksi yang diberikan Carlo sebentar tadi turut lakonan semata-mata tetapi melihat kesungguhan Diandra untuk tetap berada di sini membuatkan dia terpaksa ikutkan sahaja.
"Thank you ayah. I promise that I will take care of myself." Diandra berkata dengan begitu yakin. Dia tidak mahu Carlo terlalu risaukan dirinya. Bukannya dia tidak tahu sikap Carlo yang terlebih risau itu.
"Promise me okay? Don't be so naughty or ayah akan paksa juga Dian pergi Australia. Understand?"
Diandra mengangguk laju dan ketawa. Dia memeluk Carlo erat dan itu kali pertama dia berjauhan dengan Carlo. Pada hari pertama dan hari kedua Diandra demam kerana rindukan Carlo. Nasib demam itu tidak berterusan. Sekarang dia sudah sihat dan sudah terbiasa dengan ketiadaan Carlo.
DIANDRA Eira tersenyum apabila terkenang memori manis itu. Beberapa saat selepas itu, senyuman itu hilang dari bibirnya dan melihat luka-luka di tangannya.
"Kalau macamni hari-hari, memang aku pindah Australia. Bila diorang nak stop ganggu aku? Tak ada kerja betul nak curi duit orang."
Diandra membebel seorang diri sambil mengelap luka-lukanya.
ANDA SEDANG MEMBACA
C | Butterfly
Romance"Seekor kupu-kupu selalu mengingatkan kita bahawa akan ada kebahagiaan selepas kesakitan." 𝐛𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 - 𝟐𝟎𝟐𝟐 @khyrin vote dan komen sekali tau ><
