60. forgiveness is everything

69 7 1
                                    

CARLO Iskandar memandang Rizqi dengan tajam. Dua nama yang telah lama tidak didengar, kini terdengar kembali. Rizqi agak keliru namun dia hanya biarkan. Tak mahu dia menyampuk dengan perubahan wajah Carlo. 

"Bapa saudara kau, Matthew?"

"Ya cuma dia dah tak ada. Dia meninggal sebab sakit. Saya tak tahu sakit apa sebab tidak diberitahu." Rizqi menerangkan serba sedikit tentang bapa saudaranya.

"Jauhkam diri kau daripada Diandra. Jangan sesekali kau jumpa dia." Carlo memberi amaran kerasa. Rizqi mengerutkan dahinya. Tiba-tiba?

"Kenapa?"

"Aku tak izinkan kau teruskan hubungan kau dengan Dian. Kalau kau lawan, jangan harap kau akan berjumpa dengan Dian lagi."

"Saya sayangkan dia." Rizqi bertegas.

"Kau fikir hubungan kau akan kekal kalau aku tak izinkan? Kau rasa kau akan bahagia?"

Rizqi terdiam. Ada benarnya juga apa yang Carlo katakan. Sakit pula untuk dia menerima kenyataan ini.

"Mulai hari ini, aku nak kau putuskan semuanya dengan Diandra. Aku tak mahu kau berhubung dengan dia dan aku tak mahu kau ada kena mengena dengan Dian."

"Jangan salahkan aku. Aku cuma nak jaga anak aku dari pembunuh. Kalau kau nak tahu, semua punca dari keluarga kau. Why? Disebabkan Matthew dan Malique, ayah dan ibu kandung Diandra mati. Because of them, Diandra masuk hospital kena tembak."

"Aku rasa kau tahu. Mereka berdua serang Diandra hanya disebabkan nak balas dendam. Kau rasa, kalau Diandra tahu kau anak pembunuh ibu dan ayah dia, dia masih nak terima kau? Kau tak malu? Berani nak tunjuk muka depan dia?" 

Rizqi terdiam lagi. Jika benar apa yang dikatakan oleh Carlo, dia memang malu untuk berhadapan dengan Diandra. Rizqi mencari kebenarannya dan pulang ke Italy untuk menyoal bapanya sendiri.

"Apa yang Carlo katakan semua betul. Semuanya berpunca dari kami berdua." Malique akhirnya berterus terang dengan Rizqi. Habis semua cerita dibuka dihadapan Rizqi.

Sungguh dia kecewa dengan sikap pakcik dan ayahnya. Tidak sangka yang Diandra sudah mengharungi banyak ujian dan semuanya terlibat dengan dirinya.

Kerana itu, dia sudah tidak berani untuk berjumpa dengan Diandra sehingga dia dipertemukan semula dengan Diandra di DE'S Site.

DIANDRA Eira akhirnya mengetahui cerita keseleruhunnya. Patut Rizqi tidak berani ingin menunjukkan mukanya di hadapan Diandra.

Semuanya kerana kisah lama dan amarah dari Carlo. Bohong kalau dia tidak terkejut yang ibu bapa kandungnya meninggal semuanya kerana kerja jahat dari keluarga Rizqi dan apa yang berlaku kepadanya juga salah satu punca dari keluarga Rizqi.

"Ayah, Dian tahu ayah marah tapi ayah tak boleh salahkan Han. Dia tak salah dan dia tak tahu apa. He is innocent, ayah."

"But honey, they are too much. Ayah tak boleh. Ayah tak suka bila diorang dah hilangkan kepercayaan ayah terhadap diorang. Ayah—"

Diandra memeluk Carlo erat. Kini mereka berada di dalam bilik untuk menyelesaikan hal ini.

"Ayah pernah kata apa yang dah terjadi, kita maafkan dan cuba lupakan walaupun hal itu akan menyakitkan hati. Kalau ayah tak buat semua tu, lama-lama ia akan jadi dendam."

"Tapi ayah tak mampu, Dian."

"Ayah boleh. It's okay. Let it out. Lupakan. Lagipun orang tu dah tak ada. Biar dia tenang ayah. Tak baik ayah hukum dia. We are human. Tak akan lari dari kesalahan, right?"

C | ButterflyWhere stories live. Discover now