25. fight

71 10 2
                                    

DIANDRA Eira baru sahaja tamatkan panggilannya dengan Carlo dan sekarang baru dia faham mengapa Carlo membenarkan dia untuk pergi ke kem. Rupa-rupanya Matthew dan Malique telah meminta maaf dengan Carlo.

Perasaan Diandra ketika itu sudah mula tenang. Kalau tidak, pasti Carlo dan dirinya akan berasa hidup sentiasa diperhati oleh orang.

Tentang kisah silamnya iaitu kehilangan kedua-dua ibu bapanya sebenarnya amat menyakitkan. Dahulu dia pernah menyimpan dendam terhadap dua orang lelaki itu.

Namun, Carlo menyuruhnya untuk tidak menyimpan sebarang dendam. Biarkan yang pergi tetap pergi. Beruntung Carlo masih bersama-samanyanya sehingga sekarang. Itupun Diandra sudah bersyukur.

———

Anak ayah, jaga diri nanti dekat kem ya? If anything happens to you, call me! Don't keep it as a secret. Kalau ada holiday, ayah balik sana lagi. Love you honey ♡

Hug,
Carlo Iskandar

———

Diandra menyimpan surat itu di laci mejanya. Lagi beberapa hari sahaja dia akan sertai kem perkhemahan bersama rakan-rakannya. Barang-barang keperluan juga telah dia sediakan di dalam beg galasnya.

"Yes, tak sabarnya!" Diandra menjerit di dalam bilik seorang diri. Imah yang sudah kembali bekerja itu terkejut mendengar jeritan Diandra. Imah menggeleng dan mula masak untuk makan petang.

"MAK Imah, Dian nak keluar sekejap pergi seven Eleven. Nak pergi beli aiskrim. Mak Imah ada nak pesan apa-apa ke?" tanya Diandra dan mengerling jam di tangannya. Sudah pukul lapan malam.

"Dah malam, Dian. Bahaya kalau keluar sekarang. Apa-apa jadi macam mana?" soal Imah risau. Walaupun Diandra kerap keluar tetapi dia tetap merisaukan anak majikannya itu.

"Don't worry, Mak Imah. Macam tak biasa. Dian balik awal, okay? Dian pergi dulu."

"Dian—"

Tak sempat Imah menghalang anak majikannya itu, dia sudah pergi meninggalkannya. Degil betul. Diandra tersenyum puas apabila dia berjaya keluar.

Diandra bukannya nak beli aiskrim tetapi dia ingin berjumpa dengan Umar dan Ihsan. Mereka berdua telah Diandra anggap seperti pakcik-pakciknya.

Seronok tau melepak dengan Umar dan Ihsan sekali sekala. Lagipun dia ingin memberitahu mereka berdua tentang kem yang akan dia sertai.

Sampai sahaja Diandra di lorong itu, dia melihat ke sekeliling. Kelibat mereka berdua masih belum muncul, mungkin belum habis kerja lagi. Jadi Dianndra membuat keputusan untuk menunggu.

Lima minit sudah berlalu, mereka berdua masih belum datang. Diandra berfikir sama ada ingin pulang ataupun tunggu.

"Agaknya pakcik-pakcik ni tak larat. Esok je lah aku lepak," kata Diandra sendirian dan mula bangun dari bunga tayar yang berada di situ. Baru sahaja dia mengatur satu langkah, tiba-tiba dia terdengar akan bunyi satu hon di belakang dan di hadapannya.

Cahaya lampu kereta yang cerah itu membuatkan mata Diandra silau. Susah dia ingin melihat siapakah gerangan yang keluar dari dua buah kereta itu. Seorang demi seorang turun dengan berpakaian bewarna hitam seragam dan juga bertopeng untuk menutup wajah mereka.

Diandra bingung. Siapa mereka semua? Dia melihat mereka semua, kira-kira sepuluh orang yang mengepung dirinya. Setiap orang mempunyai senjata masing-masing.

"Wah, what is this?" Diandra bersuara tenang.

"Do you want a fight?"

Semua hanya mendiamkan diri dan menghampiri Diandra. Semakin lama semakin dekat.

C | ButterflyWhere stories live. Discover now