38. true love

108 9 0
                                        

"GUYS, aku ada dengar yang akan ada archery match friendly. Ramai yang bertanding aku tengok sebab ada orang tampal dekat depan pintu stadium. Aku nak tengok nama tapi ramai yang berkumpul, jadi, aku malas nak tunggu," ujar Ryan lalu memandang Rizqi dan Diandra silih berganti.

Wajah Zulfa sudah bertukar riang. Ini masanya untuk dia melihat Diandra bersinar.

"Dian, kau join, tak? Aku nak tengok kau memanah, dah lama tak tengok," kata Zulfa dan mengharapkan Diandra memberi jawapan yang positif. Namun, Diandra menggeleng tanda dia tidak sertai perlawanan itu.

"Aku tak bagi nama pun. Aku malas nak training, sakit tangan nanti," balas Diandra dan kembali mendiamkan diri. Diandra melihat Rizqi di sebelahnya yang seperti tidak senang duduk. Mahu sahaja dia menyoal Rizqi tetapi tidak terkeluar pula suaranya.

Zulfa membuat reaksi sedikit sedih. Adakah peluang untuk dia melihat Diandra memanah sudah tipis? Kalau itulah keputusan Diandra, dia tidak boleh memaksa.

Namun begitu, Zulfa ingin mengetahui nama-nama yang akan bertanding jadi dia mencari seseorang yang mungkin tahu segala info yang ada di kampus itu. Apabila dia sudah nampak akan kelibat itu, terus nama itu dipanggil.

"Emilia, sini kejap."

Zulfa memanggil Emilia iaitu rakan yang pernah menjadi ahli kumpulannya sewaktu kem perkhemahan. Emilia menuju ke arah Zulfa.

"Kau tahu tak siapa masuk memanah?"

Emilia mengangguk dan mengeluarkan telefonnya untuk membaca senarai nama.

"Enam orang peserta, ada nama Diandra, Rizqi, Ryan, Erina, Zufar, dan Aqilah. Perlawanan akan berlangsung hari jumaat ni," beritahu Emilia kepada Zulfa.

Mereka terdiam apabila mendengar nama-nama yang disebut Emilia. Apatah lagi Diandra yang cuba memproses. Ada namanya ke tadi?

"Oh, okay, thanks, Emi."

Emilia terus beredar. Zulfa memandang Diandra inginkan penjelasan.

"Kau kata kau tak bagi nama, tapi tadi ada nama kau. Betul ke?" soal Zulfa yang turut sama bingung.

"Itulah, aku pun baru tahu yang nama kau ada," sambung Ryan dan semua mata sudah tertumpu pada Diandra manakala Rizqi hanya menyedut minuman air itu tanpa bersuara. Diandra berasa seperti ada sesuatu yang disembunyikan oleh Rizqi.

Wajah Rizqi terus dipandangnya tajam.

"Kau yang letak nama aku, kan?" soal Diandra keras. Rizqi pula sudah tersengih dan angguk perlahan. Ryan dan Zulfa sudah menepuk dahi masing-masing.

Lengan Rizqi ditumbuk Diandra. Geram. Rizqi pula hanya membiarkan tumbukan itu kerana memang patut dia ditumbuk.

"Siapa suruh letak nama aku? Pandai-pandai je," kata Diandra tidak puas hati. Rizqi cuba menenangkan Diandra dan mula memberi penjelasan.

"Aku tengok ramai yang masuk tapi rasa macam tak lengkap sebab nama kau tak ada. Ini kan sukan kegemaran kau? Jadi, aku letak nama kau sekali, janganlah marah," pujuk Rizqi lembut.

Diandra mengeluh kecil. Nak marah pun sudah terlambat, namanya tidak boleh digugurkan pun.

"Kalau ada kau orang berdua, harapan nak menang macam dah tak ada," sampuk Ryan.

Siapa sahaja yang tidak mengenali kehebatan Rizqi dan Diandra? Masing-masing mempunyai kehebatan sendiri.

"Jangan risau, aku main biasa-biasa je kalini, malas nak all out, tapi aku kena praktis supaya tangan tak kaku," kata Diandra lalu bangun dari duduknya. Dia ingin pergi ke ruang latihan memanah tertutup untuk berlatih.

C | Butterfly Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang