57. cheesy drama

106 8 4
                                        

BERPUSU-PUSU kereta masuk ke tempat DE'S Site dan semestinya itu adalah dari syarikat Rizqi. Semua yang bertugas sudah berada di hadapan dataran untuk menyambut pengunjung yang seterusnya.

Diandra, Umar dan Ihsan juga turut serta. Sebagai ketua dan penolong, mereka perlu berada di situ untuk menujukkan sikap yang bagus dalam pekerjaan.

"Ramainya," bisik Ihsan di tepi telinga Umar.

"Kau tengok kereta diorang, mewah-mewah," balas Umar pula.

Diandra yang melihat mereka berdua berbisikan terus berdehem untuk memberikan tanda diam. Orang tengah serius, boleh pula berbisik.

"The drama will start," desis hati Ihsan apabila semua kereta mewah itu sudah meletakkan kereta di tempat yang disediakan dan keluar dari kereta itu bersama-sama dengan beg pakaian masing-masing.

Diandra terus mengukirkan senyuman ramah untuk menyambut pengunjung itu. 

"Welcome to the DE'S Site! It will be your favourite place after this. So, can we start?" soal Diandra ramah.

"Wait, there are one more car at the back. Please, wait," beritahu salah seorang dari staf syarikat itu. Diandra hanya menganggukkan kepala.

Kurang dari lima minit, akhirnya Audi hitam datang jua ke dataran itu. Keluar sahaja majikan syarikat itu, semua pekerja terus terdiam dan terkesima. Kacak dan berkarisma walaupun hanya dari jauh.

Rizqi memandang wajah gadis yang sudah lama dirinduinya. Dia tidak sangka yang dia akan berjumpa dengan Diandra pada waktu yang terdekat ini.

"Diandra..."

Diandra pula sudah terbuntang mata. Apatah lagi Umar dan Ihsan, masing-masing sudah menelan air liur yang terasa kesat di tekak. Diandra terus menukar wajahnya menjadi dingin walaupun sebenarnya hatinya telah panas dan kecewa melihat seraut wajah itu.

Rizqi Han.

"Tanpa kita melengahkan masa, saya dan beberapa orang pekerja yang ada disini akan menunjukkan aktiviti yang ada dan sekitar tempat ini terlebih dahulu. Kang sesat tak pasal pulak, kan? Tempat ni besar."

Ihsan bersuara apabila Diandra terus diam tidak berkutik.

"Betul. Kalau ada apa-apa soalan, boleh tanya. Semua aktiviti yang ada di sini boleh dilakukan."

Umar pula yang menyambung kata-kata Ihsan. Sempat juga mereka berdua mengerling untuk memandang Rizqi dan Diandra yang saling berbalas pandangan. Apa akan terjadi? Kenapa dua-dua senyap?

Diandra terus membuka langkahnya pergi dari situ. Dia tidak mahu memandang wajah Rizqi dengan lebih lama. Semakin lama dia pandang, semakin hiba hatinya.

Apabila Diandra pergi, Rizqi terus mengikut langkah Diandra. Ini masanya untuk dia perbaiki semula. Pesanan Luqman sudah berlegar di mindanya. Jangan lepaskan peluang jika telah diberikan.

"Diandra, wait," panggil Rizqi setiba sahaja dia berada di dalam pejabat Diandra. Tubuh Diandra terkaku di tempatnya dan masih membelakangi Rizqi. Dalam diam dia cuba mengumpulkan kekuatan untuk terus kuat menghadap lelaki itu.

"Aku minta maaf.." ucap Rizqi sayu.

Biar ucapan kemaafan itu diucap terlebih dahulu. Diandra yang mendengar kata maaf itu mula sejuk tetapi dia tidak mahu menunjukkan rasa kasihan itu. Dia ingin membalas semula apa yang telah Rizqi lakukan.

"Maaf? For what?" sinis soalan Diandra berikan.

Dia masih membelakangi Rizqi untuk mengelakkan diri daripada melakukan sebarang kekerasan di situ. Kang ditumbuk atau ditampar muka Rizqi kerana terlalu geram.

C | Butterfly Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang