40. love

71 7 2
                                    

DIANDRA Eira melepaskan keluhan kecil. Minggu ini dia perlu lebih fokus dan banyakkan studi untuk final exam yang akan datang tidak lama lagi. Manakala Carlo, dia sudah selamat berada di Italy bersama-sama dengan Matthew dan Malique.

"Thanks bros. Sekarang aku nak cari hotel," kata Carlo dan mula mencari hotel di dalam telefonnya.

"Carl, no need. Just stay at my penthouse. Aku ada lagi satu penthouse, tak ada siapa duduk," kata Matthew lalu memandang ke arah Carlo.

"Tak apa. Aku duduk hotel."

"Just stay there. Penthouse tu dekat dengan tempat yang kau nak jumpa client nanti. Tak adalah kau kelam kabut sangat kalau kau terlambat ke kan?" sampuk Malique pula. Akhirnya, Carlo setuju walaupun lambat dia membuat keputusan.

Matthew menghubungi pemandu peribadinya untuk membawa Carlo ke penthouse. Beberapa minit selepas itu, pemandu peribada Matthew datang dan mereka dibawa ke penthouse.

Sampai sahaja mereka ke penthouse itu, Malique menyuruh pula beberapa pembantu penthouse itu untuk mengangkat barang-barang Carlo.

"Besar juga penthouse kau ni. Thank you so much."

Matthew dan Malique mengangguk serentak. Habis sahaja mereka berbual, Matthew dan Malique tinggalkan Carlo untuk memberikan ruang untuk dia berehat.

Keadaan yang senyap di dalam kereta itu tiba-tiba diganggu dengan telefon yang berdering. Cepat-cepat Malique mengangkat panggilan itu.

"Ciao, ci sono informazioni su benjamin? (Hello, ada apa-apa maklumat tentang benjamin?)"

"Sì. Benjamin ha inviato una registrazione vocale. (Ya, Benjamin menghantar satu rakaman suara)" kata si pemanggil itu. Malique memandang Matthew dengan riak wajah yang terkejut.

"Apri la registrazione vocale ora. (Buka rakaman suara itu sekarang)" sampuk Matthew dengan nada suara yang serius.

"Bène. (Baiklah)"

Beberapa saat selepas itu, mereka terdengar akan suara benjamin dengan jelas.

"Buongiorno signor Matthew. Remember me? I just want to tell you one thing. I'm back and please get ready. Maybe this time, you won't survive from my grip. And please be careful, I always look at you from afar. That's all for now, Addio!"

Hampir terkeluar jantung Matthew apabila mendengar amaran dari Benjamin.

"Suruh semua orang berkumpul. Aku nak bincang sesuatu dengan diorang," arah Matthew pada Malique. Dia mengangguk faham dan dia terus lakukan seperti yang diarah.

MATTHEW melepaskan keluhan berat. Kini perasaannya sedang bercampur baur. Takut, benci, dendam, geram dan pelbagai perasaan yang tidak boleh dia gambarkan dan ketika itu juga, nasihat-nasihat Carlo tiba-tiba bermain di fikirannya diimbas kembali.

"Matt, sebenarnya aku ada nak cakap dengan kau ni. Aku bangga dengan kau," kata Carlo sambil jari jemarinya erat memegang gelas kopi lattenya.

"Reason?"

"Sebabnya kau tengah usaha untuk berubah. Aku tahu susah, aku pun dalam fasa nak berubah tapi bila ada kau dengan Que, buatkan aku rasa lagi nak berubah dan jadi yang lebih baik," ucap Carlo dengan senyuman.

Matthew hanya diam dan mendengar apa yang Carlo ingin katakan.

"Aku nak tanya kau, kau bahagia tak hidup macamni? Kau bahagia ke hidup dalam keadaan huru-hara, ada musuh, balas dendam. Kau bahagia?" tanya Carlo serius.

"Bahagia ke tak bahagia ke, memang hidup aku macam ni Carl. Dah tak ada istilah bahagia bagi aku, sebab ini memang dunia aku." Carlo menggelengkan kepalanya. Sungguh dia tidak setuju dengan kata-kata Matthew.

"Like a butterfly said, change is such a beautiful thing. Mungkin kau terfikir yang hidup kau akan berakhir dengan cara yang buruk tapi kau tak tahu, bila kau berubah, kau boleh ubah kehidupan kau jadi lebih bahagia," kata Carlo dan memandang Matthew.

"Dulu, aku pun tak sangka yang aku boleh bahagia tapi bila aku muhasabah diri, aku cuba keluar dari dunia gelap tu. Aku jumpa kebahagiaan aku Matt. Dunia ni tak selamat. Orang yang kita sayang pun boleh pergi walaupun dia tak ada langsung kesalahan tetapi disebabkan kita..dia terkena padahnya." Carlo mendiamkan diri seketika sebelum dia meneruskan kata-katanya.

"Matt, aku dah taknak hilang sahabat. Aku tak mampu. Cukup aku kehilangan sahabat dulu. Aku taknak kau dengan Que pula. Aku tahu ajal di tangan tuhan, tapi aku taknak kau pergi dalam keadaan macamni Matt."

Terus Matthew meraup wajahnya. Dia tak tahu apa yang perlu dia lakukan. Apabila dia teringat akan pesan-pesan Carlo, hatinya tergerak ingin berubah tetapi dendamnya lebih menguasai diri.

"Apa yang aku nak buat ni?"

GELAK tawa jahat Benjamin itu kedengaran kuat. Anak-anak buahnya juga takut dengan gelak tawa jahat itu.

"Huh, coward. I know he's still scared of me. He thinks I'm going to mess up his place? Oh no, I have a better plan than that. Get ready for tommorow."

DIANDRA Eira menguap panjang. Mengantuk pula dia malam ini. Terlalu mengantuk dan penat, dia tak tahu kenapa. Diandra merehatkan sebentar kepalanya di atas meja dan melapiknya dengan tangan kanannya.

Baru dia sedar yang seharian ini dia tidak bertemu dengan Rizqi. Rindu pula dia pada Rizqi apabila dia melihat sekeping polaroid gambar Rizqi.

Perlahan-lahan bibirnya menguntumkan senyuman. Gambar Rizqi sewaktu mukanya diconteng dengan pen di perpustakaan membuatkan Diandra rindu pada memori itu.

Sedang seronok dia memikirkan tentang Rizqi dan hampir sahaja dia terlena, telefonnya berdering. Lambat-lambat dia mengangkat panggilan itu.

"Hello sweetheart." Si pemanggil mulakan perbualan.

"Hi.." balas Diandra perlahan. Matanya semakin kuyu.

"Eh, tidur dah ke? Tak apalah, tidur tidur. Aku tutup—"

"Kenapa call? Ada apa-apa ke?" sampuk Diandra dan cuba untuk menahan mengantuknya.

"Nothing. Rindu dekat kau, seharian aku tak jumpa kau. Kau makan macam mana, okay ke tak, hari kau happy tak? Macam-macam lah aku nak tahu. Nasib dalam kelas tadi aku boleh fokus walaupun masih tersisa 30% lagi sedang fikirkan kau," kata Rizqi dengan riang.

Manakala Diandra hanya tersenyum mendengar kata-kata Rizqi itu.

"Eleh kau ni. Ye ke? Nanti kita jumpa eh? Aku pun rindukan kau. Oh ya, kau tengah buat apa?" soal Diandra untuk mengelakkan perbualan itu tamat.

"Baru je habis study, kau?"

"Oh, sama," balas Diandra sepatah dan menutup matanya seketika tapi bila dia tersedar akan talian itu belum ditamatkan, Diandra membuka matanya semula.

"Han..aku mengantuk.." tutur Diandra meleret. Dia sudah tidak mampu menahan ngantuknya yang kian terasa. Kedengaran Rizqi ketawa kecil di hujung talian membuatkan Diandra senyum nipis.

"Kesian, penat. Sleep tight, sweetheart. Kalau kita dua ada masa free, kita jumpa ya?" ujar Rizqi dan menunggu balasan dari Diandra. Namun tiada. Mungkin Diandra sudah lena dibuai mimpi.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
C | ButterflyWhere stories live. Discover now