RIZQI Han mengeluh berat dan berhenti di sebuah pokok yang dapat melindunginya dari terus terkena hujan. Tubuh dipeluk kerana terlalu sejuk dan dingin. Ini kalau dia teruskan, memang bahaya. Jadi dia bercadang untuk duduk di situ dahulu sebelum meneruskan perjalanannya.
Sunyi. Itu yang dapat dia rasakan selain kesejukan. Habis semua memori dan kenangan terimbas kembali. Bukan apa, dia rindukan Diandra. Apatah lagi bila dia terdengar perbualan Diandra bersama-sama Umar dan Ihsan siang tadi.
"KAU dengan dia taknak berbaik ke?" soal Umar.
"Ada nampak macam aku nak berbaik dengan dia?" soal Diandra semula. Umar dam Ihsan menggeleng serentak.
"Aku tak tahu dan tak mahu tahu. Aku dah malas nak ambil kisah pasal dia. Selama lima tahun ni, ada dia kisah pasal aku? Ada dia tahu aku menangis sebab dia, rindu dia, teringatkan dia, sampai sanggup cari dia dekat sana tapi aku tak dapat apa pun, pakcik. Hanya dapat luka yang tak mampu sembuh."
"Maybe, dah tiba masanya untuk aku putuskan hubungan dengan dia."
Umar dan Ihsan saling berpandangan. Sebagai saksi, mereka faham akan perasaan Diandra. Apabila Diandra sudah memutuskan perkara tersebut, siapa mereka untuk memujuk hati gadis itu sedangkan dia tidak dapat menyembuh hatinya sendiri.
AIR mata terus mengalir membasahi pipi Rizqi. Banyak salah dia terhadap Diandra. Bila teringat semula, dirinya tidak layak untuk terus bersama-sama dengan Diandra.
Mungkin Diandra boleh mendapat seseorang yang lebih terbaik.
Rizqi terus menangis di situ tanpa menghiraukan tubuh yang sudah menggigil akibat kesejukan. Baju yang terlalu basah juga dihiraukan. Dia hanya mahu melepaskan tangisan kerana terlalu bersalah. Tiba-tiba dia terdengar akan suara yang sentiasa dia rindui.
"Akhirnya aku jumpa kau," ucap Diandra dengan nada yang lega apabila menjumpai Rizqi. Lampu suluh diletakkan ke tepi lalu wajah Rizqi yang kesejukan itu dipegang.
"Diandra, aku.." Rizqi terhenti kerana tidak mampu untuk teruskan.
"Kita balik dulu? Nanti kau demam." Lembut suara Diandra menyapa di gegendang telinganya. Lagi berat rasa bersalahnya terhadap Diandra.
"Aku minta maaf. Semua berpunca dari aku, dari keluarga aku. Aku minta maaf sangat-sangat, Diandra. Aku dah buat kau terluka."
Diandra terkesima. Ini kali pertama dia melihat Rizqi menangis. Baju hujan yang dibawanya sebentar tadi disarungkan pada tubuh Rizqi. Wajah Rizqi diusapnya perlahan lalu dia mengukirkan senyuman nipis.
"Let's go first," ujar Diandra dan memegang tangan Rizqi erat untuk memimpin Rizqi keluar dari hutan terlebih dahulu.
SAPU tangan basah diperah lalu diletakkan di atas kepala Rizqi. Tubuh Rizqi jelas kelihatan tidak bermaya langsung untuk bangun ketika itu. Tubuh Rizqi juga sudah mula panas.
Kepala Rizqi diusapnya lembut. Hati Diandra dipagut rasa kasihan dan bersalah kerana melayani Rizqi dengan kasar.
Melihat dahi Rizqi yang berkerut, perlahan-lahan jari Diandra mengurut dahi itu supaya tidak terus berkerut kerana dia ingin memastikan Rizqi tidur dengan lena.
Ini sahaja masa yang dapat dia luangkan masa bersama-sama Rizqi walaupun Rizqi tidak akan ingat. Lain pula nanti bila Rizqi susah sedar, sikap dinginnya akan tetap ada untuk melihat sama ada Rizqi berusaha ataupun tidak untuk mendapatkan hatinya semula.
Mata yang semakin memberat membuatkan Diandra tertidur di samping Rizqi. Dengan kepala berlapikkan lengan, kakinya bersimpuh di sebelah katil, dia tetap dapat tidur dengan lena.
YOU ARE READING
C | Butterfly
Romance"Seekor kupu-kupu selalu mengingatkan kita bahawa akan ada kebahagiaan selepas kesakitan." 𝐛𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 - 𝟐𝟎𝟐𝟐 @khyrin