44. dream

72 7 2
                                        

RIZQI Han setia menunggu kekasih hatinya untuk sedarkan diri. Sehinggakan, habis sahaja kelas di kampus dia terus bergegas ke sini untuk menjaga Diandra.

Tidak lupa juga yang Zulfa dan Ryan turut menziarahi Diandra kadang kala. Rizqi memandang Diandra dengan pandangan sayu. Sekarang jam telah menunjukkan tepat pukul satu pagi.

"Bila kau nak bangun? Aku rindu," luah Rizqi perlahan lalu diusap kepala Diandra lembut.

Tidak pernah dia penat untuk mengucapkan kata-kata itu, sampaikan dia langsung tidak boleh tidur dengan cukup kerana terlalu risaukan Diandra.

"Ayah.."

Tiba-tiba Rizqi terdengar akan suara Diandra yang memanggil ayahnya dalam keadaan mata yang masih tertutup. Butang yang dikhaskan untuk memanggil doktor dan jururawat itu ditekan sebanyak tiga kali.

Seorang doktor dan dua orang jururawat telah datang lalu menyuruhnya untuk keluar. Beberapa minit berlalu, doktor itu keluar dan memberitahunya sesuatu.

RIZQI Han memanjatkan rasa syukur apabila mendengar perubahan positif tentang Diandra cuma Diandra perlu berjaga-jaga, takut luka perutnya itu berdarah kembali. Diandra yang ingin duduk itu dibantu oleh Rizqi.

Belakangnya disandarkan dengan bantal.

"Nak ayah.."

Lagi sekali Diandra meluahkan perasaannya yang menginginkan Carlo. Rizqi hanya mengangguk-anggukkan sahaja kepalanya. Apa lagi boleh dia lakukan?

"Esok pagi kau call ayah kau, okay? Kau nak apa-apa tak sekarang ni?" tanya Rizqi lembut.

"Nak ayah---"

Tiba-tiba pintunya dikuak dari luar. Terus pandangan mata mereka berdua dihala ke arah pintu itu.

"Dian," panggil wanita itu dan terus tubuh genit Diandra dipeluk erat. Belakang Diandra turut di usap. Diandra membalas pelukan wanita itu dan mengalirkan air matanya yang dari tadi ditahan.

"Mama Cami..Dian mimpi ayah..kena tikam..Dian..Dian nak ayah.." luah Diandra dalam pelukan Camilia. Rizqi yang melihat Diandra dan juga seorang wanita yang tidak dikenalinya itu sebak.

Apatah lagi apabila Diandra memberitahu yang dia mimpi akan Carlo ditikam. Perasaan sedih itu lebih menjadi-jadi. Begitu juga dengan Camilia.

"It's just a dream, honey. Nothing happened to ayah. Nanti mama Cami call ayah suruh datang tengok Dian, ya? Now, you sleep. Rest first."

Namun kepala Diandra menggeleng.

"Dian dah penat tidur."

"Taknak tidur pun tak apa, just rest," kata Camilia lalu badan Diandra ditepuk perlahan. Sikap Diandra telah sebati dalam diri Camilia.

Tepuk sahaja tubuh genit itu, pasti akan tertidur dan akhirnya, Diandra tertidur semula. Camilia memandang Rizqi yang dari tadi hanya diamkan diri dan berdiri statik di tempatnya. Sempat juga Camilia perasan yang Rizqi sedang mengelap air matanya.

"Thank you sebab jaga Dian. May I know your name?"

"Rizqi Han, just call me Rizqi," balas Rizqi sopan dan menundukkan sedikit tubuhnya sebagai tanda hormat untuk orang yang lebih tua darinya.

Camilia mengangguk lalu mengajak Rizqi duduk di sofa yang berada di sebelah Diandra.

"Rizqi tahu apa yang jadi pada Dian?"

Rizqi menganggukkan kepalanya lalu menceritakan seperti mana yang dua orang pakcik itu ceritakan kepadanya. Selesai sahaja Rizqi bercerita, Camilia mengeluh berat.

C | Butterfly Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang