39. late night ride

80 9 0
                                        

SEMUA penonton terkejut malah Diandra juga begitu. Perasaan terkejutnya lebih dari dua kali ganda. Selepas Rizqi melepaskan anak panahnya, riak wajah Rizqi hanya tersenyum.

Mungkin Rizqi sengaja memberikannya peluang untuk mendapat nombor satu. Beberapa minit selepas itu, pemenang telah diumumkan dan siapa lagi kalau bukan Diandra yang mendapat tempat pertama.

Selesai sahaja semua itu, Diandra dan Rizqi pergi meluangkan masa bersama di pantai berdekatan dengan rumah Rizqi.

Selepas acara perlawanan memanah, ada lagi dua perlawanan iaitu pingpong dan hoki. Memandangkan mereka berdua sudah tiada kena mengena dengan perlawanan itu, mereka mengambil keputusan untuk pulang.

"Congrats sweetheart, you did it!" ucap Rizqi manis. Diandra pula telah mengerutkan dahinya.

"Are you trying to make a fun of me?" tanya Diandra dan mengecilkan matanya sambil memandang Rizqi. Pantas sahaja Rizqi menggeleng.

"No! I'm serious. Dengar macam mengejek ke?" Soal Rizqi lalu menggarukan kepalanya yang tidak berapa gatal itu. Mampus dia, ayat-ayat itu memang benar ikhlas dari hati.

"Yes. Kau sengajakan bagi aku menang tadi? Mana adil. No, tak adil langsung." Diandra mula memberontak tidak berpuas hati. Kalau macam tu sah-sah nampak dia lemah.

"Hm, I'm not sure." Rizqi menjawab dan mengakhirinya dengan senyuman manis. Terus tangannya ditampar.

"I hate you very very very much!" ucap Diandra dengan penuh geram. Tunggu nanti dia balas balik. Merajuk seminggu.

SEDANG Diandra mengemas bilik, tiba-tiba dia terdengar akan deringan telefonnya. Pantas Diandra mengangkat panggilan itu apabila nama yang tertera di skrin ialah Carlo.

Sudah lama dia tidak berborak dengan Carlo memandangkan Carlo terlalu sibuk.

"Hi ayah, Dian miss you so much," luah Diandra ceria di hujung talian itu. Sungguh dia rindukan Carlo.

"Hi anak ayah. Ayah miss you too. How? Okay ke duduk dekat rumah?" Terus soalan itu diajukan pada Diandra.

"Dian okay je walaupun duduk rumah sorang-sorang," Balas Diandra lalu dia duduk di atas tilamnya untuk berborak dengan Carlo.

"Dah makan? Selama ni Dian makan apa?" tanya Carlo dan itu adalah soalan yang sememangnya Carlo inginkan jawapan. Mulut Diandra terkunci rapat.

Bagaimana dia ingin menjawab soalan itu jika selama ini Rizqi lah orang yang sentiasa masakkan makanan untuknya.

"Err, Dian minta Zulfa masakkan. Kadang tu Dian beli dekat luar." Bohong Diandra. Maaf ayah sebab Diandra terpaksa tipu sunat.

"Kesian Zulfa but it's okay. Ayah boleh bayar Zulfa sebab dah bantu Dian. But next time, please jangan makan di luar. Tak sihat. Why don't you cook? Belajar dengan Zulfa. Kan lagi senang nanti?" bebel Carlo panjang lebar.

"No ayah. Bukan tak cuba, Dian dah cuba dah masak. Tapi itulah masak telur pun hangit. Dian pandai masak nasi je ayah," kata Diandra dan diakhiri dengan ketawa kecil untuk tidak mengekokkan keadaan.

"Masak nasi? Good job, Dian. Masak nasi dah pandai nanti lama-lama pandai masak benda lain. Kalau ayah ada masa free, ayah balik dan kita masak sama-sama okay?" puji Carlo ceria.

"Aip aip kapten. Oh ya, kenapa ayah call? Mesti ada sesuatu yang ayah nak bagitahu kan?"

"Minggu depan ayah ada outstation dekat Italy. Dalam seminggu macamtu. So, kalau Dian nak apa-apa bagitahu Mama Cami. Ayah tak rasa yang ayah boleh tengok telefon minggu depan. Buzy."

C | ButterflyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang