SERONOK semua orang bermain bola beracun dan berlawan dengan kumpulan yang lain. Walaupun permainan itu seperti budak tadika tetapi bagi mereka itu adalah salah satu permainan yang sangat menarik.
Tapak perkhemahan itu meriah dengan suara menjerit, ketawa dan bermacam-macam jenis lagi bunyi yang dibuat.
Diandra yang awalnya hanya mendiamkan diri, sekarang dia sudah mula beranikan diri untuk bersuara. Bola yang hampir ingin menyentuh tubuhnya sempat dielak dengan penuh gaya.
Sekali lagi bola dituju ke arahnya dan dia tidak bernasib baik apabila bola terkena pada lengannya. Dia terkeluar dalam permainan itu dan menunggu untuk pusingan yang seterusnya.
Tanpa dia sedar, bola yang terkena pada lengannya tadi adalah di tempat luka. Lukanya masih belum sembuh dan Diandra tidak membalutnya.
Ketika itu, baru Diandra terasa sakit dan pedih. Dia ingin biarkan rasa sakit itu tetapi ia kian terasa. Diandra meringis perlahan.
"Dian, hebat gila kau main. Kau kena bola tak sampai tiga kali. Perh, kau dengan Rizqi sama je. Hebat," puji Luqman dan duduk di sebelah kanan Diandra.
Dia baru sahaja kalah dan terkeluar. Apabila Diandra tidak membalas dan hanya menunduk, Luqman menjadi bingung.
"Kau okay, Dian?" tanya Luqman dan memandang Diandra untuk memeriksa keadaan Diandra.
"Dian, lengan kau berdarah. Kau tunggu sini."
Terus dia pergi meninggalkan Diandra untuk mencari seseorang. Diandra yang baru sahaja ingin berdiri untuk pergi ke tandas terus terhenti apabila Rizqi dan Luqman menghampirinya.
"Diandra, come here." Rizqi memanggilnya dan terus menarik tangan Diandra untuk pergi ke arah bilik sakit yang memang tersedia di kawasan itu.
"Aku okay."
"Shut up."
Sampai sahaja mereka berdua di bilik sakit itu, terus Rizqi mengambil minyak dan kapas untuk merawat Diandra.
"Sorry, tapi tolong sinsingkan lengan baju kau, aku nak tengok luka tu. Sekejap lagi Doktor Naira sampai."
"Tak apa, aku boleh rawat luka aku sendiri," kata Diandra. Dia tidak mahu sesiapa tahu bagaimana luka itu terjadi. Kalau Rizqi tanya, apa yang patut dia jawab? Aduh.
"Diandra Eira, dengar cakap aku."
Apabila nama penuh Diandra disebut dengan tegas nampaknya dia sudah tiada daya untuk melawan.
Dengan perlahan baju lengannya disinsing. Apabila lengan baju Diandra telah disinsing, perlahan-lahan Rizqi mencuci darah itu dengan kapas terlebih dahulu. Diandra menahan kepedihan yang terasa.
"Pedih.."
Selesai sahaja luka Diandra dicuci, Rizqi mengambil pula minyak ubat dan balutan untuk menutup luka Diandra yang agak serius itu.
"Macam mana boleh ada luka dekat sini?"
"Terguris ranting kayu tajam kut, entah aku pun tak sedar macam mana boleh luka dekat sini." Bohong Diandra. Sungguh itu sahaja alasan yang ada di dalam fikirannya.
"Tapi—"
Tiba-tiba, pintu bilik sakit itu dibuka luas lalu tersembul lah muka Zulfa dan pensyarah Humaira.
"Dian, are you okay?" tanya penyarah Humaira dan melihat luka Diandra yang telah dibalut itu. Humaira membulatkan mata apabil melihat balutan di tangan Diandra. Serius sangat nampaknya kalau dah dibalut.
"I'm okay, madam. Just a small wound, nothing to worry about," balas Diandra dan mengukirkan senyuman.
"Are you sure? Awak nak balik ke? Saya dan madam Najwa boleh hantarkan"
![](https://img.wattpad.com/cover/301623555-288-k167823.jpg)
YOU ARE READING
C | Butterfly
Romance"Seekor kupu-kupu selalu mengingatkan kita bahawa akan ada kebahagiaan selepas kesakitan." 𝐛𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 - 𝟐𝟎𝟐𝟐 @khyrin