6. because of you

173 18 3
                                        

RIZQI Han masih lagi diganggu Zaki tetapi tidak selalu. Rizqi telah mengira, seminggu hanya sekali Zaki akan menganggunya. Kini, dia sedang cuba berlawan dengan Zaki.

"Nak duit." Zaki meminta selamba tetapi dia tetap menoleh kiri, kanan dan belakang untuk berhati-hati dari serangan Diandra.

"Miskin."

"Setiap kali aku mintak, itu je kau boleh cakap. Aku dah muak dengar perkataan miskin, sedangkan aku kaya, aku cuma taknak guna duit aku sebab guna duit kau lebih menarik."

Zaki menjawab. Itu sahaja modal Rizqi untuk melawannya. Kemudian, Rizqi akan kembali diam dan menyerahkan duit kepadanya.

Diandra yang melintasi kawasan itu, dia ternampak Rizqi dan Zaki. Melihat Rizqi yang masih mendiamkan diri membuatkan Diandra menggelengkan kepala. Berbuih mulutnya menasihati Rizqi tetapi masih sama. Diandra melepaskan keluhan.

"Stupid." Diandra melepaskan kata kasar seorang diri dan mengambil seurat getah dari poket bajunya untuk membuat sesuatu. Dia sering menyimpan getah demi keselamatannya.

Diandra meregangkan getah oren itu. Getah itu disasarkan tepat dengan kepala Zaki. Getah itu dilepaskan apabila Diandra yakin dengan sasarannya.

PAK!

"Adoi!" Zaki meringis kesakitan. Tepat getah itu dilastik di kepala Zaki dan Zaki terus mengusap kepalanya untuk menghilangkan kesakitan.

Zaki memandang ke sebelah dan ternampak Diandra yang sedang melihatnya tajam. Zaki terus berlari lintang pukang, takut untuk berhadapan dengan gadis itu. Apabila kelibat Zaki hilang, Diandra mendekati Rizqi.

Bahu Rizqi ditamparnya kerana geram. Rizqi masih lagi diam walaupun ditampar oleh Diandra. Dia memang layak mendapat jentikan itu, lagipun, tamparan itu perlahan sahaja.

"Han, kenapa kau berdiri macam tunggul kayu? Aku pukul kau pun diam, dia buli kau pun diam, kau memang suka diam ke? Nak biar je semua orang buli kau? Jangan sampai aku pula yang buli kau," kata Diandra melepaskan geram.

Rizqi diam buat seketika waktu. Diandra ingin membulinya? Dia tahu itu tipu sahaja. Rizqi melihat wajah Diandra yang ingin mendengar balasan daripada Rizqi.

"Saya takut," jawab Rizqi perlahan. Diandra menggeleng dan memegang bahu Rizqi.

"Kau tak boleh terus takut, Han."

Diandra cuba memberikan Rizqi kekuatan, disebabkan Rizqi terlalu takut, Diandra sendiri menawarkan dirinya untuk mengajar Rizqi membendung rasa takutnya. Diandra hanya mengajar Rizqi untuk menjadi lebih berani.

Hampir setiap hari, mereka berdua sering bersama-sama cuma kerana ingin membantu Rizqi.

Diandra menghirup airnya selepas mereka berdua selesai berbual tanpa henti. Wajah Rizqi yang semakin kelihatan yakin itu membuatkan Diandra lega. Maknanya, bantuannya berjaya.

"Lepas ni, kau dah tak boleh kalah dengan sesiapa dan kau kena sentiasa menang. Biar semua orang tahu yang kau dah tak selemah dulu."

Rizqi mengangguk.

Dia telah mengubah dirinya untuk menjadi lebih kuat dan yang lebih menarik Zaki sudah tidak menganggunya lagi selepas dia menampar punggung Zaki.

Rizqi ketawa, kelakar pula bila dia teringat akan dirinya dulu yang sangat lemah dan lembik.

"Thanks Diandra, because of you I never hide my wings anymore," kata Rizqi dan tersenyum.

DIANDRA Eira datang ke kelas dengan perasaan yang sangat gembira. Dia sudah tahu cara ingin mengalahkan Rizqi. Zulfa melihat Diandra dengan serius. Johnson's baby powder?

C | Butterfly Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang