"BIARLAH dekat aku nak warna pink ke, biru ke, putih ke or whatever. Kacau hidup kau ke? Tak kan? So shut your mouth." Diandra membalas kasar dan cuba merampas bedak itu dari tangan Rizqi tetapi masih belum berjaya.
"Mulut kau still pedas macam dulu. I like it," ujar Rizqi dan memandang Diandra tanpa berkelip.
Dari kecil hingga ke besar tiada langsung perubahan pada gadis itu. Perubahannya ialah Diandra semakin cantik dan comel.
"And now your turn to answer my question."
"Okay sweetheart. Kalau kau nak tahu aku jumpa bedak ni dalam beg aku. Do you hear me? In my bag. Kalau nak prank tu kerja kasi clean, ini tak tinggalkan bedak pulak," marah Rizqi geram. Tahu ke tak nak kenakan orang ni? Kalau tak tahu nak ajarkan.
"You're lying!"
"I'm not, sweetheart."
Sungguh Diandra tidak percaya. Seingatnya bedak itu dibawa bersamanya sehingga ke stadium ini. Bagaiman dia boleh tertinggal pula dalam beg Rizqi?
"So sweetheart, lepasni nak buat prank apa pula? Tell me. Aku akan berlakon yang aku terkena dengan prank kau." Rizqi memerli. Seronok dia mengusik Diandra.
"Stop calling me sweetheart!" berang Diandra. Rizqi mengjongketkan bahunya. Seronok mengusik Diandra yang sedang kemarahan itu.
"But you are my sweetheart."
"Your sweetheart? Huh, kita kawan pun tak pernah. Inikan nak jadi your sweetheart? Stop daydreaming, Han," ucap Diandra dan merampas bedak itu dari pegangan Rizqi. Selepas itu dia meninggalkan Rizqi keseorangan.
Rizqi tersenyum nipis. Mungkin bukan sekarang tetapi nanti? Cuma dia kecewa apabila Diandra langsung tidak menganggapnya sebagai seorang kawan.
"Oh, maksudnya kau tak pernah anggap aku sebagai kawan? Walaupun sikit?"
ZULFA Arisaa mengipas Diandra yang dalam kepanasan dan kemarahan itu. Agak seram apabila dia menerima pesanan yang berbaur ugutan daripada Diandra sebentar tadi.
Diandra Eira
Kau datang cafe sekarang. Aku bagi kau lima minit je kalau tidak aku tumbuk muka kau.
Pesanan itu amat menyeramkan. Ketar jugalah tadi bila dapat pesanan macamtu.
"Sweetheart kepala otak dia! Sudah, aku malas nak prank dia lagi! Semuanya tak menjadi."
"Wah sweetnya, Rizqi. Panggil kau sweetheart eh? Dia sukakan kau ke?" tanya Zulfa dan duduk di sebelah Diandra. Menarik pula cerita Diandra kali ini.
"Entah kat dia, I don't want to talk about it. Buat sakit hati," kata Diandra dan menumbuk meja cafe itu. Perlahan. Tangan Zulfa dibawa ke dada, nasib perlahan. Kalau kuat ni tak pasal kena halau.
"Hm, kau memang tak nak kawan dengan dia ke?" tanya Zulfa lagi dan memandang Diandra yang hanya mendiamkan diri. Pantas Diandra menggeleng.
Takkan sesekali dia menjadi kawan dengan Rizqi iaitu musuh ketatnya. Zulfa menggelengkan kepala. Ini Diandra. Keras kepala. Kalau benci, benci sangat. Kalau sayang, sayang sangat.
"Up to you. Jangan sampai aku tahu yang kau kawan dengan dia sudah. Aku pula yang akan tumbuk kau."
"Buat kalau kau berani."
YOU ARE READING
C | Butterfly
Romance"Seekor kupu-kupu selalu mengingatkan kita bahawa akan ada kebahagiaan selepas kesakitan." 𝐛𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 - 𝟐𝟎𝟐𝟐 @khyrin